Perkongsian Johan Raja Lawak berkenaan caranya mendidik anak-anak cukup dikagumi. Walaupun nampak moden, namun ilmu agama sangat dititikberatkan.
Tidak hairanlah apabila penyampai ini menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarganya.
Pemilik nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.
Ads
“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.
Menurutnya, Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas yang akan memandu seseorang muslim itu dalam mengenal Pencipta.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu.
Ads
“Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.
Ada cara mudah untuk ibu-ibu simpan daging untuk tahan lebih lama. Malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini cara yang dikongsikan oleh Eja Maliza menerusi laman facebooknya.
My kind of therapy…balik pasar, segregated stock lauk, organized peti ais, susun barang kat dapur…
Barang kalo betul cara simpan mmg tahan lama…umah Mek beli daging sebulan sekali je..sbb ssh nak ke pasar cari daging fresh…so sekali beli tu, potong ikut plan nak masak ape…simpan lam peti bole tahan smpi 2 bulan…
Tapi selalu nya paling lama 2 minggu je bertahan..Mek mmg karnivor tegar🤣
Tips x nak daging hilang kesegaran atau x nk bg freeze burn, daging balik dr pasar, jgn bg kena air…lap lebihan darah@air pada daging, potong and asingkan portion utk sekali masak…
Ape2 lauk pun, once da defrost, masak terus..jgn simpan balik…bile masak terlebih, asingkan portion sekali makan..masuk freezer bile da sejuk..and again, lauk da masak pun, once da defrost, habiskan hari yg sama…jgn ulang bekukan balik…big no…takut keracunan…
Kalo simpan lauk atau ape pun makanan dalam peti, pastikan dalam bekas bertutup… especially sayur…kalo tak nanti cepat layu or rosak…makanan jgn simpan terdedah…nanti peti berbau…
Last, tolong jangan amalkan pembaziran🙏…kita x tau rezeki kita takat mana…waktu2 cam skrg ni plak, ape pun bole terjadi…be kind to the foods..they deserve a respect as well…
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki haiwan comel sebagai binatang peliharaan di rumah pastinya menggembirakan. Terutama apabila melihat telatah manja yang ditonjolkan haiwan tersebut ketika dibelai. Setiap orang memiliki haiwan peliharaan yang berbeza-beza. Kebiasaan gemar menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing untuk dimanja. Namun, ada juga golongan yang ekstrem yang mengemari haiwan lainnya seperti ular, kura-kura dan sebagainya untuk dipelihara sebagaimana keluarga Puan Maizura Eliana ini.
Sememangnya beliau tidak menyangka akan mempunyai haiwan peliharaan eksotik. Namun, anak sulungnya Mirza yang menjadi pencetus yang membuatkan keluarga ini memiliki lebih 30 koleksi haiwan eksotik. Lebih istimewa kesemua haiwan peliharannya itu, diletakkan di ruang tamu rumahnya.
Ibu kepada Mirza Mohd Zaini, 11 tahun dan Misha Mohd Zaini, 8 tahun beranggapan cara sebegini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan secara sihat, sekali gus dapat mengelak anak-anaknya daripada terdedah kepada permainan gajet.
“Apabila ada haiwan peliharaan ini, memang mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia bukanlah aktiviti seorang sahaja seperti main permainan video atau gajet dan internet.
“Ia melibatkan kerjasama semua ahli keluarga dan tolong menolong dan ada sahaja cerita mengenai keletah haiwan tersebut yang akan dikongsi bersama setiap hari. Apabila ibu bapa menyokong hobi anak, pastinya anak-anak rasa dihargai dan dipedulikan, sedikit sebanyak mengubah sikap anak-anak menjadi lebih penyayang kepada ibu bapa,” jelasnya.
Minat haiwan eksotik
Bercerita lanjut bagaimana timbulnya ilham memelihara haiwan eksotik ini, Mirza menjelaskan ia berlaku setelah membawa anaknya ke taman haiwan ketika anaknya kecil lagi. Bermulanya dari situlah anaknya mula menunjukkan minat dan memintanya untuk memelihara haiwan berkenaan.
“Saya sejak kecil memang tidak pernah ada haiwan peliharaan jadi tidak pernah terfikir untuk ada, sehinggalah dapat anak pertama pada 2007, Mirza yang menunjukkan minat terhadap haiwan. Bermula dengan membawa dia ke tempat haiwan seperti Zoo, Petting Zoo dan Taman Haiwan, lama kelamaan makin bertambah minat dan suami mula beri anak pelihara ayam katik ketika umur lima tahun. Memang sejak kecil dia sangat natural bersama haiwan.
