Perkongsian daripada Ustazah Asma Harun ini cukup menjentik hati kita sebagai hamba Allah. Semoga ianya juga menjadi satu asbab untuk kita perbetulkan hati dan kembali yakin dengannya apatah lagi saat kita diberi ujian.
Yakinlah itu semua ada hikmahnya dan bila kita kembalikan semula pada Allah, mengadu padanya hati menjadi lebih tenang.
Ini sebagaimana kisah benar yang diceritakan ini. Jom semak.
KEMBALI DAN YAKINLAH PADA ALLAH
Sahabat, fahami dan yakini beberapa hal yang sangat penting ini, ia boleh mengubah diri dan seluruh hidup kita.
Allah SWT sesekali tidak menzalimi atau membebani dengan ujian dan dugaan melebihi batas kemampuan kita. Kembalilah kepada Allah, patuhi perintah dan tinggalkan larangan-Nya, lalu berusaha dan berdoa kepada-Nya. Dialah ya ‘Alim ya Hakim yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, akan memberikan jalan keluar dengan tepat dan sempurna.
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya … . (Al-Baqarah 2: 286)
Sesungguhnya kita hanyalah hamba yang tiada daya dan upaya, kita lemah dengan kemampuan yang terbatas. Menyedari hakikat ini, maka kembalilah kepada Allah SWT, kerana Dialah Allah ya Qawiy ya Aziz ya Matin, Yang Maha Kuat Maha Perkasa dan Maha teguh. Berterusan merintih dengan kalimah zikir,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيم
(Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.)
Ads
Percayalah bahawa hati sangat rindukan saat kita kembali yakin sepenuhnya tanpa ragu pada Allah. Hikmah terbesar apabila kita mengadukan kelukaan, kesedihan, kepedihan dan kesakitan dengan penyerahan bulat-bulat kepada-Nya, Allah ya Mu’min ya Wasit akan memberikan ketenangan dan kelapangan kepada hati. Saat ini kita tidak lagi terikat dengan mengharapkan permohonan maaf, penghargaan atau balasan manusia, kerana kita sudah dapat apa yang kita perlu, iaitu tenang dan rasa cukup dengan Allah SWT,
حَسْبِي رَبِّيْ جَلَّ الله، مَافِي قَلْبِي غَيْرُ الله
(Cukuplah Allah bagiku, Allah yang Maha Agung. Tiada di dalam hatiku selain Allah.)
Untuk merasai nikmat hidup yang tenang dan bahagia secara hakiki, tiada cara lain yang lebih selamat di Dunia dan Akhirat, melainkan kita kembali kepada-Nya. Dalam erti kata lain, selalu rasa bersyukur atas nikmat, sabar dan redha atas ujian. Lalu kita mula sentiasa memerlukan Allah SWT dalam setiap suka dan duka, bahagia dan derita, lapang dan sempit, sihat atau sakit, susah atau senang.
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram. (Al-Ra’d 13: 28)
Saya ingin kongsikan satu kisah benar yang telah diolah dan diringkaskan.
Ads
Satu hari seusai ceramah di satu tempat, ada seorang wanita memberhentikan perjalanan saya menuju ke kereta, dalam keadaan yang bersungguh beliau minta izin untuk bercerita satu perkara penting.
"Ustazah, sebelum ini saya diuji dengan sakit depression dan anxiety disorder yang agak kritikal. Saya telah menghantar surat perletakan jawatan untuk meninggalkan pekerjaan saya. Saya juga telah mengabaikan suami dan 7 orang ANAK".
"Saya hidup dalam ketakutan, kekecewaan dan kebencian pada orang lain dan diri sendiri, bahkan satu peringkat ingin sekali membunuh diri kerana tidak lagi mampu untuk menanggung derita".
"Bagi saya tiada siapa yang faham dan sentiasa kecewa dengan cara semua orang melayani saya. Makan ubat, jumpa pakar psikiatri, amalkan istighfar dan selawat beribu kali sehari, juga pelbagai usaha lain. Namun, penyakit saya semakin kronik dan berlarutan".
