Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa. Biar sebaik mana sekali pun perancangan kita, namun Dia yang lebih berkuasa. Begitulah susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan.
Demikian juga dengan kisah keluarga ini apabila salah seorang daripadanya pergi buat-selama-lamanya dalam kemalangan jalan raya di Hulu Terengganu pada awal pagi Khamis lalu.
Kepiluan dihati hanya Tuhan yang tahu. Kegembiraan hanya seketika, difahamkan, pasangan tersebut bersama seorang anak lelaki tunggal mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Pulau Perhentian di Besut untuk menyambut ulang tahun suaminya pada hari kejadian.
Namun, ternyata Allah telah merancang sebaliknya. Siapa sangka, pada hari ulang tahun suami rupanya menjadi hari terakhir hayat si isteri di dunia ini.
Isteri yang disayangi, Zahratul Ardiah Ismail, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mazlan Machap, mengalami luka parah. Anak tunggal mereka, Zhariff Mufeed Mazlan yang berusia lima tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Apa yang meruntun hati ramai, apabila arwah si isteri sempat menitipkan ucapan ulang tahun terakhir buat suaminya beberapa jam sebelum nahas itu berlaku.
Seolah-olah sudah mengetahui tiada lagi ucapan hari lahir buat suami tersayang selepas ini, setiap kata-kata ucapan itu dikarang dengan penuh perasaan.
UNTUK SUAMI TERSAYANG..
Hitammu sentiasa menawan..
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga abang dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia juga akhirat.
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan abang insan yang mulia.. Bertambah iman dan amalan, sentiasa menjadi imam buat kami. Semakin umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Pada hari ini, moga apa jua impian yang abang impikan selama ni, semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.. Apapun rencana yang akan abang buat, semoga semua itu tercapai.. Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.. Semoga abang mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Waktu berjalan tiada henti.. Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari.. Hingga saat ini.. Selamat hari lahir SUAMIKU !
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Dari lubuk hati yang paling dalam.. Tiada kata dapat zah ucapkan untuk menghiasi hari-hari yang penuh bermakna ini.. Dan hanya doa yang mampu zah panjatkan untuk abang.. Semoga Allah selalu melindungi dirimu..
SELAMAT HARI LAHIR
Zah dan Zhariff sayang abang selalu.. terima kasih kerana sentiasa menjaga makan minum kami..
HAPPY BIRTHDAY.. HAPPY BIRTHDAY.. !!!! HAPPY BIRTHDAY TO YOU… HAPPY BIRTHDAY TO YOU…!!!
Sementara itu, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen di dalam posting tersebut dengan menzahirkan ucapan takziah ke atas mangsa. Ramai yang ternyata tidak mampu menahan rasa sedih di atas apa yang berlaku.
Moga Allah menempatkan arwah di dalam kalangan orang beriman, memberikan kesembuhan pada si suami serta ketabahan kepada anak dan keluarga yang ditinggalkannya. Al-Fatihah.
Sumber : Icah Ardi & Siakap Keli