Hari konvokesyen adalah hari paling bermakna dan ditunggu-tunggu oleh pelajar di universiti. Bahkan pada hari tersebut pasti akan menjadi memori terindah dalam hidup untuk dikenang.
Berkongsi detik bahagia tersebut, Hawa Rizwana Redzuan turut berkongsi beberapa momen bahagia di instagramnya sempena hari konvokesyennya sekaligus menarik perhatian warganet.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tepukan Gemuruh Sebaik Dipanggil
Selain berkongsi gambar bahagia di majlis konvokesyen, anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat ini juga turut berkongsi video saat namanya dipanggil, menerima sorakan yang gemuruh dari dalam dewan.
Mendapat penghargaan sedemikian, membuatkan gadis genit ini melambai kepada hadirin di majlis konvokesyen tersebut sambil melemparkan senyuman manis.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Hawa di atas pencapaiannya yang cukup membanggakan.
Sebagaimana maklum, meskipun Hawa mempunyai jadual harian yang padat sebagai sebagai seorang wartawan penyiaran dan kemudiannya bergelar pembaca berita dan hos kepada pelbagai rancangan ternama, namun tetap bersemangat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana.
“Saya memang sangat-sangat minat belajar, memang hasrat selepas tamat ijazah sarjana muda saya mahu menyambung terus. Tetapi waktu itu telah bermula sebagai wartawan penyiaran dan pengacara. Lebih kurang setahun setengah kemudian baru saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana,” ujarnya ringkas sebagaimana memetik perkongsiannya bersama Remaja.
Berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Gadis cantik yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78 ini berkongsi keterujaan.
“Saya berasa teruja, ini umpama big day saya. Kalau orang lain wedding adalah big day mereka. Bagi saya konvokesyen ini merupakan big day saya setelah berhempas pulas belajar selama dua tahun. Saya mula belajar sejak Mac 2019 dan tamat pengajian pada Januari 2021. Hampir dua tahun menunggu majlis konvokesyen,” ujarnya lagi.
Melalui fasa pengajian dengan dua mode yang berbeza disebabkan pandemik, pengacara rancangan MeleTOP ini berkongsi kisah, “Disebabkan pandemik saya sempat ke kelas lebih kurang dua semester sahaja, kemudiannya dua semester lagi pengajian dilakukan secara online. Alhamdulillah dapat lalui pengalaman berbeza secara fizikal dan juga online.”
Tidak mahu perjalanan akademiknya terhenti diperingkat sarjana sahaja. Hawa turut memasang impian untuk ke peringkat lebih tinggi. “InsyaAllah kalau ada rezeki saya mahu sambung pengajian ke peringkat PhD pula,” ujarnya.