Hati-Hati Ketika Membuang Air Panas. Ini Sebabnya Ramai Yang Tak Tahu.

Share

Lazimnya tindakan membuang air panas sama ada di sinki atau tandas menjadi perkara biasa sesetengah orang. Ia bertujuan untuk membersihkan lumut yang tersumbat di dalamnya.

Namun tidak ramai tahu bahawa ketika membuang air panas di tempat berkenaan kena berhati-hati dengan mengucapkan bismillah.

Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.

HATI-HATI  KETIKA MEMBUANG AIR PANAS:

Bekas Mufti Besar (Almarhum) Kerajaan Arab Saudi,
Syeikh Ibn Baz ditanya:

“Adakah kita perlu mengucapkan Bismillah ketika menuang air panas ke dalam singki?”
Beliau menjawab:

“Ya, sangat perlu mengucapkan Bismillah ketika hendak menuangkan air panas ke dalam singki kerana di situ sentiasa ada Jin”.

Beliau menceritakan pengalamannya hadir di sebuah rumah di mana Ruqyah berlangsung
dan beliau bertanya kepada Jin mengapa kamu mengganggu orang yang tidak bersalah ini?”

Jin menjawab:
“Dia menuang air panas ke atas anak² kecilku dan telah membunuh mereka”.


Syeikh Ibn Baz menjawab:

“Tetapi kamu tahu kami tidak dapat melihat kamu.”
Jin berkata:

“Kenapa dia tidak menyebut nama Allah – ‘Bismillah’ pasti anak² kami itu sedar dan bergerak”.

Ini jelas bermaksud, setiap kali kita menyebut nama Allah ﷻ ia berfungsi sebagai isyarat.
Pastikan kita sentiasa menyebut ‘Bismillah’, ketika masuk ke dalam rumah,bilik, memakai pakaian, memakai kasut,menuang air panas ke dalam singki atau longkang malah di atas lantai.

Wallahu a’lam.

Kredit : Wahyu Iman

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club