Hati anak mana yang tak pilu apabila mengangkat sekujur tubuh insan tersayang yang kaku tidak bernyawa.

“Saya biasa terbabit dengan operasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya dan sudah mengangkat lebih 20 mayat.

“Namun semalam saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila mengangkat mayat mak sendiri dan memasukkannya ke dalam plastik.

‘Hati Remuk Bila Angkat Mayat Mak.”  Biasa Usung Mayat Kemalangan, Kali Ni Angkat Jenazah Ibu Sendiri

 

Itu kata-kata Muhammad Farid Arbak, 29 yang merupakan anak kepada Norhamidah Kamar, 59, yang maut dalam kemalangan.

Norhamidah yang bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Kuala Selangor dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebatang pokok.

Muhammad Farid yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor berkata, ketika kejadian beliau sedang bertugas sebelum menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumkan kemalangan menimpa ibunya.

‘Hati Remuk Bila Angkat Mayat Mak.”  Biasa Usung Mayat Kemalangan, Kali Ni Angkat Jenazah Ibu Sendiri

Ads

“Saya bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki motosikal. Dalam masa sama, saya berharap mak hanya terbabit kemalangan biasa dan boleh dirawat.

“Sebaik tiba, saya lihat orang sangat ramai menyebabkan saya tinggalkan motosikal kerana tiada ruang untuk lalu.

“Saya lari menuju ke arah mak dan sebaik menghampiri, remuk hati melihat jenazah sudah terbaring di jalan raya dalam keadaan ditutup dengan kain batik.

“Kali terakhir saya bertemu mak di sekolahnya pada waktu pagi (semalam). Kebetulan mak tertinggal teluk itik dan telur masin yang dikirim oleh rakannya.

“Disebabkan tempat kerja saya dengan sekolah mak tidak jauh, saya sempat menghantar pesanan yang diminta,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Yu

Ads

‘Hati Remuk Bila Angkat Mayat Mak.”  Biasa Usung Mayat Kemalangan, Kali Ni Angkat Jenazah Ibu Sendiri

Muhammad Farid berkata, dia tidak dapat menahan sebak apabila masih terngiang-ngiang suara ibunya yang mengejutkannya bersahur pada pagi sebelum kejadian.

“Sehari sebelum itu, kami sekeluarga sempat berbuka puasa bersama dan menunaikan solat sunat Tarawih di surau berhampiran.

“Ramadan tahun ini adalah yang terakhir buat saya bersama mak. Sebagai orang Islam, saya reda dengan ketentuan Ilahi kerana mak bertemu Penciptanya dalam bulan penuh mulia,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.

Jenazah Norhamidah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At Taqwa, Kampung Sungai Yu.

Ads

Sumber: Harian Metro


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI