
Setelah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi pembelajaran bersemuka di buka semalam iaitu pada 1 Mac 2021 pelbagai pihak melahirkan rasa kebimbangan.
Biarpun KPM telah menetapkan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, namun masih ada yang alpa mematuhi hal ini.
Menerusi perkongsian facebook, Lee Master Blaster melahirkan rasa kebimbangan dengan sikap ibu bapa ketika mengambil anak waktu tamat sesi persekolahan.
Merujuk kepada gambar jelas mengambarkan ibu bapa berada dalam kedudukan yang dekat tanpa ada penjarakkan.
Situasi sekolah waktu tamat sesi persekolahan kelihatan diluar kawalan.
WARGANET LUAH RASA BIMBANG
Dalam pada itu, warganet rata-rata melahirkan rasa terkilan dengan situasi demikian. Mereka berharap pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk alert untuk menjaga SOP.
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan kembali ke sekolah pada tarikh 1 Mac 2021.
Bagi murid sekolah rendah Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac ini. Manakala, pelajar sekolah menengah akan mula kembali ke sekolah pada 4 April.
Sumber: Lee Master Blaster
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nasib Isteri & keluarga Mangsa Terbela, Raih Sumbangan RM204,322 Dari Orang Ramai

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang berita kemalangan ngeri yang melibatkan seorang penghantar makanan maut di tempat kejadian dan seorang lagi penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah akibat dirempuh oleh dua kenderaan.
Berikutan kes ini, ada seorang individu tampil membuka tabung bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @bangsabertauhid, difahamkan mereka berjaya mengutip kutipan sebanyak RM204,322 hasil sumbangan masyarakat pemurah dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu, individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menderma bersama bagi membantu meringankan keluarga mangsa terlibat.
“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk misi-misi akan datang. Lets thanks each other di ruangan komen,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sebaik sahaja menutup tabung misi tersebut, individu itu turun padang bagi melawat keluarga mangsa terlibat bagi memberikan kutipan duit yang diperoleh terutamanya isteri penghantar makanan maut yang juga sebenarnya mereka baru sahaja menikah dua minggu lalu serta isteri penunggang motorsikal yang kini sedang sarat mengandung.
“Jumlah kutipan adalah sebanyak RM204,332. Selepas itu, saya bahagi kepada dua keluarga mangsa iaitu yang meninggal dunia dan cedera parah.
“Jadi, saya bahagi sama rata. Setiap keluarga dapat RM102,161. Kemudian, untuk setiap keluarga pula saya pecahkan kepada isteri dan orang tua si suami.
“Untuk mangsa cedera parah, saya berikan 80% pada isteri sebanyak RM81, 728.80. Kemudian, baki diberikan kepada untuk ibu bapa sebelah suami dapat RM20,432.20.” katanya.
Seterusnya, dia menyatakan jumlah diberikan kepada keluarga mangsa yang maut iaitu sebanyak RM51,080.50 kepada si isteri dan RM51,080.50 kepada ibu arwah.
Perkongsian itu menerima pujian ramai netizen di mana mereka turut suka dengan cara agihan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa terlibat.
Bukan itu sahaja, bahkan penderma juga dapat mengetahui seberapa banyak wang disalurkan dan dapat dilihat dengan jelas mengenai pengaliran wang sumbangan tersebut.
Sumber : Instagram @bangsabertauhid
Sumber: Instagram @bangsabertauhid
“Susah Nak Jumpa Orang Sikap Macam Ni.” Kisah Lelaki Jujur Jumpa Wang RM5 Ribu, Respect!

Sikap jujur dan amanah sangat penting dalam diri kita. Biarpun tidak kaya atau berharta sikap ini melambangkan sikap peribadi dan akhlak yang mulia.
Oleh itu, sikap ini telah dipupuk dan diamalkan semenjak dari kecil lagi. Begitu juga sikap yang ditunjukkan oleh lelaki ini memulangkan kembali sejumlah wang yang dijumpainya secara tidak sengaja di tepi jalan. Biarpun jumpa itu dianggarkan RM5 ribu, beliau bersikap positi dan jujur memulangkan kembali kepada pemiliknya.
Terbaik sikap lelaki ini. Ikuti kisahnya moga jadi teladan bersama.
