“Hari Ni Ajar Anak Sayang Pokok.” Sibuk Berlakon, Saharul Sempat Dedah Anak Aktiviti Berkebun.

Share

Buat sesetengah orang, hobi berkebun adalah antara terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang.

Selain itu, ia mewujudkan persekitaran yang menarik di halaman rumah jika bijak menyusun atur tanaman dan mungkin ada taman mini yang menjadi landskap halaman.

Menerusi Instagram, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi gambar aktiviti berkebun bersama anak sulungnya, Ali.

Katanya, selain menjadi terapi minda, mahu mendidik anaknya agar menyukai tumbuh-tumbuhan. Biarpun anaknya masih sukar untuk memahami tentang manfaat berkebun, jauh disudut hatinya berdoa agarnya mudah memahami apa yang diterangkannya.

 

WARGANET BERKONGSI AKTIVITI YANG SAMA

Dalam pada itu, perkongsiannya menarik perhatian warganet dengan berkongsi aktiviti yang sama.

Sumber: saharulridzwan