Terdahulu tular kisah keretakan rumah tangga pasangan selebriti Malaysia Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian. Namun, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kasih seorang ibu pastinya tidak terbatas walaupun bukanlah ibu kandung, Datin Patimah Ismail sentiasa memberikan sokongan dan tetap memihak kepada menantu kesayangannya.
Lebih kagum apabila melihat Datin Patimah yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang ketika itu mengalami gangguan emosi dari awal kejadian sehingga kini.
Baru-baru ini pula, Datin Patimah dikatakan telah meluahkan perasaan kesalnya kerana terpaksa melihat menantu dan kedua cucunya membawa diri beraya di luar negara lapor Ohbulan.
“Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri keluar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!,” tulisnya di Instagram storynya.
Melihat daripada kapsyen yang dimuatnaik oleh ibu mentua Puteri Sarah ini, hatinya cukup hancur melihat keadaan tersebut kerana terpaksa berjauhan dengan menantu serta cucu-cucunya.
Sebelum ini Puteri Sarah telah memfailkan cerai terhadap Syamsul Yusuf setelah mendapat berita tentang perkahwinan kedua oleh Syamsul bersama Ira Kazar di Thailand.
Sumber: Ohbulan Official
Bakal Atlet Paralimpik. Ketabahan Anak Pejuang Kanser Tulang Ini Sungguh Inspirasi!
Masih ingat tak kepada kisah seorang calon SPM tahun lepas yang menghidap kanser tulang yang menjadi tular setelah kisahnya meruntun hati dengan perkongsian yang dipapar oleh sukarelawan Puan Natipah Abu.
Terbaru mengenai perkembangan anak pejuang kanser ini sungguh inspirasi apabila dia kini giat berlatih untuk menjadi atlet paralimpik. Biarpun masih belum mempunyai kaki palsu bagi memudahkan mengadakan latihan selanjutnya. Beliau tetap kental untuk mencapai impiannya.
Nyata, jika kita susah dan sedih, ada lagi hamba Allah yang lebih sukar dugaan hidupnya. Kisah adik Afiq boleh anda baca selanjutnya di link ini www.keluarga.my Rela potongkaki-tak-mahu-menyusahakan-ibu-bapa-sebak-kisah-pelajar-kanser-tulang-yang-bakal-duduki-spm-ini/
Selanjutnya ikuti catatan Puan Natipah Abu mengenai perjuangan Afiq yang berjiwa kental ini.
AFIQ PEJUANG KANSER
Hari ni ada orang ajak Kak Pah dating . Berbunga-bunga rasa hati mak cik tua ni bila ada orang kata rindu kita. Bila dah umur macam ni .. orang yang pernah kita kenal ingat kat kita pun dah cukup “ tacing “ dah.
Ni Afiq . Umur dia sama dengan anak bongsu Kak Pah. Dah berbuih mulut Kak Pah suruh dia panggil mak cik tapi .. dia buat pekak badak jaa. Dia nak panggil Kak Pah jugak ( Ek’elehhhh .. dalam hati Kak Pah mesti kembang semangkuk kena jet dengan Afiq )
Afiq dah selesai SPM . Kak Pah kenal Afiq tahun lepas. Masa tu Afiq tengah berduka yang amat sangat sebab kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman. Sebelum tu, kaki Afiq dah dimasukkan besi bagi menggantikan tulang kaki yang dibuang akibat kanser. Kemudian .. bukan setakat kaki , sekali dengan besi pula kena jangkitan. Besi kena buang .. kaki pula kena potong. Lepas potong kali pertama .. potong lagi kali kedua .. sampailah ke pangkal paha dah . Afiq dah putus asa yg amat sangat.masa tu . Bagi dia .. seolah harapan untuk hari esok dah tiada .
BAKAL ATLET PARALIMPIK
Alhamdulillah …
Sekarang Afiq duduk di Perlis . Dia sedang menjalani latihan untuk menjadi atlet sukan Paralimpik . Dia ada jurulatih di sana . Tapi Afiq belum ada kaki palsu . Sbb kosnya sangat mahal. RM 25K . Kak Pah sendiri pun rasa macam nak “ kelam donia “ ja nak dapatkan RM25K tu.
Cuma rasanya, bila Afiq dah ada nama nanti, barulah semua orang pakat buka mata nak bantu Afiq. Afiq sangat kuat semangat .. dia nak hidup berdikari. Macam-macam yang dia plan untuk masa depan dia. Sembang dengan dia, tak rasa macam sembang dengan budak baru habis sekolah.
“ Habis training , Afiq nak jual apam balik. Afiq nak cari duit sendiri . Afiq tak mau susahkan sesiapa. Nanti Afiq nak mintak lesen dulu . Afiq reti buat apam balik. Duk tolong mama dulu. “.
Walaupun dia dah tak ada kaki, sikit pun dia tak sentuh tentang kekurangan dia tu. Dia sembang seolah dia orang yang normal. Kak Pah mendengar setiap perkongsian dan luahan dia sebagai seorang yang telah dewasa.
Jarang Kak Pah temui remaja setabah dia. Andai bakatnya terus digilap dan dia diberikan dorongan serta sokongan, dia boleh pergi jauh , InshaAllah. Tak percaya , kita sama-sama tunggu dan lihat setahun dua lagi .
Moga didoakan Afiq mencapai hasratnya.
“Oh Melting, Seronoknya. Berbunga-Bunga Hati.” Pertama Kali Anak-Anak Beri Kad Ucapan Hari Ibu Buat Wawa Zainal Sebak!
Meraikan ibu bukan hanya pada Hari Ibu sahaja, sebaliknya boleh dilakukan bila-bila masa waima setiap hari pun. Kerana ibu adalah insan yang sanggup berkorban mengandung dan melahirkan kita. Menempuh segala ujian dan dugaan.
Walaupun tidak meminta balasan, namun lihatlah bagaimana berserinya wajah dan senyuman tatkala diraikan oleh anak-anak. Ingatan anak-anak itu membuatkan ibu rasa dihargai.
Demikian dengan pelakon dan usahawan muda Wawa Zainal yang terharu dengan ucapan dan penghargaan yang diberikan oleh anak-anaknya.
ohhh melting 😩 my first year anak ucap hari ibu🤣 seronok nya.. berbunga2 hati..
ibu2 mmg cemni eh🤭
Perkongsian yang dimuat naik Wawa itu membuatkan ramai yang terharu dan memuji ‘effort’ yang ditunjukkan anak-anak Wawa.
Sumber: w4w4_zainal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Pak Cik Saya Minta Maaf.” Tiada Niat Lari Selepas Terlanggar, Pemuda Tampil Mohon Maaf, Ini Reaksi Suami Arwah. Sebak!
Hati mana tak luluh, jiwa mana tak pilu bila insan yang disayang hdup bersama belasan tahun kini pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya dalam keadaan yang mengejutkan. Namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu menduga. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, dia melepaskan dengan reda. Apa yang menyentuh hai bila mana dia memaafkan si pelaku.
Itulah yang dikongsikan oleh Siti Nabyelah Ithinin menerusi laman facebook, apabila pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.
Suasana pilu menyelubungi pertemuan tersebut, lebih-lebih lagi mereka berpelukan dan masing-masing tidak dapat menahan rasa sedih dan mengalrkan air mata.
“Ini ka yang melanggar tu?”
“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”
“Bukan juga sengaja bah tu…”
Seketika ibu saya mencelah.
Dengan tenang pakcik berkata
“Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”
Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini. Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi. Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa. Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.
Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah. Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.
“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “
Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.
“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..”
Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.
Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu.. Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat. Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi). Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya.
Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana.