Hati Seorang Ibu Sedih Apabila Anak Disahkan Disleksia Dan Pemegang Kad OKU Sedangkan Tidak! Perkongsian Doktor Ini Memang Mengejutkan!

Share

Sesungguhnya memang sedih hati seorang ibu apabila anak sendiri disahkan disleksia tetapi hakikatnya tidak benar! Malah lebih mengecewakan lagi anaknya ketika itu pada usia 5 tahun, telah menjadi pemegang kad OKU. Semua ini ekoran sikap tergesa-gesa membuat pemeriksaan tanpa ketelitian. Allahuakbar!

Melalui laman facebooknya Dr Norzila Zakaria melahirkan kecewa segelintir pihak dengan mudah memberikan keputusan bawa anak berkenaan bermasalah. Sedangkan, setiap perkembangan anak-anak berbeza. Beliau melahirkan rasa terkejut mendapati seorang ibu memberitahu bahawa anaknya yang boleh membaca dan menulis dengan baik disahkan disleksia dan pemegang kad OKU pada usia 5 tahun disebabkan tidak tahu membaca dan menulis b dan d terbalik.

Katanya, ibu bapa dan pihak tadika perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebegitu, kerana normal bagi kanak-kanak pada usia 5 tahun yang ketika ini memang konsep belajar sambil bermain.

Malah beliau merujuk kepada anaknya sendiri bahawa pada usia 7 tahun masih belum boleh membaca disebabkan lahir pada hujung tahun dan ia bukan menjadi kerisauan baginya. katanya,”Berilah mereka masa untuk melalui fasa pembesaran dan perkembangan kognitif yang normal.Insha Allah jika tiada maslah lain dalam komunikasi dan sosial anak ini mampu menguasai kemahiran menulis, membaca seperti anak-anak yang lain.”

Ikuti perkongsian lanjut Doktor ini. Memang mengejutkan!

Anak boleh membaca dan menulis dengan baik disahkan disleksia dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU)


============================================

Seorang ibu membawa anaknya ke klinik. Keluarga mereka ini baru berpindah ke Kelantan. Anaknya yang berusia 7 tahun disahkan mengalami disleksia dan sudahpun didaftarkan sebagai OKU. Katanya penilaian dijalankan di **M di Kuala Lumpur. Ketika penilaian dijalankan anak ini baru berusia 5 tahun lebih.
.
Doktor yang melihat anak ini membincangkan kes ini dengan saya kerana pada hari klinik tersebut anak ini boleh membaca dengan baik dan tidak menunjukkan tanda lain seperti mereka yang mengalami disleksia.
.
Saya hanya tersenyum mendengar perjalanan kisah anak ini sehingga disahkan sebagai disleksia. Kalau di klinik saya, minta maaf lah Dr Norzila tidak akan semudah itu untuk mengisi borang pendaftaran Orang Kurang Upaya kecuali kes yang betul-betul jelas gejala dan tandanya.

Apakah yang dilihat pada usia 5 tahun? Ya betul gejala disleksia memang boleh diperhatikan pada usia ini, namun mengapa tergesa-gesa mengesahkan anak ini sebagai disleksia.

sedangkan pada usia 5 tahun adalah perkara biasa menulis b dan d terbalik, hatta tidak pandai menulis juga perkara biasa jika masuk ke Tadika yang menggunakan konsep “belajar melalui bermain’. Mereaka tidak menekankan penggunanan pensil dan kertas tetapi menekankan bermain sambil belajar.
.

Anak saya Hisham masuk darjah satu tulis nama pun terbalik dari kanan ke kiri. Z, M, N B, D R tidak terkira acapkali ditulis terbalik. tapi saya tidak mengatakan dia sebagai disleksia.

 

Tanpa intervensi khas Hisham melalui darjah satu seperti pelajar lain. Dia tidak boleh membaca pun. Namun saya tidaklah memaksanya membaca kerana Hisham lahir pada hujung bulan Oktober, maknanya ketika dia masuk darjah 1 usianya baru 6 tahun 2 bulan.
.
Menyedari perkembangan kognitif seoarang kanak-kanak pada usia Hisham saya tidak bimbang langsung. Walaupun dapat nombor 6 terakhir dari 210 pelajar dan duduk dalam kelas paling akhir, namun oleh kerana dia adalah anak yang tipikal, Hisham mampu membaca pada hujung darjah 1. Sekarang berilah apa saja semua sudah boleh dibacanya.
.
Walaupun saya tidak gemarkan cara pelajar dinilai dengan peperiksaan penggal, namun di satu sudut saya mempersembahkan cerita anak seusia Hisham agar jangan didiagnos sebagai disleksia lagi. Berilah mereka masa untuk melalui fasa pembesaran dan perkembangan kognitif yang normal. Insha Allah jika tiada maslah lain dalam komunikasi dan sosial anak ini mampu menguasai kemahiran menulis, membaca seperti anak-anak yang lain.

