Kemiskinan hidup tidak menjadi halangan kepada anak ini untuk berjaya dalam hidup. Kisah seorang pelajar cemerlang, Abdul Manaf Abdul Aziz, 18 dari Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dengan memperoleh 10A yang sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa beberapa agensi kerajaan dan swasta telah mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee bin Malik.
Melalui perkongsian di laman facebook Menteri Pendidikan,Dr Maszlee Malik menyatakan kisah pelajar berkenaan telah mendapat perhatian daripada pihaknya. Semoga impian adik ini bergelar seorang doktor pakar dalam bidang otak dan saraf tercapai suatu hari nanti. Serta dapat membela nasib keluarga yang hidup serba kekurangan.
Kisah adik Abdul Manaf Abdul Aziz yang datang dari keluarga kurang berkemampuan tetapi mendapat keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah mendapat perhatian ramai pihak.
Saya mendapat maklumat mengenai adik Abdul Manaf pada Ahad (31 Mac 2019) dan semalam saya telah menghantar pegawai saya ke Pekan, Pahang untuk melihat sendiri keadaan adik Abdul Manaf dan keluarganya.
Biasiswa
Saya sedih mendengar cerita adik Abdul Manaf. Ibunya sudah meninggal dunia pada tahun lalu dan ayahnya cuma bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu namun di sebalik semua halangan berkenaan beliau berjaya membesarkan anaknya menjadi insan yang berilmu.
Saya difahamkan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengemukakan surat tawaran bersyarat kepada adik Abdul Manaf untuk memasuki Pusat Asasi UIAM.
Dalam masa sama beberapa pihak juga sudah berhubung untuk memberikan biasiswa.
Adik Abdul Manaf akan diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan laluan khas untuk golongan B40 dan saya mendoakan adik Abdul Manaf menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor.
Sumber: FB Dr Maszlee Malik