Hasrat seorang pemuda untuk menambah simpanan musnah apabila duitnya berjumlah RM113,086.40 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja.
Siapa sangka tujuan untuk menambah simpanan, pemuda berusia 27 tahun itu berputih mata apabila peluang kerja sambilan yang diberitahu kepadanya tidak wujud.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pemuda berkenaan yang merupakan seorag pegawai perubatan telah berkenalan dengan seorang individu melalui satu aplikasi dan ditawarkan kerja sambilan.
Menurutnya, mangsa diminta untuk membuat tinjauan mengenai kecekapan tenaga dan akan mendapat pulangan komisen sebanyak 20 peratus setelah selesai membuat tinjauan melalui pautan yang diberikan.
“Tertarik dengan pulangan komisen lumayan serta tawaran kerja sambilan tersebut, mangsa telah mendaftar sebagai ejen dalam sebuah web. Bagi mendapatkan pautan tinjauan yang ditawarkan, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM113,086.40.
Melalui paparan laman web yang dimuat turun, mangsa telah mendapat keuntungan sebanyak RM130,000. Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan juga denda.
Sumber: Sinar Harian
“Bukan Tamak Nak Rebut Harta, Saya Hanya Mahu Bahagiakan ibu.” Patutlah Rezeki Chef Wan Tak Pernah Putus Dari Dulu!
Siapa tak kenal Datuk Chef Wan, seorang Tukang masak terkenal yang cukup mesra orangnya. Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya, sikap prihatin dan penyayangnya membuktikan beliau seorang anak yang menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.
Lihat sahaja di dalam postingnya menerusi laman instagram, tidak pernah jemu dan penat melayan ibunya. Malah ada saja usikan dan gurau mesra bersama ibunya yang mesra dipanggil Che Ani.
Baru-baru ini beliau ada memuat naik satu video sambil bercerita mengenai rezeki yang diperoleh tidak pernah putus. Akuinya mungkin itu adalah berkat menjaga kebajikan ibunya sejak dahulu lagi.
Kau Jaga Mak
Emak dari pagi tadi tak habis2 kata ” Wan kau jaga emak tiap2 bulan emak dapat pencen ayah dan duit hasil Felda minyak sawit emak kasi la kau sikit ya”..
Just as are watching CNN TalkAsia with Tun M she said it again.
So saya terus tangkap kaki emak dan mula picit2 dan urut dia sambil mengampu dia!
Look at her reaction la its so funny.
She said this once to my other sister hari tu.
Omg inmediately she snapped at my mother and said to her
” Eh emak ni nyanyuk ke Wan ni dah hidup senang emak nak kasi dia duit bulan2?
Lebih baik la emak kasi aku ini!”.
Tak Pernah Ambil Satu Sen
I laughed at her respond but will not answer back. Didalam hati saya berkata this is so typical of some sibbling behaviour. Time nak jaga or menjengok ibu tu haram tak nampak. Di tolak mcm bola lagi ada.Tapi duit punya pasal terus sentap mcm lah saya kebuluk harta emak ni pun.
Selama ini satu sen pun saya tak pernah ambil dari ibu saya.
Malahan each month i make sure she get rm3000 allowances from me pun.
Her medical expenses semua saya juga yg menanggung.
Adoi harta saya pun cukup makan lah.
Kejujuran Hati Anak
Itu sebab rezeki saya sejak muda lagi melimpah ruah sampai la saya tua ini kerana menjaga ibu dan bapa saya mau pun sentiasa menolong saudara mara mau pun anak2 yatim dan bantuan2 masjid yg saya dahulu kan bila ada rezeki berlebihan.
Bukan saya nak cakap besar tetapi ini ada la kenyataan yg sebenarnya.
Tetapi manusia ini instead of being inspired and learning from us ini tidak depa bersikap batu api lagi ada.
Seorang ibu yg tua bukan bodoh apabila melihat kejujuran hati seorang anak yg menjaga kebajikan ibunya pun.
Bukan Tamak Berebut Harta
Anak seperti saya pula tak kan mengharap apa2 balasan pun dari Ibu saya yg tua ini melahan saya akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk membahagia kan dia selama dia hidup diatas dunia ini.
Off course i will never accept any money from my mother pun.
Jika dia meninggal pun saya tak akan ambil satu sen pun duit beliau malahan saya agih2 kan pada adik2 yg lain lagi ada.
Bukan banyak mana pun!?
Kita ni bukan tamak berebut harta pun as selama saya hidup ini Allah sudah puas kan hidup saya ini dengan segala kemewahan mau pun kesusahan and i am so evergrateful.
