
Mengetahui ada cara yang lagi jimat dan mudah untuk pastikan ruang dalam kereta berbau harum, bahkan di dalam rumah juga tentu membuatkan ibu-ibu teruja untuk mengetahuinya.
Apatah lagi, katanya dengan cara ni lagi menjimatkan dan praktikal, ayuh kita pelajari melalui perkongsian bermanfaat ini.
Kita suka bau pelembut fabrik (softlan, comfort, etc) pada baju kita yang baru basuh kan?
Apa kata kita DIY bau pelembut fabrik sebagai pewangi kereta pulak…
Hanya guna:
1. Pewangi fabrik
2. Sponge cuci pinggan
3. Bekas kecik (boleh pakai bekas sabun mandi yang ketul tu)
Cara2
1 Tuangkan pewangi fabrik kedalam bekas(anggaran 20ml je). Letakkan span perlahan lahan
2. Tebuk penutup bekas tadi…kemudian tutup
Pewangi fabrik akan bertindak aktif bila pasang aircond ataupun tengah panas….. Wangi!!…
Jom cuba…
sumber :Dekor Viral Malaysia
Fakta Asas Kena Tahu Sebelum Beli Tanah. Peguam Ni Listkan, Jangan Hanya Setuju Je Bila Berkenan, Nanti Rugi!

Merancang membeli tanah untuk membina rumah impian dengan memiliki sebidang tanah yang luas dan selesa tentunya memerlukan perancangan yang rapi. Apatah lagi ini merupakan pelaburan jangka panjang dan memerlukan modal yang besar.
Oleh itu, jangan tersilap langkah. Ambil tahu serba sedikit fakta asas yang dikongsikan oleh peguam ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka minda dan menjadikan kita celik dalam perkara asas berkaitan hartanah. Jom semak.
PERINGATAN KEPADA MEREKA YANG NAK BELI TANAH. PASTIKAN ANDA SEMAK 10 CHECKLIST INI
Peringatan saya buat sesiapa yang ingin beli tanah, pastikan tanah tersebut free from all encumbrances ( bebas daripada sebarang bebanan) sebelum anda buat keputusan untuk beli.
Jangan hanya bersetuju untuk beli disebabkan tertarik dengan lokasi dan keadaan tanah semata-mata. Lokasi dan keadaan tanah tidak akan membawa apa-apa erti kepada anda seandainya tanah yang anda beli tersebut tidak bebas daripada bebanan.
Sesuatu tanah itu dianggap “not free from all encumbrances” sekiranya :
1. Dalam geran masih nama tuan punya yang telah meninggal dunia dan masih belum diturunmilik kepada nama waris si mati.
2. Terdapat kaveat atas hakmilik tanah.
3. Sekiranya tanah yang ingin dijual adalah tanah lot bangunan, status tanah masih lagi pertanian.
4. Hakmilik individu yang berasingan terhadap tanah tersebut masih belum dikeluarkan.
5. Terdapat sekatan kepentingan (consent) ke atas tanah tersebut.
6. Tanah masih digadai kepada bank.
7. Terdapat perintah mahkamah terhadap tanah tersebut.
8. Sekiranya tuan tanah ramai, ada tuan tanah yang tidak setuju terhadap penjualan tersebut.
9. Terdapat setinggan (illegal occupant) di atas tanah.
10. Tanah dalam tindakan lelongan oleh bank.
Kalau anda terpaksa beli juga, pastikan anda dapatkan nasihat perundangan daripada Peguam Hartanah yang berpengalaman supaya hak dan kepentingan anda sebagai pembeli sentiasa dilindungi.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)
sumber : Salkurkhairi Abd Sukor
Dari Saiz Xl Ke Saiz S, Wanita Ini Kongsikan Bekal Menu Diet Untuk Suami Selama 3 Bulan. Sungguh Berinspirasi!

Demi membantu suami menurunkan berat badan, si isteri telah menyediakan pelbagai menu diet. Hasilnya, nampak perubahan daripada saiz XL kepada S dari Oktober hingga Februari.
Menurut Puan Darina Sekeri daripada saiz 36, kini suaminya mampu memakai seluar saiz 28. Tipnya, masak makanan sihat dan rendah kalori.
Nak tahu caranya, kena baca tip yang dikongsikan oleh Puan Darina ini.
Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari.. start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang lebih kurang 3 bulan ++
Suami saya on diet. tak makan nasi, tak minum manis..
Dari size XL ke size M.
Dari seluar size 36 ke size 28.,” ujar Puan Darina yang turut memberitahu terkini suaminya memakai saiz S.
Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa.
Saya tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat.
So saya masak makanan sihat, rendah kalori.
Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja)
Garam, guna garam bukit.
Tiada bahan perisa.
Seasoning macam-macam ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..
Paling mudah dan murah, tempe goreng. Sekarang tempe dah jadi menu wajib sebab dah boring makan telur ?.
Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.
Berikut adalah sebahagian menu diet yang dibekalkan Puan Darina buat suaminya.
Sumber: Darina Sekeri
Elak Terus Masuk Gear ‘P’ Untuk Kereta Auto, Ikuti Cara Lelaki Ini Masuk Gear Masa ‘Parking’ Dengan Betul.

Sudah tentu ramai menyukai kereta automatik berbanding manual. Betul tak? Nampak senang mengedalikan kereta jenis ini, namun jika salah penggunannya akan menimbulkan masalah pada kenderaan anda.
Salah satunya adalah berkaitan dengan gear. Ini kerana ramai menganggap hanya dengan masuk gear, tekan minyak terus jalan tanpa memikirkan apa fungsi setiap gear yang ada.
Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box. Begitu juga ketika hendak parking kereta. Tentu ada antara kita terus masuk gear ‘P’ lepas tu tarik hand brake. Cara ini salah dan boleh memberi kesan kepada masalah gear box.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian video yang oleh pengguna TikTok @ciktiva.
Beliau memberi tunjuk ajar cara yang betul ketika parking kereta untuk mengelak gear box rosak.
Cara salah: Dari ‘D’, terus tekan ke ‘P’ cara ini boleh rosakan gear box.
Cara yang betul: Mula-mula tekan ‘N’, tarik hand brek, lepaskan break dan akhir baru tekan ‘P’.
Video ini mendapat 885 ribu tontonan dan 72.2 ribu sukaan sehingga ini.
Jadi berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda nanti!
Sumber: TikTok @ciktiva
Tawaran belian menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club