Umum tahu yang merokok bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan perokok dan orang disekelilingnya, malah duit pun cepat ‘lesap’! Mana tidaknya, asyik tambah stok sahaja, kalau ikutkan sehari pun boleh habis sekotak bagi yang betul-betul ketagih.
Walupun harganya yang mahal, ramai sanggup berbelanja puluhan malah ratusan ringgit demi menghisap rokok.
Nak nasihat untuk berhenti? Tak semua boleh dengar kata orang sekeliling melainkan diri sendiri yang betul-betul berubah untuk hentikan tabiat yang tak mendatangkan sebarang faedah itu.
Baru-baru ini, seorang wanita dapat membuktikan bahawa duit daripada membeli rokok itu boleh digunakan dengan perkara yang lebih berfaedah iaitu dia telah menggunakan wang perbelanjaan rokok suaminya yang telah berhenti dengan memasang set kabinet dapur!
Perkara ini dikongsikannya sendiri dalam satu video di laman instagram miliknya @rumahmungill sepanjang proses kabinet dapur tersebut dipasang beserta kos perbelanjaan.
Kos pemasangan set dapur dianggarkan mencecah Rp 13 juta (RM3,885) dan dibahagikan dengan perbelanjaan rokok yang dianggarkan Rp30 ribu (RM9) sebungkus.
Hasilnya, wanita itu dapat mengurangkan perbelanjaan rokok sebanyak 434 bungkus selama 14 bulan.
Secara tidak langsung, sekiranya suaminya berhenti merokok selama 14 bulan, maka dia berjaya menghadiahkan isterinya sebuah set dapur.
“Inilah akibatnya apabila isteri mencatu rokok suami,” tulis kapsyen video tersebut.
Video tersebut telah menarik perhatian netizen sekali gus terinspirasi dengan idea bernas tersebut.
“Hebat. Boleh cuba segera,” komen netizen.
Sumber: Suara.com , @rumahmungill
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini