Hati-Hati Kerap Dedah Anak Lagu Hiburan, Bila Jadi ‘Inner Voice’ Sukar Nak Didik Ilmu Ilmiah.

Share

Hati-Hati Kerap Dedah Anak Lagu Hiburan, Bila Jadi ‘Inner Voice’ Sukar Nak Didik Ilmu Ilmiah.

“Saya rasa antara dosa terbesar pada anak anak saya dulu adalah saya lupa nak cakna konten CD, video, kaset dan siaran radio kereta saya.”-Dr Taufiq Razif

Ramai ibu bapa anggap apabila dedahkan anak dengan lagu-lagu hiburan untuk halwa telinga di dalam kereta adalah biasa aje.

Namun siapa sangka bahawa ia sebenarnya akan memberi aura yang tidak baik untuk pertumbesaran anak yang dipanggil ‘Inner Voice’.

Begitulah yang dikongsikan oleh  Dr Taufiq Razif mengenai impak pendedahan ini kepada kanak-kanak yang masih kecil.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

 

Saya tak perasan benda ni hinggalah satu hari saya dengar anak saya bersiul lagu yang entah apa apa.

Kalau tak silap lagu cintan cintun gitulah. Padahal sebelum ni bagi saya lagu tu biasa je tapi entah kenapa bila ianya keluar daripada mulut anak saya sendiri, saya rasa bersalah gila!

Anak orang lain mengaji, anak kita duk menyanyi lagu merapu! Uih sentap weh bila teringat balik benda ni.

KERAP DEDAH ANAK LAGU HIBURAN AKAN JADI ‘INNER VOICE’ PADA ANAK

Rupanya lagu yang kita expose anak kita tu akan jadi ‘inner voice’ anak anak kita. Benda tu akan bergema dalam minda anak kita dan boleh kekal masuk ke subconscious mind anak kita sampai bila bila!

Anak kita bersiul lagu tu bukan sebab dia cuba ingat balik lagu tu tapi sebab irama lagu tu bergema dalam minda dan hati dia!

Bayangkan kalau saya dengarkan ayat Al Quran ke, ceramah agama ke, hadis ke ataupun siaran yang ilmiah mesti itulah nanti yang akan bergema dan menjad ‘inner voice’ anak anak saya.

Saya taknak mak mak semua pun buat silap yang sama seperti saya. Boleh ke mulai harini mak mak semua pakat download video ceramah, mengaji dan setidaknya video dokumentari untuk anak anak semua?

Boleh ke?

Sebab otak anak anak ni lagi lagi yang berumur 6 tahun ke bawah umpama span. Dia akan serap semua yang dia dengar dan boleh kekal dalam otaknya sampai bila bila!

Sumber: Taufiq Razif

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club