Hati Secantik Wajahnya! Anna Jobling Tunai Impian Anak Syurga Ingin Berjumpa Dengannya

Share

Dek kerana Drama Melur Untuk Firdaus, nama pelakon baharu dan juga merupakan seorang model dan oengacara, Anna Jobling melonjak naik dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran.

Baru-baru ini, Anna Jobling atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ada menyantuni seorang adik yang merupakan peminatnya iaitu adik Sofia Humaira selepas dia itu menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Anna.

Mengikut perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram @annaluvstory , pada asalnya adik Sofia ingin bertemu Anna semasa di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

“Terima kasih @annajobling kerana sudi dtg dari KL untuk santuni anak syurga bernama Sofia Humaira binti Mohd Sufian. Banyak pahala bila kita gembirakan hati anak istimewa.

“Semoga doa anak syurga ni yg nak kakak Anna berjaya akan dimakbulkan oleh Allah.

“Kepada Sofia, ibu sayang sofia hingga hujung nyawa. 😭 Semoga Sofia cepat sembuh ok. Ibu sangat happy bila tgk sofia happy.

“Tq my dear love @annajobling @arizarop. Love both of you so4 much. Dari Sofia di ICU HKL nak jumpa, akhirnya tertunai sudah.

“Semoga Sofia terus kuat 💪 sekuat mama & ayahnya 💜 Tq Farah & Pian sbb sudi terima kunjungan dr Anna,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang juga peminat Anna turut mendoakan kesihatan buat adik Sofia. Malah, mereka turut memuji sikap Anna yang sanggup datang dari jauh bagi menunaikan hasrat dan impian peminat cilik itu untuk berjumpa dengannya.

Sedikit info, Anna merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau mendapat tempat keempat di dalam program tersebut. Anna juga telah membintangi banyak drama, namun namanya melonjak naik ketika dia membawa watak utama wanita di dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Sumber : @annaluvstory