Sumber: IG _chefwan58
Guna Tip & Cara Psikologi Ini Untuk Elak Anak Kencing Malam Atas Tilam!
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Isteri Tolak Hubungan Intim, Salah Satunya Sebab Suami Selekeh, Awas!
Kebanyakan kes penolakan seks berlaku kerana si isteri yang tidak pandai menjaga penampilan diri di rumah, berpakaian kurang enak dan selekeh di mata suami.
Semua ini menjadi penyebab dan alasan untuk suami mencari lain. Namun tahu tak bahawa isteri juga berdepan masalah yang sama apabila suami juga tampil selekeh serta tidak pandai menjaga kebersihan diri sendiri.
Disebabkan hal ini, ramai isteri menolak seks dalam diam dan menggunakan bermacam alasan untuk menolak aktiviti ranjang. Jarang persoalan ini diutarakan namun suami juga perlu mengambil kira akan penampilan dan kebersihan diri ketika di rumah, sekaligus menaikkan semangat isteri untuk bersama di ranjang.
Sejujurnya suami perlu lebih peka akan kebersihan diri sendiri. Ramai lelaki tidak ambil kisah akan tatacara menjaga diri apatah lagi pakaian yang disarungnya. Walaupun ada isteri yang mengambil kira akan kebersihan, namun mereka sering lalai dan terlupa bahawa ia menjadi rutin harian.
Ikut Sunnah Nabi
Sahabat Rasulullah s.a.w, Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.Itulah kata-kata Rasullullah SAW mengenai hal ini. Nyata suami juga harus tampil bersih dan segak serta mempersiapkan dirinya ketika berada di rumah, sama seperti mana si isteri bersedia untuk mereka. Pahala pastinya milik anda.
Ambil Kira Kehendak
Jika suami mengambil kira apabila isteri berpenampilan kurang enak dan selekeh di rumah, suami juga seharusnya berpenampilan sama dan senada. Jangan hanya memakai pakaian yang ‘cukup makan’ atau tidak ‘cukup kain’ di rumah. Bila kedua-duanya serupa barulah kehendak dan keinginan untuk ‘bersama’ menjadi selari kala di ranjang.
Menjaga Kebersihan Diri
Jika ketika bujang lelaki acapkali tampil dengan pakaian yang sama tanpa mencucinya terlebih dahulu, janganlah amalan ini diteruskan selepas berkahwin. Letakkan sahaja baju yang sudah dipakai di dalam bakul supaya isteri anda dapat mencucinya. Menjaga kebersihan diri juga dituntut dalam Islam. Setiap kali mandi, lelaki selalu mengabaikan akan kebersihan dalaman. Jangan lupa untuk bersugi dan perapian lainnya, sama seperti wanita.
Pujukan Halus
Pujuklah suami anda untuk membeli baju baru supaya dia terlihat lebih segar auranya. Sesekali berbelanja untuk diri sendiri rasanya tidak salah. Jangan hanya cantik ke tempat kerja tetapi tidak sempurna kala di rumah. Pujukan halus anda dengan lantunan suara yang lembut sesekali pasti buat suami cair.
Pujian Ikhlas
Bila suami bersiap kemas dan rapi, pujilah dia dengan seikhlas hati. Pujian kadangkala besar manfaatnya pada diri. Biar anak-anak juga mendengar pujian ikhlas anda. Mana tahu pujiannya buat dia gembira bukan kepalang. Kegembiraan ini sekaligus buat keinginan untuk bersama di ranjang dengan penuh semangat. Hebat bukan?
Manjakan Diri Bersama
Sesekali bila anda mengunjugi spa atau melakukan apa jua rawatan kecantikan seperti pedicure dan manicure, ajaklah suami anda untuk turut serta. Sesekali dibelai manja, pasti mereka juga tidak mampu menolaknya. Lama kelamaan pasti mereka juga mula merasakan akan kehebatan dan kesegaran memanjakan diri. Mana tahu cara ini buat anda dan suami lebih bangkit ghairahnya.
Gantikan Pakaian Baru
Lelaki selalu jarang mengambil kisah akan pakaiannya apatah lagi jika berada di rumah. Isterilah paling berperanan besar untuk menggantikan pakaian yang baru dan bersih kepada suami setiap hari. Jangan biarkan dia mengenakan pakaian yang sama di rumah hingga berhari-hari. Ambil kisah akan pakaian dalamnya dan gantikan dengan yang baru lagi bersih. Bila semuanya bersih, hati juga makin bertambah senang.