“Harini Baru Lah Saya Tau…” Pemilik Dobi Tak Sedar Selama Ni Kerap Terima Job Cuci Karpet Dari Rumah PM!
Rezeki tidak pernah salah alamat! Itu yang biasa kita dengar orang menyebutnya bila dianugerahkan rezeki atau sesuatu yang bernilai dalam hidupnya.
Begitulah kisah seorang pengusaha dobi yang berkongsi keterujaannya apabila tanpa disangka rupanya selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi pelanggannya.
Menurut Siti Subaiyah Shahudin yang mengusahakan Dobi Harum di Bangi, dia sebenarnya sudah beberapa kali menerima job untuk mencuci sejadah daripada kediaman Perdana Menteri ke 10 itu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, selama ini dia tidak mengetahui identiti pemilik kediaman tersebut sehinggalah kediaman tersebut menjadi sorotan media ketika Pilihan Raya Umum 15 (PRU15), segalanya terbongkar.
Ads
“Patutlah bila tengok rumah di Sungai Long ni rasa macam familiar. Sudah beberapa kali mereka hantar cuci karpet sajadah bergulung-gulung dengan kami rupanya.
“Tapi sebab tak kenal owner rumah, saya syak tuan rumah ni selalu jemput budak-budak tahfiz solat sekali, atau ada buat aktiviti kebajikan.
“Hari ini mereka hantar karpet-karpet sejadah bergulung-gulung lagi untuk dicuci. Hari ini barulah saya tau siapa owner rumah,” ujarnya melalui posting di facebook.
Dikesempatan itu, pemilik dobi berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada ‘pemilik kediaman’ tersebut kerana sudi menggunakan khidmat mereka untuk mencuci karpet sejadah dan mendoakannya agar terus dirahmati Allah S.W.T. Bahkan turut berkongsi foto untuk tatapan umum.
Ads
Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan rasa kagum dengan Perdana Menteri 10 yang dilihat sering mengadakan aktiviti keagamaan di kediamannya.
Tidak dengan itu, netizen juga tumpang gembira dengan pengusaha dobi tersebut yang telah berpeluang berkhidmat untuk perdana menteri sanjungan rakyat Malaysia.
“Owner tak berkopiah tak berjanggut. Tapi amalannya, MasyaAllah. Pemimpim begini yang negara perlukan”
“Alhamdulillah, hidup Beragama”
“Aktiviti yang berterusan sejak rumah beliau di Bukit Segambut lagi..”
Ads
“Alhamdulillah beruntung su dapat berkhidmat buat tuan rumah ni . Nanti p hantar kirim salam su deh ”
“Dato’ Seri Anwar Ibrahim bnyk mnunjukkan qudwah hasanah kpda masyarakat. Semoga Allah mmberikn kekuatan kpda beliau untuk mmimpin negara kita.”
Jika membeli daun pisang untuk digunakan di dalam menyediakan masakan panggang atau sebagainya tentu sahaja akan berbaki daun pisang yang dibeli. Jika hendak dibuang selebihnya terasa sayang pula.
Sekiranya ingin disimpan, perlulah tahu caranya agar daun pisang boleh disimpan lama dan di dalam keadaan yang masih segar. Menyimpan daun pisang jika tidak kena caranya tidak dapat bertahan lama. Selang dua atau tiga hari biasanya sudah menjadi kuning-kekuningan bahkan kering. Padahal, jika disimpan dengan cara yang betul daun pisang sebenarnya boleh bertahan hingga lebih sebulan lamanya.
Ingin tahu caranya?
Terdapat dua kaedah menyimpan daun pisang, iaitu sama ada disimpan di dalam suhu bilik mahupun di dalam peti sejuk.
Simpan Dalam Suhu Bilik
Tahan 3 hari
Cuci terlebih dahulu daun pisang yang ingin disimpan dan kemudian lipat daun pisang membentuk gulungan berlapis-lapis. Setelah itu, masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas. Simpan di suhu bilik dan hindarkan daripada terkena matahari secara langsung. Cara menyimpan daun pisang di suhu ruang seperti ini cukup efektif hingga 3 hari. Jika lebih dari itu, biasanya daun akan layu tapi tidak terlalu kering.
Kalau ingin menyimpan lebih lama di suhu bilik lebih daripada tiga hari, anda perlulah rajin mencuci daun pisang tersebut setiap tiga kali sehari.
