Mengetahui ada cara yang lagi jimat dan mudah untuk pastikan ruang dalam kereta berbau harum, bahkan di dalam rumah juga tentu membuatkan ibu-ibu teruja untuk mengetahuinya.
Apatah lagi, katanya dengan cara ni lagi menjimatkan dan praktikal, ayuh kita pelajari melalui perkongsian bermanfaat ini.
Kita suka bau pelembut fabrik (softlan, comfort, etc) pada baju kita yang baru basuh kan?
Apa kata kita DIY bau pelembut fabrik sebagai pewangi kereta pulak…
Hanya guna:
1. Pewangi fabrik
2. Sponge cuci pinggan
3. Bekas kecik (boleh pakai bekas sabun mandi yang ketul tu)
Cara2
1 Tuangkan pewangi fabrik kedalam bekas(anggaran 20ml je). Letakkan span perlahan lahan
2. Tebuk penutup bekas tadi…kemudian tutup
Pewangi fabrik akan bertindak aktif bila pasang aircond ataupun tengah panas….. Wangi!!…
Jom cuba…
sumber :Dekor Viral Malaysia
Bersihkan Balang Kuih Raya Dan Botol Berkaca, Tak Perlu Pening Lagi, Tutup Mata Pun Boleh Buat!
Raya makin menghampiri kita. Apa kata keluarkan segala balang dan bekas kuih raya untuk dibasuh terlebih dahulu.
Balang kaca seperti balang biskut raya serta bekas rempah ratus adakalanya meninggalkan kesan kotoran ketika disimpan lama. Malah kotoran ini juga melekat di dinding kaca dan biasanya agak sukar untuk ditanggalkan.
Lebih sukar lagi celahan balang kaca yang berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Bahan ini pastinya mudah dan mesti ada di setiap rumah. Jom kita cuba sama-sama.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan beras
Air secukupnya
- Ambil sesudu kecil beras dan taburkan ke dalam balang kaca.
- Kemudian letakkan air hingga setengah paras balang.
- Biarkan di rendam seketika.
- Kemudian tutup rapat bekas ini dan goncangkan balang dengan laju.
- Lakukan langkah ini berkali-kali dan lihatlah hasilnya selepas itu.
- Bukan hanya kesan kotoran ditanggalkan malah balang kaca lebih bersih dan mudah untuk dicuci.
- Selepas itu barulah balang dicuci seperti biasa dengan sabun kesukaan anda. Pastikan anda mencubanya.
Selamat mencuba!
Foto:
Ramai Tak Tahu Khasiat Minum Air Rendaman Kacang Bendi Setiap Hari Bantu Kekal Sihat & Cergas. Kulit Pun Lebih Lembut!
Sayur hijau ini bukan sahaja enak dimakan malah ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan diri. Antaranya adalah membantu merawat kencing manis dan selain mengekalkan keremajaan kerana sayur bendi mengandungi antioksidan.
Pengguna Facebook, Mayee Nazrich berkongsi khasiat kacang bendi setelah melihat seorang datuk berusia 86 tahun masih kuat dan cergas mengerjakan hasil tanaman. Ini rahsianya yang perlu anda tahu dan cuba untuk kekal sihat dan cergas.
Atuk 86 tahun tapi masih kuat
Atuk ini mampu mengerjakan hasil ternakan dan ladang seluas 5 hektar. Malah, dia juga tiada sebarang penyakit sejak mengamalkan minuman air rendaman bendi sejak berusia 30 tahun lagi.
Mudah je caranya
Juga dapat melembutkan kulit
Mengurangkan kekejangan sendi
Banyak khasiat dan kelebihan pada kacang bendi ini dan tidak ramai antara kita yang tahu terdapat 16 keistimewaan kacang bendi.
untuk tujuan ini, anda hanya memerlukan 2 batang bendi dihiris kecil dan direndam dalam air putih. Amalkan dalam masa 2 minggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.
Selamat mencuba.
Credit: Mayee Nazrich & Nurin Yusof & Ohbulan
Nak Merajuk Dengan Suami, Merajuklah! Tapi Jangan Lebih 3 Hari. 5 Cara Ini Dapat Pulihkan Kembali Konflik.
Suami isteri bertengkar? Bukan perkara pelik tapi normal dalam sebuah rumah tangga. Bak kata sesetengah orang, ia adalah asam garam dalam membentuk hubungan lebih bermakna dan peluang mengenali pasangan lebih mendalam. Bagaimanapun, hal ini boleh membawa kepada satu situasi yang agak sukar apabila pertengkaran yang berlaku tidak ada sudahnya hingga menjejaskan keharmonian rumahtangga.
Bagaimana untuk jernihkan semula keadaan ini?
- Meminta maaf
Semua orang mengakui bahawa perkara paling mudah tapi sukar dilakukan adalah meminta maaf. Namun demi kebaikan bersama, tanpa mengira siapa yang bersalah, hulurkanlah kata maaf. Jika dia yang bersalah, pasti si dia akan berasa bersalah dan kesal setelah anda yang terlebih dahulu menghulukan salam kemaafan. Andai anda kurang yakin untuk meminta maaf secara berdepan, anda boleh juga melakukannya melalu sekeping nota atau kad ucapan. Pasti hubungan anda berdua akan kembali lancer selepas itu.
- Mengaku salah
Mengaku salah bukan bererti anda kalah. Rendahkan ego untuk melahirkan rasa kesal secara ikhlas atau kesalahan yang dilakukan andai ia benar-benar berpunca daripada anda. Ia adalah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan selepas terjadi pertengkaran. Tindakan itu juga pasti dapat menyejukkan hati pasangan dan membuat dia segera memaafkan anda.
- Bergurau
Gurau senda boleh menjadi penawar mujarab dalam apa jua keadaan. Selepas bertengkar dengan pasangan, biasanya anda memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Tetapi jangan ambil masa terlalu lama. Usah menunggu dia tegur anda dahulu walaupun pada mata anda dia yang bersalah. Tidak rugi anda yang memulakannya dulu demi kebaikan anda berdua. Cuba fikir, apa yang anak-anak fikirkan apabila melihat ibu dan ayah mereka tidak bertegur sapa dan bermasam muka? Tentu ia beri impak tidak baik kepada anak-anak bukan? Jadi, lebih elok jika anda cuba menjernih suasana tegang itu dengan gurauan. Ia akan mencairkan hati yang beku dan membuat anda berdua tersenyum semula.
- Solat
Alangkah baiknya jika selepas berlaku pertengkaran, redakan gejolak di hati dengan solat. Mandi dan berwuduk boleh mengurangan amarah. Pasti pasangan anda akan rasa tersentuh apabila melihat anda bersolat selepas bertengkar dengannya. Jangan lupa untuk berdoa agar hubungan anda berdua kembali harmoni.
- Nikmati secawan kopi
Kopi boleh memberikan rasa lega di hati yang sedang marah. Aroma kopi yang menyegarkan pasti menusuk deria bau ketika anda membancuhnya. Jangan bancuh untuk diri anda sahaja. Sebaliknya sediakan juga untuk pasangan anda. Perbuatan ini walaupun tanpa kata-kata boleh menjadi jambatan menjernihkan semula hubungan selepas pertengkaran.