“Ya Allah.. Duit sapa yang jatuh ni,banyak ni,satu plastik penuh duit RM100 dengan RM50” Ucapan pertama kali pegang duit dalam plastik!
Dalam HATI, dah mula bercampur baur..ini bukan kali pertama jumpa duit beribu..masa aku dalam tengah buat rumah sendiri dulu pun,pernah ujian macam ni aku dapat,jumpa depan bank.. ALHAMDULILLAH, dapat selesai, lepas jumpa tuannya..
Kali ni,aku jumpa tepi jalan,ngam pulak lepas org abis azan zohor.. aku pulak,baru lepas isi minyak motor,sebab nak masuk ladang belah petangnya..
Masa aku ambik,terus aku letak dalam raga motor,walaupun duit kertas,terasa beratnya..aku yakin,banyak ribu duit dalam plastik ni..bukan sedikit duitnya..
Ujan turun makin lebat,mau atau tak,aku tetap menunggu tepi jalan ni,menanti jika ada orang singgah bertanyakan hal kehilangan duit..
sudah setengah jam menanti,dan aku dah mula sejuk..basah..lagi pun..aku kena masuk jaga ladang dengan lembu petang ni..
apa pun.. aku tetap juga menunggu..
aku tahu,ini ujian Allah beri, ujian hati dan perasaan aku,adakah duit ini aku ambik atau tidak?
sampailah aku lihat,sebuah kereta Avanza warna seakan merah hati, berhenti tak jauh dari tempat aku berhenti..
nampak ada dua org remaja keluar dari situ,dan terus menyusuri tepi jalan,sambil mencari sesuatu,kemudiannya,seorg wanita keluar,juga buat perkara yg sama..sampailah driver kenderaan keluar,dan dia juga mencari cari sesuatu di tepi jalan.
aku hanya perhatikan,sampai dia sampai dekat aku..dia menegur aku dalamnhujannyg masih agak lebat..
“dik,motor rosak ke?tengah hujan duduk tepi jalan lagi, masuk la ke masjid atau shell tu”
“tak,bukan motor rosak, tunggu org datang,,tapi tak tahulah datang atau tak,sebab tak kenal, pakcik cari apa? dari tadi duk cari cari benda je,ada barang hilang ke?”
“haah,ada barang hilang,rasanya,kat sinilah jatuhnya,sebab masa berhenti betulkan viper kereta tadi,mmg dekat sini je,, lepas tu dah gerak pergi hala manjung tadi, dalam perjalanan,baru sedar ada barang hilang dari dalam jaket baju ni”
“apa barang yg hilang tu?”
“ada la,takpelah,sy nak cari dulu kat tepi jalan,kalau ada rezeki,adalah, kalau takde,apa nak kata lagi,bukan rezeki agaknya”
nampak macam dia nak bergerak,aku sapa balik. “duit ke yg hilang tu?”
dia berhenti dan melihat aku. “mana kamu tahu?”
“saya agak je,bila dah semua satu family keluar kereta,mestilah benda berharga,duit ke,tipon ke,barang kemas yg hilang”
“ya..duit hilang, dalam plastik,tak sempat masukkan dalam beg,sebab Ujan,masukkan je dalam plastik tu,tadi ada ke shell,isi minyak,beli makanan, semuanya dalam plastik tu duitnya,masa Ujan lebat, keluar dari kereta,sebab nak betulkan viper sangkut,yg ingat,kat sinilah berhenti tadi”
“banyak ke duitnya pakcik?”
“banyak la juga,sebab nak bayar duit repair kereta sebuah lagi kat bengkel, lepas tu,duit pakai belanja bulan ni lah”
“oh..macam ni,kalau betul duit pakcik hilang,saya nak tahu,berapa jumlah duit paling kecik yg ada,jangan beritahu jumlah duit besar”
masa ni,aku dah lihat duit rm1 dan rm10 ada..
dah tahu jumlahnya berapa,tapi,jumlah duit rm100 dgn rm50 . memang aku tak tahu berapa.. sebabnya,nampak tebal dan banyak..
