Bukan semua pandai menjahit apatah lagi ia memerlukan minat untuk dilakukan bahkan memerlukan ketelitian dan kesabaran.
Namun jangan jadikan itu sebagai penghalang dan bolehlah dicuba menghasilkan jahitan yang ringkas dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Pn Haslina untuk membuat bahagian tangan baju bergetah.
Ini perkongsiannya.
Tutorial Lengan Getah
Sambil2 dok menjait lengan blouse saya nak share cara jahit getah di hujung lengan.. Banyak cara lain sebenarnya tp ni salah satu cara paling mudah dan kemas..
Cara-caranya :
Sediakan getah mengikut keselesaan lengan masing-masing. Contoh macam hujung lengan saya 6.5″ jadi panjang getah saya potong 8″ ..ukuran hujung lengan pada kain 14″
Ads
Jahit getah pada ke dua-dua hujung kain pada bahagian lengan tersebut.
Letakkan getah pada permukaan kain sebelah dalam ye, bukan sebelah luar/cantik. Benamkan jarum pada hujung getah, kemudian tarik getah tersebut sebelum menjahit.
P/s : untuk jahit getah di lengan saya suka pakai tapak tinggi rendah.
Rupanya akan jadi begini selepas menjahit getah di atas kain.
Ads
Kemudian lipat/gulung hujung lengan untuk menutup getah (2 kali lipat/gulung)
Ok kat sini fungsinya tapak tinggi rendah tu. Letak kedudukan kain seperti dalam gambar.. jahitan akan lebih sekata @ sama bila pakai tapak ni.. tapi kalau pakai tapak biasa pun ok..
Benamkan mata jarum dulu sebelum jahit. Bagi mengelakkn jarum patah.. kemudian tarik getah.
Ads
Sambil tarik getah tu bolehlah jahit seperti biasa.
Selesai jahit getah boleh la jahit cantum then jahit tepi or jahit tepi baru cantum
lengan tu.. ikut suka la mana-mana yang mudah.
Selain pakaian, bra atau coli serta seluar dalam antara koleksi yang banyak dikumpulkan oleh kaum wanita. Namun, lama-kelamaan ia mula tidak selesa dipakai sama ada sudah longgar, terkoyak atau tertanggal besi di dalam coli misalnya.
Jadi nak tak nak kenalah buang kan walaupun sayang. Memandangkan ia antara barangan peribadi yang tidak sesuai di buang merata-rata, jadi kena cari jalan paling selamat untuk melupuskannya.
Cik Nana menerusi blognya berkongsi beberapa tip yang sesuai untuk anda cuba bagi melupuskan barangan peribadi anda ini.
90% pembaca blog cerdik nie kaum hawa kan? So, boleh la berkongsi rahsia sikit ek Dalam sebulan, mesti akan ada pakaian dalam kita yang perlu dibuang kan? Tak kisah la baju dalam or panties. Yang terkoyak, yang tertanggal ribbon, yang terkeluar spring.. Heheh, contoh je tau.
Macam mana korang semua menamatkan ‘riwayat’ pakaian dalam korang ek?
– Bakar? Ish, menambahkan kandungan karbon dioksida dalam udara. Tak bagus untuk bumi.
– Flush dalam toilet bowl? Jangan! Tak pasal2 kantoi dengan Indah water pulak. Kalau tersumbat, korang yang susah.
– Jual dekat bundle? Owh, nie betul2 out of the box punya thinking.. 🙂 Cuma, pakaian dalam tue mengandungi ‘sisa’ kita. Seteliti mana pun kita cuci, masih berbekas ‘sisa’ di situ. So, lupakan aje ek untuk recycle pakaian dalam kita. Dan hey, Na ada terbaca yang orang ramai hantar pakaian dalam terpakai sebagai bantuan untuk mangsa banjir/tsunami/gempa.. OMG, could u pls give money/other things instead? 🙁
Dari kecil Na diajar untuk melupuskan baju dalam/panties dengan teliti. Caranya simple. Cuma perlukan…
1) Gunting pakaian dalam anda sekecil-kecilnya. Hingga kalau ada orang yang menjumpainya, mereka tak mungkin dapat menyambung kembali pakaian dalam tersebut. 🙂 Keluarkan besi, span, gunting renda dan segalanya. Racik-racik…
2) Masukkan perca pakaian dalam ke beberapa plastik sampah yang berbeza. Ini untuk mengurangkan kemungkinan untuk orang menemui satu set lengkap pakaian dalam anda yang sudah diracik kecil..
3) Buang plastik sampah ke tempat yang disediakan. Dan berdoa agar pakaian dalam tue dilupuskan dengan baik. Jauhi dari anasir yang mahu berbuat jahat… Insya Allah, selamat.
Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.
Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya.
Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi kerana setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.
Telur Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi. Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda. Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata.
Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk si kecil anda.
Coklat?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja.
Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Multivitamin Serasi
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata. Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari.
Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.
Anggur Untuk Anak
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronok juga kiranya jika kita sekeluarga dapat lakukan tugasan deep cleaning untuk membersihkan kereta bersama-sama. Setidak-tidaknya semasa membersihkan kereta, anak-anak dapat diajar pentingnya penjagaan kebersihan.
Selain itu, anak-anak mesti ternanti-nanti saat mencuci kereta. Bagi mereka ketika itulah mereka dapat bermain air; sambil cuci sambil mandi.
Umumnya dalam membersihkan bahagian dalaman kereta, alatan yang utama kita gunakan semestinya dibeli adalah vacuum.
Pun begitu, andai alatan tersebut tiada, itu tidak menghalang untuk wanita ini membersihkan keretanya sebersih-bersihnya.
Nak tahu apa yang digunakan, jom kita baca perkongsian tersebut.
Bersihkan kereta tanpa vacuum
Dah beberapa minggu fasa deep cleaning di rumah ni berlangsung (rumah sewa). Semua ruang di’rawat’, susun atur ditambah baik, pembersihan rapi dijalankan, dan sisihan dilakukan secara menyeluruh. Semua kawasan terlibat dalam proses ni termasuklah kabinet dapur, bilik baju, bilik buku, bilik utama, ruang tamu, malah dalam kereta.
Kalau deep cleaning macam tulah, semua kena perhati. Tak sama macam daily cleaning yang lebih mudah dan tidak detail sangat.
Terbongkok-bongkok, tertunduk-tunduk dalam kereta, dalam almari, dalam kabinet…demi nak membersihkan. Kalau ibu hilang, anak-anak tahu nak cari mana ya.
Last deep cleaning kereta ni September tahun lepas, maknanya nak cukup setahun kita ulang semula. Oklah tu, masin mulut bonda, “kemas sekali pakai setahun”. Hihi.
Untuk deep cleaning kereta kali ni saya tak guna vacuum sebab vacuum jauh di rumah sana. Jadi, kita pakai apa yang ada je.
Bahan kena ada:
Wetwipes/kain basah
Lidi/batang aiskrim
Penyapu kecil
Bakul
Wetwipes digunakan untuk mengelap, lidi untuk membersih ruang yang sempit, penyapu kecil untuk menyapu habuk dan kotoran, dan bakul untuk mengutip barang yang tak berkaitan dalam kereta.
Langkah-langkahnya pula:
Mula-mula, saya keluarkan semua barang dan kategorikan ikut jenis; a) simpan, b) pulang tempat asal, dan c) buang. Yang nak simpan dalam kereta letak setempat dulu, nak pulang tempat asal masuk bakul, dan yang nak buang masuk plastik.
Lepas tu, lap bersih-bersih ruang kosong yang tinggal dengan wetwipes atau kain basah. Semua bahagian akan dilap bersih-bersih. Proses pembersihan akan berlaku dari atas ke bawah, jadi bumbung akan dibersihkan dulu, diikuti dashboard dan laci, kemudian barulah pintu, tempat duduk, dan seterusnya lantai.
Kemudian keluarkan alas kaki dan ketuk hingga bersih. Jangan masukkan dulu lepas dah bersih sebab nak siapkan bahagian lain dulu. Dah siap semua baru masukkan alas kaki ni.
Sementara tu, sapu karpet dengan penyapu kecil. Kereta ada anak kecil ni maciam-maciam jumpa ya.
Tak cukup dengan penyapu, kena guna wetwipes selitkan jari dalam ruang-ruang sempit, guna lidi, guna batang aiskrim – apa yang boleh janji bersih (kalau ada vakum lagi senang). Ajak anak-anak buat supaya depa tahu jaga elok-elok kebersihan dalam kereta.
Lepas tu, proses susun atur pula untuk barang-barang. Dalam kes ni, saya tambah baik sistem yang ada di mana sebelum ni memang dah asing barang ikut kategori tapi tak ada proper storage maka asyik bersepah. Kali ni saya gunakan bekas bertutup sebagai storage.
Dah selesai, barulah masukkan alas kaki tadi dan sapu lagi.
Kalau masih ada tenaga, basuhlah sekali kereta tu. Hihi. Kami bahagi tugas, bahagian dalam biasanya saya yang kemas, bahagian luar suami akan basuh dengan anak-anak. Main air kan, seronoklah depa.
Untuk deep cleaning kereta kali ni saya gunakan dua hari untuk siapkan.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.