Keibubapaan

Harris Alif Jadi Lebih Matang Demi Anak, Dua Anak Amanah Dari Allah!

Share

Baru berusia 25 tahun bukan halangan untuk selebriti yang juga suami kepada Intan Ladyana ini untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik.

Bahkan bapa kepada dua anak, Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang turut terpilih sebagai seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa Millennial ini sebolehnya mahu memperuntukkan masa untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

“Bila saya dapat anak pertama dulu, semuanya dah merubah diri saya. Kehidupan harian saya semuanya berubah dan bila dah ada anak dua ni saya rasa hidup saya makin bahagia walaupun kadang kala saya selalu fikirkan bolehkah saya jaga dua amanah ini.

“Kawan-kawan saya yang lain masih lagi berpoya-poya tapi saya ambil keputusan ini untuk berkahwin. So far alhamdulillah atas bantuan ramai pihak, isteri dan keluarga sekarang ini makin baik dan tanggungjawab itu sememangnya berat.

“Bukan satu perkara yang mudah tapi bagi saya ia baik untuk kehidupan kita tambah-tambah lagi bila umur kita semakin meningkat,” luahnya.

Dulukan masa dengan anak-anak
Bercerita kisahnya bersama dua anak, ujar Harris lagi sebolehnya dia mahu melihat setiap momen berharga dengan anak-anak.

“Saya ni jarang keluar jadi banyak masa saya dihabiskan di rumah saja. Biasanya aktiviti dekat rumah biasanya saya akan main gitar dan bagi anak-anak dengar.

“Ada waktunya main masak-masak dengan Evie, conteng-conteng muka dan sebagainya. Yang kedua pula sebab kecil lagi jadi tak nampak lagi rentaknya.

“Bagi saya, saya nak nampak anak-anak membesar depan mata sebab masa takkan boleh dipatah balik, sementara masih ada masa saya enjoy dengan apa yang ada hari ini,” ujarnya.

Ibubapa jadi contoh terbaik didik anak

Perwatakan Harris yang cool dan nampak tenang, bersahaja namun kata Harris sebagai seorang bapa dia perlu tenang terutama dalam mengendalikan anak.

“Saya dan Intan tak pernah meletakkan guide line apa-apa dalam mendidik anak tapi kami berusaha untuk menunjukkan contoh yang baik pada anak.

“Anak nak membesar, dia memang cepat capture apa jua yang ada di sekeliling dan saya dan Intan sangat menjaga supaya tak tunjukkan apa-apa yang tak baik depan anak. Contohnya kami jaga percakapan dan sebagainya.

“Saya juga banyak ambil didikan kedua orang tua untuk saya mendidik dua anak saya sekarang,” ujarnya berkongsi.

Berbeza dengan suami yang lain, rezeki tidak berpihak pada Harris bila mana dia tidak dapat menyaksikan kelahiran dua anaknya kerana terpaksa menjaga anak sulung serta disebabkan Covid-19 satu ketika dahulu.

Walaupun ralat dan kesal dengan situasi berharga itu namun dia akur dengan ketentuan dan berharap rezeki berpihak kepadanya suatu hari nanti.

Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

IKLAN