“kalau seingat sy,lepas isi minyak rm50,beli barang makanan,air, to up tipon,yang saya ingat,sekeping je rm10,lepas tu,yang duit rm1 ada banyak juga,dalam 20keping atau lebih la,jumlah tak pastilah berapa keping rm1 tu,mungkin 25 atau 26 keping,semuanya sy masukkan dalam plastik,lepas tu masuk dalam jaket ni”
“emm..maknanya, duit yg saya jumpa ni,mmg betul la duit pakcik,saya risau juga kalau org mengaku duit dia hilang,tadi,sy baru nak tanya dalam group kampung punya wassap,sebab nampak pakcik keluar dari kereta,sy tak jadi tanya dalam group wassap,
betul duit ni pakcik punya,dalam raga kotor saya ni”
dia datang ke arah aku,lihat dalam raga motor,secara mengejut dia peluk aku.
“alhamdulillah,betul…ini duit pakcik,.masa hilang tadi,dalam hati dah dapat rasakan,mmg tak jumpa dah,sebab takde apa bukti nak kata duit tu pakcik punya”
“takpe,sy faham..masa pakcik tak bagitau hal duit hilang, saya boleh faham apa pakcik fikir..kalau pakcik bagitau duit hilang,pakcik mesti risau juga, kalau sy pulak akan mencari duit area tepi jalan ni,sebab tu pakcik tak bagitau saya hal duit hilang kan”
“ya..yaa..maafkan saya, hati risau, bila bgtau tempat hilang, takut orang lain cari lepas sy tak jumpa duit”
“sy faham pakcik, .kalau sy pun,usahakan cari dulu duit tu, sebelum bagitau lokasi hilang,..
ambillah duit pakcik ni, rezeki pakcik lagi ni, boleh jumpa balik duit hilang,sy pun,tergerak hati nak lalu sini, biasanya,sy lalu jalan atas tu je,kalau nak isi minyak kat shell”
aku pun serahkan beg plastik yg ada duit kepada dia,ntah berapa jumlah yg ada dalam tu, aku pun tak tahu,sebab tak semasa nak kira,cuma duit rm10 dgn rm1 tu yg aku agak,baki dari dia pecahkan duit rm100 dia.
“pakcik,sy nak balik dulu ye,nak siap siap masuk ke kebun sawit,sy kerja jaga ladang dgn lembu org peserta, nanti lambat masuk, bising pulak ada kawan yg tunggu kat dalam tu”
“nanti kejap,kamu ambillah duit ni,buat belanja, kamu dah jumpa duit pakcik”
“takpelah,sy ada duit pakcik,upah kerja saya,bos dah masukkan dalam bank,cukup je makan pakai saya,sy gerak dulu ya”
dalam masa aku nak gerak tu,isteri pakcik ni tahan motor aku, lepas tu,dia suruh juga suami dia bagi duit..
masa ni,banyak sangat dah ayat memujuk suruh ambik..aku mmg takde hati nak ambik..sebabnya,aku takut,bila aku ambik..saham akhirat aku berkurangan akan datang..rasa,macam pertolongan berbayar pulak…
dah didesak banyak kali,aku pun ambik juga,tapi,tak ambik semuanya yg dia bagi,aku ambik beberapa keping je.. sebagai tanda tak menolak pemberian org..
lepas aku ambik, aku terus balik, lepas tu, aku singgah kedai kawan aku,,aku beli ayam golek sekor,bagi makan anak bini aku,balik rumah,aku bagi baki duit org bagi,ada dalam rm130..
pada aku..inilah rezeki aku yg sebenarnya..walaupun aku dah jumpa duit hampir 5k….dan rm150 yg aku ambik..itulah rezeki aturan dari Allah yg sebenarnya..bukan duit satu beg plastik yg aku jumpa..
dalam masa aku pegang duit tu tadi,mainan hati dengan hasutan syaitan mmg kuat.. dalam kepala aku, duk mikir,duit ni,kalau aku ambik..selesai masalah aku nak pasang siling rumah dgn mozek lantai rumah aku..
kalau tak buat rumah..mau aku beli frogman atau rangeman ogapi..atau planning beli motor baru..atau pun,beli barang barang yg aku nak kumpulkan..salah satunya..rc 4×4 yg pernah aku tgok..harga mmg 2,3k juga..
macam2 hasutan fikirannya aku dapat dalam kepala aku..
mujurlah..hati ni,aku dah ajar..jangan ambik hak bukan milik kita..biar miskin macam mana pun,jangan sesekali ambik hak bukan kita punya..
syukur pada Allah..
