Perkongsian Johan Raja Lawak berkenaan caranya mendidik anak-anak cukup dikagumi. Walaupun nampak moden, namun ilmu agama sangat dititikberatkan.
Tidak hairanlah apabila penyampai ini menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarganya.
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.
“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.
Menurutnya, Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas yang akan memandu seseorang muslim itu dalam mengenal Pencipta.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu.
“Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.
Sumber: jozlynhanania
ARTIKEL MENARIK: Tak Boleh Ikut Peraturan, Bersedialah Untuk Dihukum, Bukan Minta Dilayan Macam Raja
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : Neelofa Rancang Ikut Suami Sambung Belajar Di Tanah Arab & Dedahkan Bilal Persekitaran Baru!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club