Jika sebelum ini Sherie Merlis kelihatan begitu buntu dengan situasi yang menimpa keluarganya, merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar adik perempuannya yang positif Covid-19 dibawa ke pusat kuarantin.
Ini memandangkan keadaan rumah yang mereka huni begitu sesak dan tidak sesuai untuk melakukan pengasingan kendiri. Ada hanya dua bilik tidur yang dihuni 11 ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan enam kanak-kanak.
Selepas membuat pendedahan di akaun instagram miliknya berhubung keadaan yang menimpa keluarganya, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.
Berkongsikan kisah bantuan yang telah diterima oleh keluarganya, Sherie merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang bertindak segera menyelesaikan kebuntuan dan kerisauannya berkenaan penempatan adiknya yang dijangkiti Covid-19 itu.
“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.
Ads
“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminatnya mengucapkan syukur alhamdulillah dan berpesan agar Sherie jaga kesihatan dan kekal kuat untuk berdepan dengan ujian Covid-19 ini.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro dilaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.
Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.
“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.
“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.
Ads
“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.
“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.
Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.
Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera oleh seorang wanita yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Semenyih, Selangor.
Menerusi rakaman dikongsi pengguna TikTok @meymockingjay itu, wanita tersebut dilihat bertindak kasar dengan menggunakan sebatang penyapu seolah-olah memaksa mangsa menjamah makanan.
Rakaman berdurasi 23 saat itu turut memaparkan mangsa berusia sekitar tiga tahun menangis selepas dipukul di beberapa bahagian termasuk pipi sambil disaksikan oleh seorang lagi wanita.
Menurut @meymockingjay, mangsa merupakan anak angkat termasuk perakam yang didakwa berada di bawah jagaan suspek untuk bekerja.
Posting tersebut menerima hampir 480,000 tontonan selain ribuan komen netizen yang meluahkan rasa geram terhadap tindakan wanita terbabit.
Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @theaqil7 mendakwa dia yang merakam aksi kejam berkenaan dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil,” tulisnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Sementara itu, menerusi video lain yang tular di TikTok, pengguna yang memuatnaik hantaran berkenaan turut berkongsi keadaan terkini Alia yang cedera dipukul di beberapa anggota badan.
Malah, laporan polis turut dibuat yang diwakili oleh AJK Pemuda UMNO Hulu Langat lewat malam Khamis.
Tujuan laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis bertindak dan membuat siasatan daripada segi undang-undang terhadap penderaan budak perempuan berusia tiga tahun.
“Dengan ini kami akan berkongsi perkembangan lanjut, kes ini sangat baru, berlaku petang semalam.
Kami akan meneliti kes ini dalam masa ke semasa.
“Kami akan bertindak sekali untuk membantu beberapa mangsa yang ada bersama kami ketika ini” maklumnya.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum terdapat sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan setakat ini.
Apabila anak demam, tentunya ibu ayah akan menjadi tak keruan. Mana taknya, salah seorang kena cuti untuk menjaga anak ketika sakit. Dalam tempoh pemulihan diri, tentunya anak perlu makan ubat mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh doktor.
Namun, untuk memastikan anak kembali sihat dengan cepat, cara memberi ubat dengan betul dan tepat mesti diberi perhatian. Panduan yang diberi Pegawai Farmasi ini, Faiz Akmal Mfaamat bermanfaat.
Jom lihat perkongsianya!
Tahu tak macam mana nak bagi ubat pada anak?
“Cik, nak mintak picit2 tu ya.”
Itulah yang selalu mak ayah tanya setiap kali ambik ubat untuk anak2 mereka kat kaunter farmasi.
Meh abam farmasis ajar.
Mak ayah semua kena tahu ALAT2 yang sesuai nak bagi ubat kat budak2 ni. Sebab kebanyakan ubat2 untuk budak2 adalah dalam bentuk CECAIR.
1. PICAGARI
– biasanya farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan akan bagi benda ni secara percuma. – tapi, mak ayah yang mampu, boleh beli benda ni sama ada di kedai farmasi atau kat Lazada pun ada. – senang nak guna sebab kita boleh terus sukat ikut sukatan yang kita nak (biasanya dalam unit mililiter).