ujian-ujian yg selama ni hadir..satu persatu aku dapat hadapi dengan tabah..walaupun bukan yg terbaik..tp..aku tetap usaha.. jadi yg sebaik mungkin..sebagai seorgnhamba Allah,yang tak mahu melanggar hukum-hukum yang tak boleh aku buat.
aku up dalam FB..bukan nak bagitau org aku baik..sebab aku tahu, aib aku yg lain, kejahatan yg lain…masih Allah rahsiakan..aku bukan dari golongan baik juga..
cuma..dalam fikiran aku..bila aku buat kat wall FB aku, andai kata aku mati cepat,,tak panjang umur..dan bila sampai satu ketika..tarbiah anak aku, boleh bini aku lakukan melihat status wall FB aku .. dengan apa yg aku buat ni..
boleh jadi..aku jadi seorg bapa yg akan anak kenali aku,sebagai seorang bapa yg baik… bagaimana sikap dan apa perlu buat.. bila jumpa hak orang ..
salah satu sebab..cara begini..mungkin mengajar anak aku memahami erti hidup cari harta yg berkat..
walaupun kita tahu hidup kita miskin tak berharta..apa yg aku harap..buat satu contoh kebaikan..supaya anak dapat ikut mencontohi…harta aku sebenarnya..anak bini ,keluarga,sedara mara, dan kenalan aku.. tentang lainnya..bukanlah harta yg boleh aku buatkan kenangan hidup..
Nukilan: Karya Azman
“Jadi Suami Jangan Rimas Jika Isteri Sedikit ‘Queen Control’”- Suami Ni Senaraikan Kebaikan Bila Isteri Buat Begitu!

Ujian dan dugaan di alam perkahwinan memang luar biasa, lantaran itu kedua-dua pihak perlu sama-sama berjuang untuk mengekalkan kesejahteraan hubungan suami isteri kekal bahagia selamanya.
Antara kunci dalam membina hubungan yang bahagia, tiada menyimpan rahsia antara suami dan isteri, itu adalah lebih baik. Agar kedua-dua tahu dan faham dalam menjaga hubungan perlu kesetiaan.
Namun sering disalah ertikan bila pasangan terlihat begitu ambil berat dikatakan cuba untuk ‘menguasai’ atau ‘mengawal’ pergerakan pasangan. Istilah queen control umpamanya, sering dilihat dari sisi yang kurang baik.
Namun seorang suami ini memberi pandangannya betapa ada baiknya bila isteri terlihat lebih ambil tahu dan ambil berat tentang pasangannya.
Isteri Sedikit ‘Queen Control’, Itu Kebaikan Buat Kita
Saya setuju sangat jika isteri ambil tahu segala aktiviti suami. Tiada rahsia suami isteri. Tahu suami Chat dengan siapa, tahu password HP dan facebook suami dan tahu suami berkawan dengan siapa. Sesekali tu cek HP suami. Lelaki ni nampak ‘Lebai’ macam mana pun akan lemah dengan perempuan.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita bualkan, sehinggakan syaitan menguasai jari jari kita untuk taip perkara yang Allah Murkai.

Jadi suami jangan rasa rimas jika isteri sedikit ‘Queen Control’ , kerana itu kebaikan buat kita. Jika bukan dia cegah segala kesilapan dan kelemah kita siapa lagi?. Hanya isteri tahu baik buruk kita, kelemahan kita.
Suami juga begitulah, pantau hp isteri tu, jangan sampai dia mengadu kepada orang yang salah. Jangan biarkan isteri tayang body percuma di media sosial, jangan biarkan isteri kita berbalas voice texting dengan lelaki lain, Jangan sampai isteri kita pula terjerat dalam sangkar pemangsa yang dah lama menanti.

Sebab itulah jika taknak isteri kita mengadu kepada orang lain, jadilah kita pendengar setia dan dengarlah teguran isteri, kerana setiap teguran isteri ini ikhlas dari hati dia.
Dunia yang penuh dengan cabaran dan fitnah. Hanya orang yang benar-benar Taqwa akan terlepas dari fitnah ini. Nasihat untuk diri sendiri yang penuh dengan keaiban. Moga Allah jaga aib ini dan ampunkan dosa-dosa ini.
-EncikMatt-
Sumber : Muhammad Hassan
ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club