Terdahulu tular kisah keretakan rumah tangga pasangan selebriti Malaysia Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian. Namun, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kasih seorang ibu pastinya tidak terbatas walaupun bukanlah ibu kandung, Datin Patimah Ismail sentiasa memberikan sokongan dan tetap memihak kepada menantu kesayangannya.
Lebih kagum apabila melihat Datin Patimah yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang ketika itu mengalami gangguan emosi dari awal kejadian sehingga kini.
Baru-baru ini pula, Datin Patimah dikatakan telah meluahkan perasaan kesalnya kerana terpaksa melihat menantu dan kedua cucunya membawa diri beraya di luar negara lapor Ohbulan.
“Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri keluar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!,” tulisnya di Instagram storynya.
Melihat daripada kapsyen yang dimuatnaik oleh ibu mentua Puteri Sarah ini, hatinya cukup hancur melihat keadaan tersebut kerana terpaksa berjauhan dengan menantu serta cucu-cucunya.
Sebelum ini Puteri Sarah telah memfailkan cerai terhadap Syamsul Yusuf setelah mendapat berita tentang perkahwinan kedua oleh Syamsul bersama Ira Kazar di Thailand.
Sumber: Ohbulan Official