Sebelum ini tular tentang nama pelakon dari Singapura, Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof disebabkan beberapa faktor.
Rentetan daripada itu, isteri kepada pelakon tersebut, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal disebabkan konflik yang berlaku antara suaminya dan Aaron Aziz dan pengarah filem tersebut yang mula berpanjangan.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Diyana menjelaskan dia tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.
Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.
“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”
Ads
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.
Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.
Ads
Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.
Ads
Sumber : Instagram Diyana Halik
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus mendapat perhatian meluas.
Terbaharu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).
Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.
“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.
“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya lagi.
Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)
“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.
Tawaran tersebut susulan isteri beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dilapor sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod)
Dia meninggal dunia sebagai Billionaire pada usia 56 tahun Kanser Pankreas dan inilah kata-kata terakhirnya di tempat tidur yang sakit:
“Saya mencapai puncak kejayaan dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, hidup saya adalah lambang kejayaan. Pandangan orang lain, hidup saya adalah sempurna, namun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya sedikit kegembiraan. Akhirnya, “kekayaan” hanyalah yang saya kejar dalam kehidupan saya. Pada masa ini, berbaring di tempat tidur yang sakit dan mengingat kembali seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang sangat saya banggakan, menjadi pucat dan menjadi tidak bermakna dalam menghadapi kematian yang akan datang.
Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, menjana kekayaan untuk anda tetapi anda tidak boleh meminta seseorang menanggung penyakit untuk anda. Perkara-perkara material yang hilang dapat dijumpai. Tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai ketika hilang – “Hidup”. Apabila seseorang masuk ke bilik operasi, dia akan menyedari bahawa ada satu buku yang belum selesai dia baca – “Buku Hidup Sihat.”
Apa sahaja tahap kehidupan kita sekarang, dengan masa, kita akan menghadapi hari ketika tirai itu turun. Harta sebenar manusia adalah keluarga, cinta untuk pasangan anda, cinta kepada rakan anda …Layan diri anda dengan baik. Hargai yang lain. Apabila kita semakin tua, dan dengan lebih bijak, kita perlahan-lahan menyedari bahawa -memakai jam tangan $ 300 atau $ 30 – mereka berdua memberitahu masa yang sama … Sama ada kita membawa dompet / beg tangan $ 300 atau $ 30 – jumlah wang di dalamnya sama.
Sama ada kita memandu kereta bernilai $ 150,000 atau $ 30,000, jalan dan jaraknya sama, dan kita sampai ke destinasi yang sama. Sama ada rumah yang kita tinggal seluas 300 atau 3000 kaki persegi – kesunyian adalah sama.
Anda akan sedar, kebahagiaan batin anda sebenarnya bukan berasal dari perkara-perkara material di dunia ini. Sama ada anda terbang pertama atau kelas ekonomi, jika kapal terbang turun – anda turun dengannya …
Oleh itu .. Saya harap anda sedar, apabila anda mempunyai pasangan, rakan dan rakan lama, saudara dan saudari, dengan siapa anda berbual, ketawa, bercakap,berhibur.. Itulah kebahagiaan sejati.
Lima Fakta Kehidupan yang Tidak Dinafikan: 1. Jangan mendidik anak-anak anda untuk menjadi kaya. Didik mereka untuk Bahagia. Oleh itu, apabila mereka dewasa mereka akan mengetahui nilai perkara bukan harganya. 2. “Makan makanan anda sebagai ubat anda. Jika tidak, anda harus makan ubat sebagai makanan anda.” 3. Orang yang mengasihi anda tidak akan pernah meninggalkan anda kerana yang lain walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan mencari satu alasan untuk bertahan. 4. Terdapat perbezaan besar antara manusia dengan manusia. Hanya sebilangan kecil yang memahaminya. 5. Anda disayangi semasa anda dilahirkan. Anda akan disayangi semasa anda mati. Jika diantara kedua waktu itu anda mengurus hidup anda dengan baik. CATATAN TAMBAHAN : Sekiranya anda hanya mahu Berjalan Cepat, Berjalan Sendiri! Tetapi jika anda mahu Berjalan Jauh, Berjalan Bersama! Enam Doktor Terbaik di Dunia yang sering dilupakan. 1. Cahaya matahari 2. Rehat 3. Bersenam 4. Diet 5. Keyakinan Diri dan 6. Kawan Kekalkan mereka dalam semua peringkat Kehidupan dan nikmati kehidupan yang sihat. Semoga bermanfaat!
Kredit: PMA JAYA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalunya orang akan tunggu cuti panjang untuk pulang ke kampung, barulah rasa puas hati duduk lama-lama ziarah ibu ayah. Kan? Kalau balik hujung minggu sahaja, masa terlalu terhad belum kira masa yang diambil di atas jalan untuk sampai.
Namun lain pula cerita dengan anak jiran yang seorang ini, apabila dia kerap pulang menziarahi ibu bapanya di kampung tanpa perlu menunggu cuti yang panjang.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan semula oleh saudara Zairi Ibrahim daripada perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron untuk sama-sama kita renung sebagai satu tauladan.
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG!
Sebuah renungan untuk kita.
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.
Saya menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
SERIBU AMAL JARIAH DILAKUKAN TIDAK AKAN SAMA DENGAN SATU KUNJUNGAN…
Dia berkata, “Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya,
“tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua, tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah,
“tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.
“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
SubhanALLAH…
JANGAN BERKIRA WANG RINGGIT UNTUK MENZIARAHI IBU BAPA
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.
Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
LEBIHKAN ZIARAH IBU BAPA BERBANDING ORANG LAIN
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH…
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
*Terima kasih kepada penulis asal,
Almarhum Cikgu Abd Ghani Haron yang memberi kesedaran kepada kami. ~Al-Fatihah~
Sumber: Facebook Zairi Ibrahim / Abd Ghani Haron
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.