Di Kampung Manjoi, Ipoh, terdapat seorang wanita yang bernama Asha Shahila. Impiannya adalah untuk membuka kedai kek dan berjaya mencapai cita-citanya walaupun sekadar menjual di laman rumahnya!
Sejak kebelakangan ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Asha Shahila telah memuat naik sebuah video di mana dia berniaga aneka kek dan pencuci mulut di laman rumahnya buat kali pertama. Video itu menjadi “viral” dan mendapat perhatian wargamaya yang ramai.
“Kalau ikutkan sejak bujang lagi saya suka buat kek, mewarisi minat ini daripada ibu.
@ashashahila hari ke4 settle esok lusa cuti 2 hari ya#fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – 𝕯𝖎𝖑🤍𝖋𝖆𝖎𝖘𝖑𝖆𝖆
Saya bekerja sebagai kerani tetapi suka ikuti rancangan atau menonton video buat kek dari YouTube. Selepas lebih setahun berkahwin, saya tetap terima tempahan buat kek tapi agak penat. Akhirnya saya putuskan untuk berhenti kerja dan ‘pursue’ minat untuk buat kek” jelas Asha.
Dikatakan bahawa Asha merupakan seorang “home baker” selama 8 tahun sebelum ini tapi tidak berkesempatan untuk membuka gerainya sendiri. Kali ini, Asha mengambil keputusan untuk merealisasikan impiannya.
“Mula-mula takut juga kek tak habis, tapi dengan sokongan padu keluarga, suami dan kawan-kawan, saya jadi bersemangat. Nak buat banyak tak berani. Hari pertama saya buat lapan biji kek sahaja. Lagipun saya seorang yang bancuh adunan, bakar, deko, kemas dapur. Pendek kata dari A hingga Z saya buat. Adik pula tolong bungkus” kata peniaga kek itu.
“Hari pertama buka gerai iaitu 15 September, saya buat hebahan dalam Facebook saja. Tapi orang yang biasa tempah dengan saya, mereka bantu share. Ada juga yang datang gerai siap buat video dan bantu promote. Alhamdulillah, sejam setengah saja kek licin! Yang saya terkejut, ada yang beritahu mereka dari Kuala Lumpur dan singgah gerai sebelum ke Pulau Pinang. Mereka kata masuk dalam FYP (for you page) TikTok.Terharu rasanya,” ujar Asha.
Semoga artikel hari ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua. Sekadar pesanan, jangan pernah kita berputus asa untuk mencapai impian.
Sumber: @ashashahila
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga : Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club