Bakat dan anugerah seorang lelaki yang menulis menggunakan tulisan tangan bagi menyiapkan replika Al-Quran gergasi di Masjid Buluh Gua Musang menjadi tarikan dan mendapat perhatian.
Paling membanggakan pastinya tulisan tangan yang dihasilkan oleh beliau cukup cantik, halus dan berseni.
Replika Al-Quran ‘gergasi’ yang memaparkan ayat dari surah Al-Baqarah (164-176) yang terletak di hadapan Masjid Buluh Gua Musang terus menjadi tumpuan orang ramai yang bersinggah di Masjid Buluh.
Rata-rata melahirkan kekaguman mereka tentang keunikan tulisan ayat suci Al-Quran yang menggunakan tulisan tangan ini apa lagi bakat sedia ada yang dimiliki lelaki ini dalam penulisannya. Amat membanggakan.
Difahamkan replika ini menjadi simbolik kepada pemerkasaan syiar islam di Gua Musang dan seterusnya menjadi daya tarikan pelancongan pada masa hadapan.