Kekeluargaan

Hari Penentuan, Simbol ‘Love’ di IG Story Fattah Amin Beri Petunjuk Hubungan?

Share

Bagaikan tidak percaya, esok (25/9/2024) bakal menjadi hari penuh debaran yang dinantikan buat peminat pasangan selebriti ini apabila keputusan mengenai status rumah tangga selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Para peminat kini dalam debaran, menanti sama ada pasangan kesayangan mereka ini akan tetap bersama atau meneruskan penceraian yang menjadi tanda tanya sejak kebelakangan ini.

Peminat setia pastinya berharap agar hubungan mereka dapat dipulihkan.

Simbol love 

Dalam pada itu, IG Story Fattah Amin turut mencuri perhatian apabila memuat naik gambar bersama anaknya dengan simbol love.

Meskipun hanya sekadar gambar, ia sarat dengan makna tersirat, seolah-olah menggambarkan betapa Fattah masih menyayangi isterinya, Fazura.

Peminat tidak dapat lari daripada membuat spekulasi bahawa perkongsian itu membawa mesej mendalam tentang perasaannya dalam menghadapi situasi rumah tangga mereka.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Lebih mengejutkan ramai, Fattah Amin meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui berita bahawa isterinya, Fazura, telah memfailkan perceraian. Menurutnya, dia hanya menyedari perkara tersebut menerusi media sosial.

Fattah juga menegaskan bahawa dia masih menyayangi Fazura dan menyangkal khabar angin yang mengatakan terdapat orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai perceraian yang difailkannya.

Pasangan selebriti popular ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: IG Fattah Amin & Harian Metro