Hari Pertama Lahir Sudah Diambil Air Tulang Belakang. Kisah Duka Anak Cerebral Palsy Ini Meruntun Jiwa

Share
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang lahir  dan sihat. Namun siapa sangka dugaan buat ibu bapanya kala anak mereka lahir pada hari pertama telah diambil tulang belakang setelah 11 jam dilahirkan.
Lebih menyedihkan kehidupan anak tersayang tidak sempurna seperti anak-anak lain. Doktor sahkana anaknya cerebral palsy dan buta.
Pada usia empat tahun anak ini hanya terbaring lesu sedangkan kanak-kanak seusianya aktif bermain.
Perkongsian oleh sukarelawan Natipah Abu meruntun jiwa apabila dibaca. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul berat. Ikuti perkongsian ini.
Azfar atau nama timangannya “ Adik Awang “ dikesan ada masalah sejak hari pertama dilahirkan dan diambil air tulang belakangnya 11 jam selepas dilahirkan. Dia kemudiannya dimasukan ke wad selama 2 minggu.
Sejak itu kedua ibu bapanya sedar .. dia menjalani proses pembesaran yang tidak sama seperti anak-anak yang lain.
Selain tubuhnya yang lembik, Adik Awang juga disahkan oleh doktor, buta kedua belah matanya. Mujurlah,  Adik Awang masih boleh mendengar.
 Beliau mengecam suara ahli keluarga dan setiap kali nama “ Adik Awang “ dipanggil dia akan tersenyum sambil mencari-cari arah panggilan itu.
 Adik Awang juga alah kepada susu lembu. Jadi sejak lebih tiga tahun lalu … dia minum susu kambing. Selain susu kambing … Adik Awang hanya makan nestum sahaja.
 Sepatutnya .. Adik Awang perlu menggunakan lampin pakai buang saiz XXL… tetapi untuk menjimatkan kos .. Adik Awang masih menggunakan saiz XL kerana harganya lebih  murah dan kuantitinya lebih banyak walaupun sudah mulai ketat.
 Ayah Adik Awang  bekerja sebagai jaga dengan bayaran RM750 sebulan. Selain itu, ayahnya juga membuat kerja kampung yang lain bagi menampung kos hidup mereka. Tetapi .. itu tidak mampu memberikan mereka kehidupan yang diharapkan kerana ayahnya perlu menanggung dan menyara persekolahan abangnya yang berumur 14 tahun dan kakak yang berumur 10 tahun. Mujurlah Adik Awang ada  menerima wang bantuan bulanan JKM.
 Adik Awang  juga  pernah menerima peruntukan RM2500 dari LZNK untuk tujuan membeli kerusi roda khas. Jumlah itu dibayar terus oleh LZNK kepada sebuah farmasi di sini setelah tempahan kerusi roda itu dibuat.
Bagaimanapun .. kerusi yang  ditempah itu datang kepadanya  tidak seperti yang dijanjikan sebelum ini dan ditukar dengan stroller. Alasan pihak farmasi .. stroller lebih sesuai untuk Adik Awang  dan harganya adalah setara dengan kerusi roda khas yang ditempah sebelum ini.
  Tanpa banyak soal .. mereka hanya mampu menerima saja stroller itu kerana pembayaran telah pun dibuat oleh LZNK. Hakikatnya stroller itu tidak sesuai utk Adik Awang. Adik Awang akan menggelungsur jatuh bila diletakkan di atasnya. Maka ia tidak pernah digunakan sejak diterima dari pihak farmasi terbabit.
 Biarpun ayah Adik Awang tidak punya kereta  untuk membawa dia berjalan-jalan … setidaknya dgn kerusi roda itu dapatlah dia keluar mengambil angin di luar rumah selain membantu melatihnya Adik Awang untuk duduk.
 Tinggal menyewa di rumah kampung dengan harga RM150 … rumah ini kelihatan kosong tanpa satu perabut pun. Biarpun begitu .. persekitarannya terjaga bersih.
 Sekiranya ada lebihan untuk kos kerusi roda .. kita berhasrat hendak menyediakan tilam yang selesa untuk Adik Awang.
Besarlah harapan semoga sedekah jumaat hari ini juga dapat menampung kos susu kambing, nestum dan lampin pakai buang Adik Awang yang melebihi   RM400 sebulan ini.
 Acc di atas telah dibuka hari ini dengan niat segala transaksi sedekah adahlah untuk Mohd Azfar bin Mohd Deri,  anak kepada pasangan  Mohd  Deri bin Yaacop ( 37 Thn ) & Nurul Husna binti Yahya ( 37 Thn ).
 Percayalah …
 Hari ini kita lapangkan orang, suatu hari nanti, Allah akan kirimkan insan lain untuk melapangkan kita bila tiba saat itu, InshaAllah …
 Jazakumullah khairan katsira kepada semua yg membantu insan terpilih ini ..
MOHD AZFAR BIN MOHD DERI – 4 TAHUN.
CEREBRAL PALSY – BUTA
KERUSI RODA KHAS.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521