2. SUDU BERDOS
– benda ni memang jarang2 orang nak jumpa, tapi rupa2 nya benda ni pun ada dijual kat Lazada. – yang syoknya, kita boleh beli satu set ada 6 sudu terus, setiap sudu mewakili maksud2 tersendiri sama ada 1 sudu teh ke, 1/2 sudu teh ke, 3/4 sudu camca ke, memang unik! – ini kita boleh guna kalau budak2 TAK BOLEH minum ubat pakai cawan. – mak mak yang suka buat baking, memang best la kalau ada sudu berdos ini.
3. CAWAN UBAT
– biasanya kalau kita dapat ubat jenis cecair sama ada secara percuma atau beli, botol ubat tu dah ada cawan ubat ni sebagai penutup siap2. – itu pasal kita JANGAN BUANG penutup dan cawan ubat ini. – cawan ubat ni memang ada sukatan, dan kita boleh guna untuk budak2 yang BOLEH minum ubat pakai cawan.
TIPS: CARA BAGI ANAK MAKAN UBAT
Bayi baru lahir sampai umurnya 1 tahun: – ampu kepala bayi, dongakkan kepala bayi 45 darjah. – balut bayi dengan kain atau selimut. – kena guna alat yang sesuai (biasanya picagari) untuk elakkan bayi tutup mulut atau muntah. – JANGAN CAMPUR ubat dalam botol susu atau jus.
Anak atas 1 tahun hingga umur 5 tahun: – biasanya ubat yang kita bagi adalah CECAIR, UBAT KUNYAH, atau UBAT YANG DIPECAHKAN ATAU HANCUR. – boleh CAMPUR ubat dengan puding. – boleh bagi anak minuman feveret nya selepas dia ambik ubat. – kalau anak luek atau muntahkan balik ubat, JANGAN MARAH dia. – mak ayah kena PUJI dan PELUK anak selepas dia makan ubat.
Umur 5 TAHUN ke atas: – biasanya dia dah boleh TELAN ubat dah. – kalau dia TAK BOLEH telan jugak, boleh hancurkan ubat, campur dengan ais krim atau puding. – pastikan anda PANTAU anak2 yang makan ubat.
Kalau anak2 MUNTAH balik ubat itu? – jika dia muntah dalam tempoh 20 minit yang pertama selepas dos pertama dia ambik ubat, MASIH BOLEH ULANG bagi ubat dengan DOS YANG SAMA. – kalau dia asyik muntah BANYAK KALI, sila BERHENTI bagi ubat, dan rujuk doktor semula.
Nak hancurkan pil atau tablet, boleh beli Pill Crusher kat Lazada, atau boleh guna BELAKANG SUDU.
Mak ayah jangan segan2 untuk sentiasa bertanya pada doktor dan farmasis jika ada sebarang kemusykilan.
Sumber: FB Faiz Akmal Mfa, Farmasis Kaunseling, Klinik Kesihatan Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perlaksanaan PdPR kini juga dianggap sebagai sebahagian tanggungjawab ibu ayah dalam mengawasi anak-anak supaya fokus semasa belajar secara online.
Apa yang pasti, kemahiran PdPR bukan terletak dibahu guru-guru dan anak murid, bahkan kejayaan perlaksanaan PdPR nampaknya banyak bergantung kepada gandingan mantap guru dan ibu bapa. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Atas sebab itu juga, alangkah bagusnya kita sebagai ibu ayah mempersiapkan diri dengan ilmu internet contohnya berkaitan Google Classroom bagi membantu anak-anak kita dalam pembelajarannya.
Memahami secara ringkas tentang itu, perkongsian daripada Cikgu Hisyam ini boleh dijadikan panduan.
“Cikgu, macam mana nak hantar hasil kerja anak saya ni dalam Google Classroom”.
Sebelum rakan- rakan guru diserang bertubi- tubi dengan pertanyaan yang sama. Boleh gunakan manual ringkas yang saya sediakan ini. Manual ini saya sediakan bertumpu pada penggunaan Google Classroom pada peranti telefon pintar memandangkan banyak tutorial hanya bertumpu pada Google Classroom melalui pelayar web di komputer.
Versi pdf yang boleh dimuat turun boleh lihat pada pautan yang disediakan di ruang komen.
Selamat Berjuang Cikgu !
Langkah 1 :
Langkah 2 :
Langkah 3 :
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 8
Langkah 9
Kalau nak lampirkan lebih daripada satu gambar atau fail, klik semula butang ‘add attachment’
Semoga perkongsian ilmu berkenaan google classroom daripada cikgu Hisyam ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada ibu ayah dalam membantu anak-anak menghantar tugasan yang diberi kepada guru-guru.
Sumber : Hisyam Shamsudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.