2. Tahan Lebih Seminggu
Agar tahan lebih lama walau tidak disimpan di dalam peti sejuk, anda perlu simpan daun pisang dengan cara merendamnya di dalam air. Caranya, gulung daun pisang menjadi gulungan yang berukuran sedang. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu tipis.
Setelah itu, ikat menggunakan tali rafia. Kemudian isikan bekas dan disisi air untuk merendam daun pisang tersebut. Pastikan daun pisang terendam sepenuhnya. Cara menyimpan daun pisang seperti ini cukup efektif agar daunnya tetap hijau.
Menyimpan Di Dalam Peti Sejuk
Kekal Elok Dalam Tempoh Seminggu
Sebagian orang menghindari untuk menyimpan daun pisang di dalam peti sejuk kerana khawatir daun pisang akan kering dan menguning. Suhu sejuk di dalam peti sejuk memang boleh membuat sayuran bahkan daun pisang menjadi kering.
Oleh itu, sebelum menyimpan daun pisang di dalam peti sejuk perlulah dicuci terlebih daghulu. Kemudian lipat daun pisang membentuk gulungan berlapis-lapis. Setelah itu, terus bungkus dengan plastik dan ikat kemas.
Simpan di dalam peti sejuk pada bahagian paling bawah atau rak penyimpanan sayur. Cara menyimpan daun pisang seperti ini memang sangat efektif dan praktis, tapi anda harus pastikan plastik pembungkusnya jangan sampai terbuka. Jika terbuka, daun pisang tetap boleh menguning jika disimpan lebih dari seminggu.
2. Kekal Segar Walau Sebulan Lamanya
Buat anda yang ada membeli daun pisang dan ada lebihan tidak tahu bila lagi hendak digunakan bolehlah menyimpan daun pisang dengan cara begini. Sebelum menyimpan daun pisang patikan daun pisang masih di dalam keadaan segar.
Perkara pertama perlu buat adalah cuci terlebih dahulu kemudian buat gulungan panjang dan ikat menggunakan tali rafia. Bungkus gulungan daun pisang tersebut menggunakan plastik. Pastikan plastik tertutup rapat, dan kemudian simpan di dalam freezer.
Selain mencuci daun, anda juga boleh lapiskan permukaan daun dengan minyak kelapa sebelum membungkusnya dengan plastik. Tujuan mencuci atau disapu dengan minyak hanya untuk menjaga kelembapan daun saat disimpan. Daun yang disimpan di dalam freezer akan membeku, sehingga saat ingin menggunakannya, anda harus meletakkan daun pisang di suhu bilik selama 30 minit hingga boleh digunakan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Umumnya kesuburan tanaman bergantung pada 3 perkara asas iaitu jenis baja, cara membaja dan masa pembajaan.
Pun begitu, bagi kita yang baru mempunyai minat menanam tentunya hal membaja tidak begitu pakar.
Jadi untuk pastikan tanamam pasu hidup subur, ayuh kita pelajari teknik asas membaja. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat bersama.
Tips untuk beginner panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas.
Perkongsian tips ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.
Macam mana nak baja? Berapa banyak baja nak guna? Bila nak baja? Berapa kerap nak baja?
Pokok boleh baja selepas 2 mingguatau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.
Langkah 1:
Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.
Langkah 2:
Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu. Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack.
Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada peket baja.
Langkah 3:
Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.
Langkah 4:
Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung.
Sambil membaja bolehlah berselawat.
Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.
Kalau tinja Ayam yang jenis pallet dia jenis baja slow release. Boleh tabur semula selepas baja hancur dan serap ke dalam tanah.
Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.
Usia bukan penghalang buat pelakon Vanidah Imran, 48, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya berlangsung Sabtu lalu (12 Mac lalu) di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Ibu kepada Mikail Aimran dan Maryam Rashika itu menggenggam sarjana danmenyarung jubah konvokesyen pada sidang ke-15 istiadat berkenaan yang berlangsung sejak 5 hingga 13 Mac.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Pergelutan itu memang bukan calang-calang. Ia tak mudah langsung, tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.
“Kami bertiga berjanji, walau apa jua cabaran akan menamatkan pengajian sarjana ini. Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain.
“Saya juga beruntung kerana tak pernah putus sokongan daripada kawan lain seperti Prof Madya Aminah Rhapor, penyelia (Dr Marlenny Deenerwan), keluarga dan anak,” katanya.
