Harumkan Segenap Ruang Dengan Wangian Pelembut Fabrik, Begini Caranya!

Share

Mengetahui ada cara yang lagi jimat dan mudah untuk pastikan ruang dalam kereta berbau harum,  bahkan di dalam rumah juga tentu membuatkan ibu-ibu teruja untuk mengetahuinya.

Apatah lagi,  katanya dengan cara ni lagi menjimatkan dan praktikal, ayuh kita pelajari melalui perkongsian bermanfaat ini.


Kita suka bau pelembut fabrik (softlan, comfort, etc) pada baju kita yang baru basuh kan?

Apa kata kita DIY bau pelembut fabrik sebagai pewangi kereta pulak…

Hanya guna:


1. Pewangi fabrik
2. Sponge cuci pinggan
3. Bekas kecik (boleh pakai bekas sabun mandi yang ketul tu)

Cara2


1 Tuangkan pewangi fabrik kedalam bekas(anggaran 20ml je). Letakkan span perlahan lahan


2. Tebuk penutup bekas tadi…kemudian tutup

Pewangi fabrik akan bertindak aktif bila pasang aircond ataupun tengah panas….. Wangi!!…
Jom cuba…

sumber :Dekor Viral Malaysia