"Sehinggalah satu hari, Allah mengizinkan saya mendengar satu sedutan ceramah ustazah tentang ayat 44 surah Ghafir".
Ads
"Saya cuba sedaya upaya hafal berserta maksudnya, baca dengan tenang dan menghayatinya, beberapa ketika tanpa sedar saya mengalirkan air mata semahunya. Namun, kali ini seperti satu beban yang sangat berat di angkat daripada bahu. Air mata yang keluar bukanlah kerana kesakitan atau ketakutan, tetapi air mata ketenangan dan kedamaian yang telah lama saya rindukan".
"Subhanallah.. Ayat tersebut membantu saya untuk menyerahkan pengharapan semata-mata kepada Allah, semakin diulang ia umpama seperti memahat kuat ke dasar hati, bahawa hanya Allah yang memahami saya, hanya Allah yang mampu menyembuhkan saya, hanya Allah segala-galanya".
Dalam keadaan sedu sedan dia menyambung, “Ustazah, sekarang saya sudah sihat, bahkan lebih baik daripada sebelum sakit, saya jalani kehidupan dengan lebih tenang dan yakin untuk hadapi apa sahaja ujian Allah, kerana saya tahu tiada kesukaran yang tidak boleh diatasi jika kita yakin dengan Allah. Barulah saya faham, selama ini bukanlah selawat dan istighfar itu tidak mujarab, tetapi kerana hati ada ragu-ragu dengan kekuasaan Allah SWT.”
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Daku sentiasa menyerahkan urusanku (kesakitan, kebimbangan, ketakutan, keresahan, kesempitan, dan lain-lain) bulat-bulat kepada Allah(untuk memeliharaku), sesungguhnya Allah Maha melihat keadaan hamba-Nya. (Ghafir 40: 44)
Moga bermanfaat dan terus bertahan hidup bertuhan dalam setiap ujian.
Perasan atau tidak, meskipun memasak ini merupakan suatu perkara yang biasa sahaja untuk dilakukan tapi memasak ini jugalah yang boleh buat orang perempuan khususnya isteri dan ibu-ibu tiap-tiap hari kena perah otak mencari jawapan; hari ini nak masak apa?, kalau masak menu ni anakanak suka ke tidak?, bahan yang nak digunakan ini masih segar atau tidak? dan 1001 soalan lagi bermain difikiran yang perlu diambil perhatian.
Sedarlah Encik suami dan anak-anak, bahawa sebenarnya isteri atau ibu itu sedang berusaha untuk memastikan masakan yang disajikan bukan sahaja membuatkan perut terasa kenyang malah apa yang lebih penting dapat memenuhi selera keluarga dengan juadah yang enak dan berkhasiat.
Bahkan tidak pernah pun terdetik di hati para isteri dan ibu untuk berkata, “Hari ini aku nak masak yang tak sedap!”. Hal ini sangat pasti dan yakin, semua dalam kepala berfikir untuk dapat menyediakan menu yang sedap untuk keluarga tercinta!
‘Berguru’ Sesama Sendiri
Jadi tidak hairanlah meskipun pandai memasak, seorang isteri dan ibu itu akan rasa lebih teruja menyediakan menu baharu yang dipelajarinya. Jika ‘menjadi’ menu tersebut, bertambah-tambah rasa kepuasan yang dirasainya. Apatah lagi jika mendapat pujian daripada suami dan anak-anak, boleh senyum lebar dibuatnya sepanjang hari.
Maka sebab itu jugalah kaum ibu suka sangat join group masakan. Cara ini dirasakan lebih mudah dan santai untuk mereka ‘berguru’ sesama ahli dalam menyediakan pelbagai juadah.
Jika dulu melalui persatuan-persatuan tertentu tapi kini seiring dengan peredaran masa, tidak dinafikan banyak juga kemunculan komuniti masakan di media sosial. Salah satunya yang menjadi sebut-sebutan warganet adalah group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking di platform Facebook.
Di sini semua peminat dunia masakan ‘bersatu’. Bukan sahaja untuk berkongsi resipi semata-mata malah bermacam-macam hal dibicarakan terutamanya bagi berkongsi tip, petua dan sebagainya bagi memastikan resipi yang dihidang bukan sahaja enak malah mengutamakan makanan yang berkhasiat.
Menariknya juga dengan sertai group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking ini akan bertambah lagi sahabat dan kenalan meski pun hanya di alam maya!
Jom Join!
Seiring dengan objektif utama kumpulan ini ditubuhkan, memang sesuai sangat untuk penggemar dunia masakan atau buat mereka yang baru ingin memulakan tabiat pemakanan yang sihat untuk turut menjadi sebahagian daripada keluarga besar group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking.
Banyak manfaat yang bakal anda nikmati, selain anda boleh berkongsi tentang resipi dan pengalaman memasak. Anda juga boleh berinteraksi dengan ahli untuk memperbanyakkan lagi koleksi resipi yang enak dan berkhasiat.
Malah apa yang menjadikan group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking ini berbeza dan istimewa daripada yang lainnya adalah ia mengutamakan perkongsian resipi berkhasiat, tabiat pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat untuk memberi lebih pengetahuan kepada orang ramai.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh sertai sekarang dengan klik https://www.facebook.com/groups/panasoniccookingmy dan percayalah selepas ini anda tidak akan pernah buntu lagi untuk menyediakan menu yang enak dan yang pastinya berkhasiat untuk keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya bila kita sebut tentang penganjuran sesuatu program, tentunya kita dapat membayangkan sebuah ruangan yang akan ada banyak booth, penuh dengan orang ramai dan ada pelbagai jualan serta aktiviti yang menarik akan disediakan oleh pihak penganjur.
Pun begitu, memberi pengalaman luar biasa buat anda sekeluarga ada baiknya untuk turut serta memeriahkan program Virtual Wellness and Healthy Living Fair yang bakal berlangsung secara alam maya bermula pada 24-26 Julai ini di www.mywellfair.com.
Penganjuran Ekspo Dalam Norma Baharu!
Pengalaman ekspo maya 360 3D berasaskan web sepenuhnya ini dirancang untuk menjadi acara maya yang sangat menarik dengan tiga elemen utama: pameran maya 3D, webinar dan bengkel langsung, e-dagang dengan tawaran eksklusif dan penjualan kilat.
Selain itu, turut diadakan aktiviti tambahan seperti pencarian harta karun dan beberapa sesi cabutan bertuah. Pastinya ini akan menjadi suatu pengalaman yang istimewa dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.
Sebagaimana semua makluman, program ini dianjurkan oleh Engage Media Sdn Bhd dengan kerjasama Alpro Pharmacy (Alpro) sebagai rakan kesihatan rasmi dan Nu Ideaktiv (NI) sebagai rakan media rasmi.
Sehubungan dengan itu, Majalah Keluarga serta beberapa jenama lain di bawah naungan Nu Ideaktiv akan turut serta menjayakan beberapa program dan aktiviti di Wellness & Healty Living Fair secara online, pertamanya di Malaysia.
#mywellfair bekerjasama dengan banyak jenama kesihatan dalam makanan tambahan, makanan dan minuman kesihatan, penjagaan diri seperti Blackmores, Ecolite, Omron, Sensodyne, Pristin dan banyak lagi.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Berkongsi tentang salah satu pengisian program #mywellfair ialah melalui perkongsian daripada penulis buku Mohana Gill, yang telah memenangi pelbagai anugerah untuk buku-buku masakan, makanan dan pemakanan . Bukunya “Hayley’s Fantastic Fruits” telah dipilih untuk dimasukkan dalam Daftar Kehormat IBBY 2020.
Nyata, #mywellfair mengetengahkan orang-orang hebat dengan berkongsi kisah perjalanan hidup mereka dan cara bagaimana mereka menjalani gaya hidup yang sihat dengan harapan agar lebih ramai yang terinspirasi untuk turut membuat perubahan dalam kehidupan.
#mywellfair juga memberi sokongan kepada usahawan tempatan seperti Bathscapes dan juga NGO seperti Free Tree Society. Bahkan turut diadakan siri mini bengkel Heroes At Home yang dijalankan oleh usahawan sosial mengenai pelbagai topik kesejahteraan fizikal dan mental. Sebahagian daripada hasil akan disalurkan untuk menyokong pelbagai misi sosial.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Di platform e-dagang #mywellfair pula, akan terdapat lebih daripada 3000 produk pilihan. Tawaran eksklusif dan penjualan kilat akan diberikan kepada pengunjung yang berdaftar. Tidak dengan itu, turut berpeluang menerima tawaran potongan harga dan rebat tunai hingga 80% untuk produk terpilih berserta hadiah percuma.
Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu.
.
Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang. Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus. Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahu individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat.
.
Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. Aspek keselamatan dan kesihatan harus kita letakkan keutamaan. Pastikan anak kita mendapat sumber makanan yang terbaik agar mereka mendapat
tenaga, dan kekal sihat.
**media[89756]**
.
Nasihat saya :
.
1. BERI PERHATIAN PADA PEMILIHAN MAKANAN
.
Walaupun kita sedang bercuti, jangan lupa pada pemilihan makanan. Pastikan anak-anak kita minum air kosong secukupnya. Bila mereka aktif dan berada dalam sinaran matahari, keperluan air sangat mendesak. Saya sentiasa membawa bekalan air kosong dari rumah sekurang-kurangnya 5 L untuk perluan anak-anak saya dan selalunya tidak mencukupi untuk percutian 3 hari 2 malam. Kurang air sejuk (ais) dan air yang manis selalunya dijual dalam botol, dan kotak.
.
2. CARI KUDAPAN YANG BERNUTRISI
**media[89754]**
.
Anak-anak yang aktif akan cepat lapar. Selalunya kita belikan jajan dan makanan segera bagi mengurangkan rasa lapar sementara menunggu masa untuk makan tengah hari atau malam. Makanan segera mempunyai banyak pengawet, perasa dan pewarna memang tidak mempunyai nutrisi. Selalunya ia lebih garam dan banyak transfat.
.
Potongkan buah epal, oren dan buah jambu batu (sebagai contoh) dalam bekas makanan. Taburkan sedikit garam bukit yang kaya dengan magnesium dan letakkan sedikit minyak zaitun bagi membekalkan tenaga untuk anak-anak.
.
Sesekali anak mendesak kita untuk membeli makanan yang tidak bernutrisi. Tak apalah, sesekali. Sebelum belikan apa-apa makanan yang tidak berkhasiat, pastikan
habiskan buah-buahan yang dipotong. Bawa bekalan buah potong sendiri, lebih jimat dan selamat (bersih).
.
3. PASTIKAN MAKANAN YANG KITA BERIKAN PADA ANAK-ANAK ADALAH DARI GERAI ATAU RESTORAN YANG BERSIH
.
Pastikan makanan itu makanan yang baru disediakan. Makanan yang baru disediakan selalunya masih panas. Makanan yang telah sejuk mungkin terdapat kuman yang mula membiak, terutama jika disediakan lebih dari 4 jam. Banyak kes keracunan berlaku pada waktu percutian dan bayangkan jika ia berlaku ketika kita bercuti di luar negara. Kemudahan kesihatan seperti klinik mungkin tidak semudah di negara kita.
.
4. PASTIKAN ANAK-ANAK KITA SENTIASA MEMBASUH TANGAN
.
Terutamanya selepas keluar dari tanda dan ketika memulakan untuk makan. Jika menggunakan garpu dan sudu, tidak salah jika kita membasuhnya sekali lagi di sinki. Bila pelanggan ramai, kadang kala pembasuhan peralatan sudu dan garpu tidak diberikan perhatian.
.
5. BILA MAKAN, PILIH MAKANAN YANG SEIMBANG
.
Pastikan mereka mendapat sayur-sayuran dan buah-buahan yang memberikan vitamin dan serat. Bagi anak yang sensitif, dan tidak suka makan sayur, pastikan mereka mendapat bekalan pil multivitamin atau vitamin C dan E yang membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.