Hasil Niaga PKPB, Simpanan Duit RM1, Wanita Ini Dapat Beli Emas!

Share

Sejak nilai emas naik mendadak, ramai wanita mula membeli emas sebagai pelaburan jangka masa panjang. Biarpun sebelum ini, kaum wanita menjadikan emas sebagai perhiasan tetapi kini ia sebagai aset pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Walaupun nilai emas masih lagi tinggi, permintaannya tetap meningkat sebagai pelaburan terbaik jika terdesak.

Begitulah usaha yang dilakukan oleh seorang wanita ini, Ameey Adzmiella hanya mengunakan wang perniagaan kecil-kecilannya semasa PKPB untuk menambahan pendapatan.

Biarpun hanya menyimpan kepingan wang RM1.00 itu tidak menjadi penghalang untuk menyimpan. Beliau displinkan diri setiap hari untuk wang kertas seringgit.

Hasilnya memang lumayan sehingga beliau mampu membeli sebentuk cincin. Benar kata perpatah, sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Inspirasi cara beliau.

Ikuti perkongsiannya.

RM1 tukar kepada 916. Alhamdulillah rezeki hari ni dapat rewardkn diri sendiri hasil duit niaga santai-santai sepanjang pkpb2.

Dapatlah cincin sebentuk untuk pakai harian. Walaupun menunggu turn sejam lebih tapi rasa berbaloi melihat hasil dr penat lelah kita selama ni. Hari ni emas Rm248/g termsk upah kt STm.

Biasa reward hujung tahun, saya bawa family pergi holiday tapi disebabkan covid saya laburkan dulu duit kat kedai emas. 

Inspirasi cara wanita ini berdisplin dan berjimat untuk menyimpan. Hasilnya lumayan!

Sumber: Ameey Adzmiella

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club