Anak kita tidak jadi pandai tiba-tiba, mereka perlukan masa untuk menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Namun jika usia 5 tahun cikgu tadika dah buat kenyataan

“anak puan tidak berikan tumpuan dalam kelas, sampai sekarang masih belum boleh menulis dan membaca”, atau

” anak puan selalu tak siap kerja sekolah, asyik main saja” atau

“anak puan selalu tulis terbalik, diajar berkali-kali pun tak boleh nak ingat”

… anda silap cikgu. Mereka bukan tak boleh menguasai semua itu tetapi belum sampai masanya mereka mampu menguasai kemahiran tersebut,
.
Ya saya tidak nafikan ada anak-anak yang extraordinary, umur 3 atau 4 tahun sudah boleh membaca. memang hebat, itu anugerah Allah. namun struktur otak manusia ini tidak serupa maka fungsinya juga tidak sama. Pasti ada yang sel-sel saraf yang berhubung dengan pantas, dan ada yang agak perlahan namun masih dalam spektrum yang normal.
.
Mereka yang mempunyai sel saraf yang pantas berhubung memang cepat belajar, namun yang agak perlahan pasti lambat sedikit. Janganlah jadikan pelajar yang extraordinary ini sebagai piawai. habis nanti semua pelajar lain dilabel disleksia dan ada masalah pembelajaran,
.
Penilai-penilai pun lihatlah usia anak yang anda nilai itu, 5 tahun disahkan disleksia dan disahkan OKU, pada saya itu melampau. Para doktor pun update lah ilmu tentang disleksia kerana saya tahu bukan semua doktor faham tentang disleksia. Hantar untuk intervensi dulu, nilai semula dan lihat perkembangan pada usia berapa ketika itu, Jika sudah berpuashati dengan intervensi pun masih sukar membaca, menulis maka mungkin layak didaftar sebagai OKU (ikut hukum di Malaysia – itupun kalau ibu bapa setuju… ini belum masuk isu kelas pendidikan inklusif lagi).
.
Maka pesanan saya untuk para doktor, jangan lah cepat sangat buat diagnosis disleksia. Kalau berjumpa saya sudah pasti temujanji ke dua adalah 6 bulan selepas yang pertama, setelah pelajar dihantar menjalani terapi carakerja sebagai intervensi awal. Ibu bapa juga diberi peluang untuk memikirkan adakah perlu untuk mendaftar anak sebagai OKU dalam tempoh 6 bulan tersebut.


.
Saya paling tidak suka mendaftarkan pelajar disleksia sebagai OKU kerana mereka tidak mampu menguasai kemahiran asas menulis membaca dan mengira bukan disebabkan masalah mereka, tetapi masalah pengajaran yang terlalu rigid sedangkan ada beratus cara pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu anak-anak dengan disleksia. Inilah yang saya katakan disleksia adalah “teaching disability” dan bukan “learning disability”.
.
Kembali kepada kisah anak tadi, saya terangkan pandangan saya bahawa anak ini sekarang tidak ada gejala disleksia, dan status OKU yang telah diperolehinya boleh ditarik balik. Kasihan ibu ini kerana selama ini beranggapan anaknya adalah orang kurang upaya.
.
Sebenarnya disleksia adalah satu anugerah namun di Malaysia terpaksa diberikan status OKU! Lihatlah bagaimana mereka yang mengalami disleksia dalam dunia ini mencipta nama dalam pelbagai bidang selain akademik.Disleksia adalah anugerah, ya ianya anugerah!
.
Pada satu sudut yang lain pula, ibu bapa pun janganlah bimbang sangat bila anak belum mampu membaca pada usia 6 tahun jika aspek kehidupan yang lain adalah normal. Ingatlah kisah Hisham anak saya tu ya. Berilah mereka peluang. Kalau 8 tahun belum kenal huruf ya saya agak bimbang. Namun tidak salah untuk hantar penilaian jika gejala amat ketara. pastinya yang terbaik adalah pengesanan awal dan intervensi awal.

Sumber:Dr Norzila Zakaria