Tidak sabar rasanya bertemu dengan sanak saudara bagi meraikan hari raya yang mulia ini.
Pun begitu, dalam berkumpul sanak saudara tentu macam-macam ragam dan karenahnya.
Tidak mahu tindak tanduk kita merosakkan mood berhari raya, ketahui dulu apa dia perkara penting yang kalau boleh kita jangan buat.
10 Jangan Buat Ketika Hari Raya. Nombor 10 Paling Penting. Sila Hadamkan.
Ramailah anak-anak perantauan dari bandar pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Dalam kita berhari raya, ada beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu. Antaranya :
1. Jangan Bagi Mak Buat Kerja
Mak ni kalau anak-anak balik kemain lagi gembiranya dia. Tetapi jangan pula kau ambil kesempatan. Bila balik nanti baju mak basuhkan, pinggan mak cuci. Pastu mak juga yang masak. Kau tu tak tolong apa pun. Kasihan la dekat mak. Sama-sama la bantu, baru meriah.
2. Jangan Tak Bagi Duit Raya Kepada Mak Ayah
Bagi la duit raya kat mak walaupun sedikit. Bagi setakat yang mampu. Duit setiap bulan yang kau bagi tu lain. Biar la mak ayah seronok sikit.
3. Jangan Lupa Bawa Buah Tangan
Janganlah balik dengan tangan kosong. Bawa apa-apa barang makanan seperti kek, kuih muih dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ada juga buah tangan buat yang menanti.
4. Jangan Asyik Dengan Telefon Pintar
Bukan tak boleh main telefon tetapi biar berpada-pada. Jangan 24 jam asyik dengan telefon je.
5. Jangan Menunjuk-nunjuk
Kita adik-beradik, saudara mara tidak perlu nak menunjuk-nunjuk sapa lagi kaya. Jangan duk datang beraya tayang barang kemas sampai ke lengan. Jangan duk sembang baru beli kereta baru, baru beli telefon Iphone X, duk cerita balik bercuti oversea. Hormat adik beradik yang kurang kemampuan daripada kita.
6. Jangan Cakap Lepas
Kalau bersembang dengan sedara mara atau sahabat handai, jaga kata-kata. Jangan cakap main sedap mulut je. Dah elok bermaaf-maafan, ada pulak yang bermasam muka nanti.
7. Jangan Mengeluh
Bila balik kampung, jangan nak mengeluh kalau rumah sempit la, bilik tak cukup selasa la, panas la. Tidur ramai-ramai kat ruang tamu pun syok juga. Setahun sekali kan. Tapi pastikan aurat terjaga.
8. Jangan Mudah Sentap
Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Dorang saja nak bergurau. Kau yang cepat emosi dan sentap sangat.
9. Jangan Malas Basuh Pinggan Sendiri
Jangan makan lepastu tinggal pinggan mangkuk dekat sink. Kesian adik perempuan bongsu kau asyik jadi mangsa. Haha. Ajar anak untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki tolong kemas rumah, sapu sampah. Baru syok.
10. Jangan Merokok Berdekatan Anak Kecil
Yang paling penting, JANGAN merokok dalam rumah, dekat ruang tamu, atau di meja makan. Asap merokok boleh lekat dekat sofa pastu anak-anak duk main. Boleh membahayakan kesihatan. Kalau nak merokok kau pergi merokok jauh-jauh dekat luar rumah.
Tu antara perkara yang kau kena ingat. Hari Raya kan hari untuk bergembira. Jadi, jangan rosakkan mood orang lain untuk beraya.
Sekadar berpesan-pesan.
sumber : Amir Syahir