“Hebat Bila Letak Niat Berkasih Sayang Kerana Allah” Kongsi Versi Takdir Yang Tertulis Hidupnya, Luahan Norman Hakim Undang Sebak!

Share

Drama Takdir Yang Tertulis baru melabuhkan tirainya. Kisah kekeluargaan ini nyata mendapat tempat dihati peminat drama tanah air. Tidak hairanlah, ramai yang berkongsi pandangan dan pendapat mengenai drama tersebut.

Bahkan, drama ini turut menarik perhatian pelakon Norman Hakim, sehinggakan memuat naik perkongsian mengenai drama itu namun dari sudut versi kisahnya sendiri.

Percaya pada Qada & Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.Sayang & hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa.Sebab hati akan sentiasa berbolak balik,tapi doa akan sentiasa kekal dilangit in shaa Allah

 

Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik & terima diri ini seadanya.Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak2 & terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak2ku🤲🏻

Korang adalah sayap kekuatanku.Terima kasih sentiasa ada disisi.Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku🤲🏻❤️

 Umum mengetahui betapa bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua buah keluarga besar ini.

Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dlm soal anak-anak. Tidak hairanlah apabila netizen melabelkan mereka sebagai keluarga contoh.

Rata-rata warganet yang membaca perkongsian Norman ini turut menyokong aktor tampan ini bahkan mendoakan semoga ikatan hubungan baik antara pasangan ini kekal selamanya.

zura_sagigurlz Andai ke egoan diri boleh di tolak ke tepi… Ini lah HASIL nyer.. Sgt menjadi CONTOH buat semua.. Dlm kebaikan pasti ada kekilafan tapi di tutup rapi utk di jadikan satu KESEMPURNAAN…… Alhamdulillah ❤️
sweet_halwa Terharu pula sy baca.. ape2pun sy suke tgk family ni bersama
_namiaamira I’m cry.. 1 dalam sejuta
yatinor_abu_bakar hebat sungguh bila kita meletakkan niat berkasih sayang kerana Allah.. kluarga contoh👍
zubainiel Bukan mudah tapi berjaya melakukannya 👏alhamdulillah tumpang gembira😍❤️
norazzizataziz Alhamdulillah.. Sama sebijik la abg mcm takdir yg tertulis.. Moga kehidupan kalian semua bahagia selalu hendaknya..aamiin
fauziera Keluarga sakinah mawaddah warohmah yg patut kite contoh❤️❤️
byebye_parut_bykakzulaini Alhamdulillah.moga berkekalan Silaturrahim terjalin.❤️ Terima kasih jadi role model pada masyarakat.

Banyak barangan menarik di SINI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club