“Ketika usia sembilan tahun, Mirza mula meminta untuk pelihara haiwan eksotik iaitu Hedgehog sehingga mampu membiakkannya dan menjual hedgehog tersebut. Dengan hasil jualan itu pula Mirza mula menambah haiwan peliharaannya dari jenis reptilia seperti Bearded Dragon, Leopard Gecko dan juga berbagai jenis ular.
“Dan sehingga kini dia sudah ada lebih 30 jenis koleksi haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan ini kami beli dari penjual yang mengimport atau membiakkan sendiri haiwan tersebut. Anak kedua, bernama Misha juga menunjukkan minat sama mengikut jejak langkah abangnya.”
Dalam pada itu, tambahnya lagi, anaknya mahu memiliki pelbagai jenis haiwan atas keinginan untuk memelihara haiwan berkenaan.
“Saya rasa kerana minat terlalu mendalam terhadap haiwan menyebabkan anak saya, Mirza ingin memiliki sebanyak mungkin haiwan yang boleh dipelihara.
“Dia suka membaca terutama buku berkaitan haiwan dan timbul keinginan untuk memiliki dan mengalami sendiri bagaimana memelihara haiwan tersebut. Mirza bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Haiwan, jadi pengalaman memelihara sendiri haiwan tersebut diharap dapat membantunya kelak,” jelasnya.
Ruang tamu jadi penempatan haiwan
Sebagaimana yang dilakukan oleh sebuah keluarga penyayang ini yang sanggup mengorbankan separuh ruang tamunya menjadi ruang penempatan lebih 30 haiwan kesayangan keluarganya.
“Oleh kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama haiwan, saya mengambil keputusan untuk mengorbankan bahagian ruang tamu rumah untuk dijadikan ruangan khas haiwan peliharaannya. Ini untuk memastikan kami sekeluarga sentiasa melakukan aktiviti bersama dan saya dapat pantau aktiviti anak-anak. Ia juga bagi memastikan keselamatan haiwan-haiwan tersebut, jadi perlu ada di dalam rumah. Ia juga menjadi tarikan utama apabila tetamu datang ke rumah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Hamiza bersyukur suami menyokong minat beliau dan anaknya. “Pada permulaannya, suami agak membantah untuk memelihara haiwan eksotik, apatah lagi reptilia seperti ular. Tetapi lama-kelamaan dia sendiri nampak kesungguhan anak saya dalam menjaga haiwan-haiwannya, mempunyai ilmu mengenai haiwan tersebut dan juga menjana pendapatan dari hobinya itu.”
Kebersihan
Mengakui kebersihan memainkan peranan utama dalam memastikan persekitaran dalam keadaan baik agar kediaman tersebut selesa dihuni dan sekali gus turut tidak mengganggu jiran-jiran.
“Rumah saya adalah jenis corner lot, jadi terdapat bahagian laman tepi rumah yang bertanah lapang di mana haiwan seperti ayam, itik, kucing dan arnab di letak di bahagian luar rumah dalam kawasan sangkar masing-masing. Lain-lain haiwan adalah dari jenis haiwan kecil dan ditempatkan di dalam ruang tamu, juga dalam sangkar atau akuarium masing-masing.
“Setakat ini tiada masalah kebersihan atau bau kerana kawasan laman rumah saya luas dan terbuka dan setiap hari akan di pantau. Kami pastikan kolam itik dicuci dan ditukar air baru serta kandang arnab di sapu bersih setiap hari.
“Manakala sangkar dan akuarium haiwan kecil perlukan cucian sekali seminggu. Tidak semua haiwan perlu mandi, kami hanya mandikan kucing, hedgehog dan guinea pig sekali sebulan. Haiwan lain seperti arnab, sugar glider, burung dan hamster hanya perlu mandian spray syampoo yang khusus.
“Haiwan reptilia seperti bearded dragon, ular dan lain-lain hanya perlu disediakan bekas air untuk mereka berendam atau melembapkan badan bagi memudahkan apabila proses salin kulit. Sememangnya tugas menjaga semua haiwan ini dilakukan oleh semua ahli keluarga termasuk, suami dan anak-anak. Jika tidak, putus asa juga saya kalau seorang saja yang uruskan. Lagipun haiwan-haiwan reptilia contohnya, hanya Mirza sahaja yang berani memegang dan beri makan,” jelasnya yang menetap di Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor
Peruntukkan bulanan
Memelihara haiwan yang banyak memerlukan sejumlah peruntukkan bagi memastikan haiwan-haiwan peliharaan dalam keadaan baik dan sihat. Keluarga penyayang ini tidak lokek menanggung kos bulanan bagi haiwan-haiwannya.
“Haiwan-haiwan eksotik dan reptilia ini memang diketahui bernilai tinggi, kos untuk membeli pun sudah bernilai ratusan hingga ribuan ringgit. Oleh itu penjagaan haruslah bersungguh-sungguh juga. Setiap haiwan memerlukan habitat berlainan, ada yang berasal dari kawasan panas jadi memerlukan lampu dipasang 12 jam setiap hari, ada kawasan lembap dan berair, begitu juga pelbagai jenis diet makanan berbeza untuk reptilia, mamalia, burung dan amfibia.
“Oleh itu kos penjagaan agak tinggi pada permulaan kerana perlu sediakan habitat yang sesuai, sangkar atau akuarium dan aksesori yang sesuai, manakala kos bulanan pula lebih kurang RM500,” jelasnya.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Januari 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik dan membiasakan anak kecil untuk mendirikan solat dengan lengkap 5 kali sehari, hakikatnya bukanlah semudah kita mengajar 1 2 dan 3.
Oleh itu, sering juga kita mendengar ada keluhan ibu ayah dalam hal solat ini. Apatah lagi bila anak menginjak remaja, ada yang liat untuk mendirikan solat.
Semua ini cukup merunsingkan ibu dan ayah. Tidak mahu perkara ini berlaku dalam keluarga kita, ada baiknya ambil pendekatan yang disarankan oleh seorang ayah ini. Jom semak.
Didik anak-anak untuk mendirikan solat 5 waktu. Dia susah, dia tak nak, suruhlah juga sampai dia solat.
Ya. Semua tahu. Nak didik dia, nak ajar dia supaya dia mendirikan solat, bukan satu perkara yang mudah. Boleh tahan juga beratnya.
Suruhlah dia menyanyi, suruhlah dia buat hal-hal lawak, mudah sangat. Siap kita ajar dan sokong lagi.
Tetapi, bila sebut hal solat, ah macam-macamlah ayat yang keluar dari mulut kita yang jadi mak dan ayahnya.
Dia nak menyanyi, dia nak melawak, dia nak main apa-apa pun, boleh sahaja. Asal ikut batas-batas dan paling penting dia solat.
Jadi, nak tarik minat dan bagi dia suka kepada solat, cubalah tips di bawah:
1. Kita solat. Mak dan ayah solat. Anak-anak tengok kita solat, dia jadi satu penarik minat bagi dia. Inilah teladan paling baik. Kita tak solat, tak usah pelik kalau anak tak dirikan solat.
2. Sebelum azan, kita dah siap-siap untuk bersolat. Solat sama-sama. Pastikan anak dah siap semua depan sejadah. Paling baik ke masjid. Tak dapat, berjemaah di rumah. Bukan seorang solat dalam bilik, seorang solat di ruang tamu.
3. Ajak mereka bersolat dengan ayat-ayat atau ajakan yang baik. Contohnya “Mari kita solat sama-sama. Ikut ayah solat ya”. Tarik hati dia, bukan jauhkan hati dia.
4. Bila anak dah berusia 7 tahun atau lebih, dah boleh mula bagitahu kepentingan solat dalam kehidupan seorang muslim. Terang sikit-sikit, bukan terus bagi ceramah huhu. Buat contoh yang boleh menarik minat mereka dan tidak membosankan. Cuba cerita pengalaman kita solat bersama mak dan ayah kita.
5. Semakin meningkat usia, cuba minta dia azan, iqamah, jadi imam, tukang zikir dan pembaca doa. Dia akan tertunggu-tunggu hari tu. Suara dia pada kita macam tak kena je, tetap bagi pujian. Suara kita pun ke laut hihi. Yakin kepada anak-anak.
Keluarga yang menjaga solat 5 waktu, adalah keluarga yang benar-benar bahagia. Mereka tidak perlu lagi mencari dan mengejar bahagia yang ada di luar, kerana bahagia itu akan hadir sendiri kepada mereka.
Solat membawa berkat dan rahmat, khabar gembira dari Allah.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...