“Alhamdulillah, sudah selesai semuanya. Hati saya lega, lapang. Anak saya sudah pulang kepada Penciptanya.”
Begitulah luahan hati seorang ibu, Azmawati Ab Kadir, 55, selepas selesai pengebumian anak sulungnya Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 29 Okt tahun lepas.
Menurutnya, tiada lagi persoalan bermain di minda selepas 10 bulan menunggu khabar berita anaknya.
“Terima kasih ya Allah, 24 tahun Allah pinjamkan dia untuk saya. Syukur Alhamdulillah, dia anak yang terbaik untuk saya,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, awal pagi ini.
Turut menemani Azmawati ialah anak bongsunya Nurul Izz Anisah Dzulkarnain, 21, dan tunang Allahyarham, Nurfaizah Mahadi, 25.
Dalam pada itu, tunang kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain tidak sangka mimpinya bertemu dan bercakap dengan Allahyarham yang memberitahu akan ‘pulang’ merupakan petanda jasadnya yang hilang ditemukan serta disemadikan pada Selasa.
Nurfaizah Mahadi, 25, yang bekerja sebagai kerani berkata, sudah dua kali bermimpi bertemu dengan Allahyarham pada awal tahun ini dalam tempoh kira-kira 10 bulan Allahyarham menghilangkan diri.
“Saya tidak ingat tarikh kedua-dua mimpi itu tetapi dalam mimpi pertama, saya hanya sempat bertanyakan ke mana dia pergi tetapi dibalas dengan senyuman arwah.
Ads
“Dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur,” katanya.
Menceritakan berkenaan mimpi keduanya, Nurfaizah berkata, dia ‘berjaya’ menghubungi Allahyarham menerusi telefon bimbitnya.
“Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? semua orang mencari awak. Arwah cakap saya ada sini dalam 26 hari bulan (Selasa) nanti saya balik la. Saya bersyukur Iman ditemui,” katanya.
Dia melahirkan rasa syukur kerana jawapan kepada persoalan hampir 10 bulan di mana tunangnya pergi telah terjawab kerana sebelum ini sering risau keadaan Allahyarham sejak kehilangannya 29 Oktober lalu.
“Selama hampir 10 bulan kami menunggu jawapannya, sekarang sudah terjawab di mana dia berada. Ada kuburnya, Saya rasa bersyukur sangat kerana ini jawapan yang saya tunggu, selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana. Dia makan ke atau tidak?,” tambahnya.
Ads
Allahyarham Muhammad Iman Aqmar dan Nurfaizah sepatutnya melangsungkan pernikahan ketika ulang tahun kelahiran tunangnya itu pada Disember lalu namun hajat mereka tidak kesampaian.
Perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan pada Disember lalu kerana Ayah Norfaizah meninggal dunia.
Terdahulu, jenazah Muhammad Iman Aqmar selamat dikebumikan 1 pagi tadi, yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan-rakan.
Sebelum van yang membawa jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 12.15 tengah malam, Allahyarham dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Air Biru, di sini pada 11.45 malam.
Jenazah Muhammad Iman Aqmar terlebih dahulu dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, sebelum dibawa pulang ke Johor selepas solat Asar.
Hujan lebat di akhir majlis pengkebumian seolah-olah menangisi pemergian pemuda yang hilang 10 bulan tanpa khabar berita.
Ads
Dua hari lepas, satu rangka manusia ditemukan dalam sebuah kereta ditarik keluar dari Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan di Pahang, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang hampir 10 bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kereta pelbagai guna (MPV), yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi.
Ketika ditemui, kenderaan itu turut terdapat kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan selain dijumpai rangka manusia diselaputi lumpur serta pas pekerja atas nama Muhammad Iman Aqmar.
Sebelum ini, kisah kehilangan Allahyarham tular di media sosial sejak dia dilaporkan hilang.
Sumber: BERNAMA, Sinar Harian
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perasan tak, setiap kali buat video bersama anak-anak, usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida atau singkatannya DSV mesti akan mengucapkan ayat keramat ini pada anak-anaknya. Bak kata netizen, siapa sangka daripada kata-kata itu menjadi doa untuk anak menjadi seorang yang baik pekerti.
Baru-baru ini, anak lelaki DSV, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin ada memuat naik satu video di laman Tiktoknya yang telah mendapat pujian ramai dek kerana sikapnya yang baik dan menghormati orang lain.
Mengikut jejak ibunya, Kacak dipercayai bakal melancarkan baju melayu jenamanya sendiri. Dalam video yang dikongsikan, Kacak yang memakai baju jenamanya itu telah mendapat pujian oleh seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak.
Disebabkan itu, Kacak berhasrat untuk menghadiahkan koleksi bajunya memandangkan pekerja itu belum mempunyai baju raya meskipun baju tersebut masih belum terjual.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah kesopanan Kacak dalam menyantuni pekerja tersebut dengan begitu baik. Ramai yang memberikan pujian kepada remaja berkenaan kerana turut memeluk dan mencium tangan pekerja itu ketika bersalaman sebagai tanda hormat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa sebak melihat reaksi kacak yang memeluk lelaki tersebut ketika dia menghulurkan tangan untuk salam. Malah, mereka juga turut mendoakan supaya kacak dimurahkan rezeki.
Kacak merupakan anak kedua DSV dan mempunyai seorang kakak yang juga menceburi bidang seni iaitu CikB atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 17.
Sumber: TikTok kacak officialmy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sehingga artikel ini ditulis, sudah ada dua kes kematian direkodkan di negara ini.
Dalam pada itu, timbul persoalan mengenai pengurusan jenazah bagi mereka yang disahkan Positif Covid-19.
Dalam laporan Sibar Harian, jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini pada kira-kira jam 9 malam tadi.
Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu, tiba dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 8.16 malam.
Pada 8.45 malam, kira-kira 10 lelaki berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mengangkat jenazah yang telah siap dikapankan menggunakan pengusung hospital.
Tidak seorang pun dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian termasuk pihak media.
Malah, ketika pesakit disahkan positif, mereka di kuarantin dan ahli keluarga serta orang terdekat dilarang untuk berada berdekatan.
Apa yang menyedihkan lagi, apabila berlaku kematian akibat Coronavirus, bukan kata anak dan isteri tak dapat bagi ciuman terakhir je, malah untuk melihat buat kali terakhir pun tidak dibenarkan. Malah, isteri dan anak-anak arwah dikatakan sedang dikuarantin kini.
Pihak berwajib akan uruskan macam jenazah pesakit Ebola. lelaki ni Kongsikan perkara tersebut di twitter miliknya.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut menerangkan cara pengurusan jenazah orang Islam dan bukan Islam.
Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat.
Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.
Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.
Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.
Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!
1. Guna Daun Sirih
Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Guna Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
3. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.
1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak dibasuh.
2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terpaksa berpisah dengan anak, pelakon jelita Uqasha Senrose tidak dapat menyembunyikan kesedihan hatinya kerana berniaga di Absolut Bazaar di Singapura.