Dalam menjalani kehidupan suami isteri, sama ada dalam keadaan susah atau senang kita akan lalui bersama-sama. Umpanya ketika di awal perkahwinan, meskipun hidup tidak semewah mana namun kita tetap rasa bahagia bila saling menyanyangi dan menghargai pasangan masing-masing.
Lama kelamaan dengan usaha dan ketabahan menjalani kehidupan, rezeki semakin dipermudahkan sekali gus terasa hidup cukup sempurna.
Berkongsi pengalaman daripada seorang suami ini yang dikenali sebagai Ariff Budiman Zainal Abidin, yang menyifatkan perkahwinan bersama isteri tercinta merupakan suatu perkara yang amat dihargai di dalam hidupnya.
Telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya terhadapnya. Antara yang dikongsikan adalah isterinya akan sentiasa mempersiapkan bekal makanan setiap hari untuk dibawa ke tempat kerja hinggalah pada hari terakhir dia berkhidmat sebagai pekerja di TNB, dan itu sangat-sangat menyentuh hatinya.
Ikuti perkongsiannya di sini.
Tahun 1984 saya mula bertugas di LLN dengan gaji pokok sebanyak RM140 sebulan. Tahun 1986 saya berkahwin dengan hasil pilihan emak. Isteri menerima saya walaupun dia tahu gaji saya serendah itu. Syukur bila dah berkahwin, Allah bukakan pintu rezeki kami. Saya di naikkan pangkat dan gaji.
Bila di kurniakan anak pertama, gaji saya terus melonjak. Saya mula memasang impian akan membawa isteri berjalan2. Dia tidak jemu2 masak untuk saya membawa bekal. Katanya jimat. Ketika berbual, saya berkata bila pencen kami akan pusing Malaysia. Saya nak bawa dia jalan2. Isteri hanya tersenyum
Ternyata kita hanya mampu merancang namun Allah sebaik2 perancang. Tahun 2008 isteri di jemput Allah hasil dengki kianat manusia. Dia hanya mampu menjadi isteri kepada pekerja TNB selama 23 tahun.
Tahun 2009 saya telah di satukan dengan isteri sekarang. Dia pula menyambung tugas membekalkan masakannya untuk saya bawa ke tempat kerja.
Setiap malam isteri akan bertanya esok nak bawa bekal apa. Setelah bersama saya sebagai isteri TNB selama 12, akhirnya hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai pekerja TNB. Sambil hulur bekal bihun goreng dan hotdoq isteri berkata…
” Hari ni bekal terakhir abang sebagai pekerja TNB.” Walaupun saya senyum tapi jauh di sudut hati terlalu banyak dugaan sepanjang bertugas di TNB. Sedih, gembira, mistik. Semua tu menjadi kenangan.
Buat arwah isteriku Siti Aishah moga syurgalah tempatmu. Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia untukku walaupun hanya sementara.
Dia telah membahagiakan saya. Buat isteriku yang kedua Rosnah. Terima kasih kerana sudi menerima dan meneruskan tugas sebagai isteri dengan baik.
Sumber : Ariff Budiman Zainal Abidin
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!