Vanidah berkata dua anaknya sudah memahami rentak dan cara kehidupan.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar,” katanya.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” katanya.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangka akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki. Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya.
Menghampiri tiga dekad bergelar anak seni, Vanidah optimis keputusan menyambung belajar juga didorongi pelbagai faktor termasuk termasuk realiti pentas hiburan itu sendiri yang masih goyah tanpa jaminan konkrit.
“Pentas seni di Malaysia bukan industri yang stabil selagi kita tak ada undang-undang untuk melindungi pemainnya. Ketika itulah saya terdetik memilih pilihan lain (sambung belajar) untuk merubah kehidupan dan buat keputusan lebih baik.
“Saya boleh terus merungut mengenai kerapuhan gelanggang seni, tapi ia seolah-olah tidak membawa pengakhiran bermakna. Sampai bila pun nak merungut ibarat ia takkan habis. Saya kena buat sesuatu termasuklah menyambung pengajian sarjana selepas menggenggam ijazah.
“Ia keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya harap ia juga dapat jadi contoh dan motivasi untuk anak ke depan nanti,” katanya.
Sekalipun akur dengan resam turun naik dunia seni, minat dan kecintaannya menghidupkan karakter lakonan tak pernah terpadam.
“Saya nikmati apa yang dilakukan selama ini dengan penuh rasa. Seperti mana saya cabar diri untuk sambung belajar selain mengajar, lakonan juga sudah sebati. Saya tak cakap tidak suka berlakon, namun industri itu sendiri sejak jejak bermula tahun 1993 sampai sekarang masih ada sisi ‘hitam’nya.
“Anak seni masih bergelut tanya hak atau perkara sama. Namun ibarat tiada siapa ambil peduli. Malah saya dengar daripada pelakon senior pun yang berjuang sekian lama, ia tak memberi apa-apa justifikasi mahupun perubahan. Akhirnya terpaksa menelan semua itu seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sebanyak mana pun sayang dan cinta saya terhadap dunia seni, ada titik anjakan untuk saya buat sesuatu sebagai pilihan iaitu dengan mengutamakan pendidikan untuk perubahan kehidupan dan masa depan saya serta anak,” katanya yang bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada generasi muda (pelajar).
Katanya lagi, kejayaan menamatkan pengajian ini juga lebih kepada kepuasan diri.
“Saya tak cuba buktikan apa-apa atau kepada sesiapa pun. Saya puas kerana suka belajar benda baru. Matlamat diri sendiri pun bertitik tolak kepada apa yang mahu dicapai dengan mencabar diri keluar dari zon selesa.
“Anak seni tak kira di depan atau belakang kamera juga sebenarnya ada yang mempunyai tahap pendidikan baik. Tapi sering dilihat seperti tin kosong. Macam ketika terbabit dengan penggambaran drama Kudeta (versi drama untuk filem Daulat) ada antara kru seperti pasukan tatarias sebenarnya berpelajaran tinggi,” katanya.
Tambah Vanidah, Ameen Mustajab yang juga ketua tatarias bagi drama itu (Kudeta) terbitan Laguna Pictures sebenarnya pernah menjadi akauntan di Jabatan Akauntan Negara.
“Ameen sendiri pernah skor A untuk subjek matematik tambahan. Pembantu jurusolek drama itu ada antara mereka memiliki ijazah senibina dan kejuruteraan sivil. Begitu juga di bahagian menjaga ‘wadrobe’ ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan elektrik, perniagaan serta kewangan.
“Namun hakikatnya ramai berfikir orang kreatif dalam industri seni ini tak berpelajaran tinggi terutamanya pekerja belakang tabir. Yang mereka fikir, rasa atau nampak semuanya negatif tanpa ada sekelumit rasa mahu bertanya.
“Saya harap janganlah memandang sebelah mata dengan pukul rata. Cuma ada yang belajar pandai memilih untuk masuk ke industri seni. Sebenarnya anak seni ini lagi sensitif, penuh rasa empati, dan memahami orang lain.
“Tak dilupa, masa di penggambaran filem Imam pun saya berpeluang mengenali kru yang ada sarjana pengajian Islamik dan bakal sambung peringkat Doktor Falsafah. Malah ada mempunyai lulusan Universiti Al-Azhar di Egypt, Mesir,”katanya.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.