Hasil Tuai Gemuk-Gemuk, Ini Cara Tanam Sawi Putih Guna Benih Eco Aje. Wanita Ini Kongsi Tip.

Share

Bagi pengemar sawi putih mesti geram tengok sayur ni gemuk-gemuk hasil tuai.

Buat masak sayur lemak putih makan dengan nasi panas-panas serta sambal kering ikan bilis, memang padu sedap!

Nak tanam ada caranya. Menurut perkongsian ini, beliau hanya menggunakan benih dari kedai eco sahaja. Malah turut menunjukan cara penjagaan dan  semaian sawi putih ini.

Jom cuba tanam di halaman rumah. Guna pasu kecil je pun dah merimbun!

Sawi Putih benih eco..percubaan tanam 10 pokok..8pkok dh 2x tuai bagi2 ke jiran2 and mertua.mak sndiri xsempat merasa sbb PKP..nnti tanam lain..tinggal la 2pkok untuk tuan tanah kedaung.x try rasa lg sbb pakchoy kt peti sejuk pn belum habis mkn.

🌱kalau x mnjadi jgn putus asa.cuba lg n faham kerenah tanaman..skrg tgh nk faham cili, tomato n kunyit sbb xjadi2.

KONGSI TIP CARA TANAM


1.isi tanah semaian(tanah+cocopeat) ratakan.
2.bt lubang cucuk sikit guna jari dlm 1cm.letak 1biji benih
3.tutup lubang tu dgn cocopeat..spray bg lembap.letak tmpat teduh(kalau nk pkok lasak semai tu ltk tmpt yg kne cahaya pagi.tp kne slalu spray bg tanah lmbap)
4.dlm 1-2mggu naik 4 daun boleh alih ke pasu.scoopkan je guna sudu ke pape.
5..nk tanam tanah paras daun yg plg bwh..ltak teduh dlm semggu
6.lepas seminggu alih ke panas pagi..
7.blh start baja 3-4bji sepasu.
8.siram pgi ptg

 

tanah hitam siap campur tambah cocopeat.

Baja yang digunakan.

Semburan racun serangga.

Tanah, air, cahaya, baja, kawal perosak. Bila semua cukup InsyaAllah subur.

HASILNYA! 

Subur dan gemuk-gemuk hasil tanaman.

Membesar dgn salad

Tuai pertama ambil daun bwh je.

Tuai habis bg jiran

Lps tuai sy mmg cuci pasu bersih2.simpan elok2.

Sumber: Baizura Nadzura Nadzri