Setiap kali bulan puasa pasti akan tular video seorang pempengaruh media sosial dari seberang, siapa lagi kalau bukan Mimi Peri yang akan mengejut orang ramai untuk bangun sahur.
Namun, bagaimanapun konten yang dibuat, bagi Mimi Peri dia sentiasa akan mengutamakan ibu bapa dalam apa jua hal dan tetap menjaga mereka disebalik kesibukan kerja.
Mimi atau pemilik nama penuh, Ahmad Jaelani, 35, menegaskan biarpun apa jua kandungan media sosial yang dimuat naik, namun fokusnya adalah mencari rezeki buat keluarga.
“Walau bagaimana pun sikap kita di luar rumah, hasilkan apa jua ‘content’ sekali pun, namun orang tua tetap tidak boleh dilupakan sama sekali.
“Saya sentiasa berpegang, orang tua adalah sumber dan punca rezeki kita. Jadi, jangan sesekali berkira untuk memberikan fokus kepada mereka.
Ads
“Seperti yang sering diingatkan, utamakan ibumu dalam apa jua perkara. Jadi saya akan sentiasa ingat perkara itu,” katanya kepada Harian Metro.
Mimi ditemui pada majlis pratonton filem Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz yang turut menampilkannya sebagai salah seorang teraju.
Selain Mimi, filem sulung arahan Fizz itu turut menampilkan Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Maryam dan ramai lagi.
Ads
“Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Malaysia. Saya sendiri tidak pernah menyangka mempunyai kelompok peminat yang ramai seperti ini.
“Berjam-jam juga masa saya habiskan untuk bergambar di Menara Kembar Petronas (KLCC). Rata-rata mereka menyebut ‘sahur..sahur’ yang menjadi ‘trademark’ saya.
Ads
“Saya tidak pernah ke Malaysia kerana sebelum ini fokus adalah untuk mencari rezeki dan bekerja. Jadi untuk sekadar berjalan suka-suka belum waktunya lagi.
“Saya ke sini bagi mempromosikan filem Mat Tudung Begins dan dibawa oleh Fizz. Jadi saya sangat bersyukur, teruja dan berterima kasih,” katanya.
Mimi sebelum ini popular kerana video keletahnya yang menghiburkan. Dia tidak hanya mengumpul peminat di Indonesia, malah negara luar termasuk Malaysia.
Pada satu tahap dia pernah dilemparkan dengan tuduhan ‘gila’ kerana buat macam macam termasuk jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan stafnya.
Jujur mengakui Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin, 34, sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, dia tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini
” Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan.
“Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan. Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.
Restoran terpaksa ditutup
Kata Mila, Restoran Embun Urai menyajikan restoran makanan laut ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong juga saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.
“Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya. Itu lumrah.
“Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan.
Kempen RM5 Juta
Sedar ramai yang bergelut dan terkesan dengan pandemik COVID-19, orang kuat jenama perniagaan Bizmilla bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.
Kempen bermula 31 Julai itu menurut Mila atau Noorsyarmila Jirin diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini. Bahkan kempen itu juga dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” kata isteri kepada Ailis Mustapha ini.
Pulangan tunai kepada pelanggan
Bercerita lanjut mengenai kempen itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit
tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.
“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi.
“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.
Hadiah percuma baucar tunai RM300
Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya.
Manfaat untuk lebih 100000 keluarga
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu dan anak kongsi momen majlis konvoksyen, sambung belajar sama kursus, dalam kelas duduk sebelah-sebelah. Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang ibu dan anak berkongsi momen indah di pentas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100.
Ibu & Anak Kongsi Momen Majlis Konvoksyen
Difahamkan bahawa ibu dan anak ini menyambung pengajian dalam kursus yang sama.
Perkongsian daripada Siti Nur Fatihah Mohd Zamri itu telah menarik perhatian warga maya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti Nur Fatihah memaklumkan pada awalnya dia tidak mahu menyambung pengajiannya kerana sudah selesa bekerja.
Anak – anak merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar bagi setiap ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak untuk membesar menjadi anak yang sihat dan bijak pada masa akan datang.
Kenapa penting sangat membesarkan anak yang bijak dan berbudi bahasa? Ini adalah kerana anak melambangkan didikan ibu bapa apabila mereka berada di sekolah ataupun diluar bersama masyarakat.
Sebagai ibu bapa, mama dan papa perlu pertimbangkan bahawa anak-anak mempunyai keunikan mereka sendiri dan harus sabar dengan setiap dugaan.
Ini akan menyebabkan kematangan emosi antara ibu bapa dan anak-anak dan seterusnya melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan dihormati.
“Hanya ibu yang mengerti segalanya tentang anaknya & ibu juga memainkan pelbagai peranan untuk anak-anak. Ibu la sahabat, guru, pelindung adakala menjadi bapa kepada si anak.
“Ibu sentiasa mahukan & berikan yang terbaik untuk anak-anak but mothers! Don’t be hard on yourself atau kita rasa kita gagal kite down, get back up, a support that you can trust and always follow your instincts and don’t be too judgemental on yourselves.” Kata Intan Salleh menerusi perkongsian postingnya di Instagram.
Menurut Intan Salleh juga, tiada ibu yang sempurna tetapi para ibu harus ingat bahawa para ibu sempurna di mata anak – anak mereka.
Intan juga sangat sayangkan anak – anak mereka dan disebabkan itu Intan hanya memberikan makanan terbaik sahaja untuk anaknya agar anaknya membesar dengan sihat dan sukar untuk dijangkiti penyakit.
Untuk rekod, Intan Liana adalah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai dengan kisah pergolakan rumah tangga mereka pada 2017. Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.