Nak harumkan rumah guna bahan yang simple tapi berkesan, apa kata cuba kaedah ini. Dengan menggunakan pelembut pakaian, rumah berbau harum. Nak lagi jimat guna barang-barang terpakai je. Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Noriah Mohd Nor
Percubaan wangikan rumah ngn cara paling jimat.. penah tgk ahli yg post wangikan umh ngn gunakan sbun buku menggunakan bekas pewangi lamo.
Bahan digunakan, pelembut pakaian, bekas pewangi dan tisu.Masukkan tisu ke dalam bekas pewangi.Tuangkan pelembut pakaian ke dalam bekas berkenaan.Siap
Saya lak gunakan softener baju dan gunakan bkas airwick lamo.. selamat mencuba.. bg yg de ank kecik.. try letak tmpt pling safe takut tumpah or bbdk main.. hehe
Ada tak yang suka makan kerang rebus. Sedap kan bila ditambah dengan serai, sedikit halia dan juga bawang. ketuk pula cili padi memang terbaik.
Kadang-kala isi kerang yang direbus terasa kenyal tak lembut, nak tahu cara dapatkan isi kerang yang lembut dan tidak liat. Nah admin kongsikan tip yang dimuat naik menerusi facebook saudara Syahr Musafir.
Selamat mencuba!
Semalam saya ada beli kerang. Memandangkan ada friends/followers nasihat bahawa kerang tak elok disejukbekukan, jadi saya terus buat keputusan untuk rebus.
Untuk merebus kerang, ikut tips isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman, tak perlu guna air pun.
Pelik, kan, rebus tak guna air?
Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Saya kongsi caranya di setiap gambar ye.
Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah!!! Alhamdulillah.
Cara rebus kerang tanpa air
Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.
Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.
Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.
Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
Mempelbagaikan tanaman sayur-sayuran sedia ada di laman agar lebih bervariasi bolehlah dituai dan dinikmati bersama seisi keluarga dengan pelbagai resipi.
Selain tanam bayam brazil, sawi atau kangkung, apa kata mencuba untuk menanam brokoli dan cauliflower.
Di sini dikongsikan cara-caranya dan turut disertakan bagaimana untuk menyediakan tanah yang subur untuk pastikan tanaman yang ditanam hidup dan akhirnya dapat dituai hasil seperti mana yang diharapkan.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Hi Assalamualaikum semua saya nk shakre cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit.
Cara-cara menanam Cauliflower dan brokoli
1:
Menyediakan medium.
Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.
2:
Menyemai biji benih.
Tabur biji benih dalam tray semaian, 1biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.
3:
Memindahkan anak semaian.
Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1
4:
Pencahayaan matahari.
Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.
5:
Menyiram.
Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.
6:
Membaja.
Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.
7:
Kawalan serangga.
Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.
8:
Masa Menuai. boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam.
Ekstra tips
Campuran tanah baja buat sendiri saya sertakan resepi nya sekali!
2 guni tinja ayam yang setiap guni berisi
25-30Kg
3 kereta tolak tanah bakar
2Kg kaptan Dolomite
1 guni Cocopeat 50kg
Kompos anggaran 10kg
Cara penyediaan :
1. Gaul sebati, biar 2 minggu.
2. Masuk dalam polybag size 16x16ich dapat 29 polybag.
Pasukan Rasuah Busters menyasarkan pelbagai sudut potensi kerjasama dengan mengangkat #NilaiMoralKarakterBangsa sebagai objektif kecemerlangan di negara ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, Coalition of the Willing RasuahBusters berkongsi misi dan gerak kerja dalam usaha pembasmian budaya rasuah.
Menurutnya, pasukan Rasuah Busters menyasarkan pelbagai sudut potensi kerjasama selagi ia membawa pensejajaran misi membawa Sinar Untuk Malaysia dengan mengangkat #NilaiMoralKarakterBangsa sebagai objektif kecemerlangan di negara ini.
“Rakan strategik kami boleh melaksanakan apa jua bentuk program dan aktiviti di peringkat organisasi masing-masing dan berkongsi maklumat untuk disebar luas kepada para sukarelawan serta masyarakat umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Pengumuman Gabungan #RasuahBusters (Coalition of the Willing) dan Pelancaran Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Checkpoint Spot Sdn Bhd, Benjamin Yeow di Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.
Hussamuddin berkata, sejak pembentukan gerakan Rasuah Busters, pihaknya menerima penyataan kebersamaan daripada banyak pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi sama dan ingin bekerjasama untuk menjayakan Rasuah Busters.
“Sebenarnya, sebilangan NGO ini sudah bergerak sejak dua bulan lalu dan menjalankan kempen berskala besar di rangkaian dan gabungan mereka sendiri.
“Dengan terbentuknya Coalition of the Willing hari ini, kami berharap gerakan Rasuah Busters akan lebih tersusun dan teratur. Kami mengalu-alukan NGO dan organisasi lain yang berminat untuk menyertai kami bagi bersama-sama menjayakan gerakan Rasuah Busters,” katanya.
Mengulas mengenai ‘Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’, Hussamuddin berkata, ia adalah program untuk menanamkan kesedaran di kalangan semua rakyat Malaysia mengenai keruntuhan moral yang disebabkan oleh rasuah.
Katanya, dalam program ini, setiap rakyat Malaysia diberi kuasa untuk mengatakan tidak terhadap rasuah dan ini adalah pemerkasaan yang dapat melibatkan seluruh keluarga setiap rakyat Malaysia.
“Semangat kebersamaan dalam program ini akan menjadi pencetus untuk mendorong perubahan yang sangat kurang di Malaysia. Ini akhirnya akan membawa kepada perubahan dalam #NilaiMoralKarakterBangsa,” katanya.
Ia merupakan acara yang pertama seumpama itu di Malaysia dan dunia serta objektifnya adalah untuk memberi kesedaran di peringkat awal mengenai anti-rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Program maya ini, yang akan berlangsung dari 13 April hingga 30 Jun 2021 mensasarkan 10,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur untuk bergabung. Pendaftaran adalah percuma dan peserta dapat mengesan langkah harian mereka selama 30 hari dan mengikrar jumlah langkah mereka untuk tujuan memerangi rasuah.
Bagi yang menyertai program ini, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam Cabutan Bertuah dan apabila anda merujuk rakan untuk menyertai acara tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.