Hari Ketiga Isteri Pengsan, Uri Pula Dah Membusuk! Padu Perkongsian Doktor Ini

Share

Jangan buat main dengan nyawa ni. Tuhan bagi satu aje nyawa untuk manusia, jika 9 nyawa macam kucing tak pe lah juga. Sebagaimana yang sedang hangat diperkatakan sekarang, isu homebirth yang boleh mengundang maut jika salah langkah tanpa pengawasan pakar perubatan bertauliah. Malah ia bukan perkara baru. Cuma dibimbangi  jika tiada pendedahan, akan memberi impak kepada yang mengamalkannya.

Merujuk kepad perkongsian seorang doktor ini di laman facebooknya, Hana Hadzrami  yang melahirkan rasa kecewa apabila sikap pasangan suami isteri yang mahukan kelahiran cara homebirth sehingga hampir meragut nyawa isterinya. Moga jadi iktibar!

Gambar sekadar hiasan

Pada tahun 2013 saya pernah menulis tentang satu kes homebirth datang dengan komplikasi di hospital saya.

Itulah kes homebirth terancang pertama yang saya jumpa.

Seorang wanita bersalin dirumah dibantu oleh suaminya tetapi pengsan pada hari ketiga.

Kelam kabut si suami usung si isteri ke hospital. Mula-mula mereka ke hospital swasta terkemuka di KL, sampai dua hospital mereka pergi. Namun bukan saja ditolak mentah-mentah, malah dimarahi pula oleh doktor pakar disana kerana membuat kerja gila sengaja bersalin sendiri di rumah.

Siapa lah yang sudi nak bersihkan tahi bila dah berterbangan ditiup kipas?

Terpaksa lah mereka menebalkan muka ke hospital kerajaan yang mereka pandang hina itu.

Bila ditanya belajar bersalin dari mana, mula-mula si suami tak mengaku belajar dari kelas dikendalikan doula. Dia hanya berkata belajar dari buku dan Youtube. Tak lama selepas itu dia sendiri terlepas cakap; tersebut ‘doula’, ‘waterbirth’ dan ‘delayed cord clamping’. Pecah rahsia.

Selonggok uri yang dah membusuk dikeluarkan

Siap mengaku uri dah keluar semua. Tapi rupanya bila isteri dibawa masuk dewan bedah, nah; selonggok uri yang dah membusuk dikeluarkan! Satu dewan bedah terpaksa kami sembur spray pewangi.

Kata uri dah keluar tapi rupa uri pun dia tak tahu sebenarnya!

Mujur saja si isteri tak meninggal dunia dirumah akibat tumpah darah. Tetapi datang dengan nyawa-nyawa ikan; dengan tekanan darah rendah dan demam akibat renjatan kuman (septic shock).

Tak mahu anak divaksinkan 

Gambar sekadar hiasan

Selepas dua hari di ICU, isterinya beransur pulih. Ingatkan insaf selepas dah sihat, rupanya makin bongkak dengan kita. Dituntut tak mahu ubat itu ini, tak mahu divaksinkan anak (baby pun dibawa ke hospital juga sebab demam). Semuanya kimia beracun bagi mereka.

Cepat-cepat kami discajkan dia. Malas nak melayan orang yang tak tahu diuntung ni.

Kedua-dua suami isteri ini bukan orang biasa-biasa.  ya. Suaminya jurutera syarikat cari gali terkemuka, isterinya eksekutif syarikat swasta. Ingatkan ilmu tinggi boleh membawa mereka ke jalan yang benar. Rupanya sesat ke jahanam.

Itulah permulaan saya berkenalan dengan puak pro-cari penyakit ni. Bila dah kenal lama, saya dah tahu, tak guna kita nasihatkan mereka yang sesat jauh ni. Bak kaum Nabi Nuh; nasihat itu hanya menambahkan kedegilan mereka.

Kita nasihat dan educate mereka yang atas pagar dan masih mencari kebenaran sahaja.

Jika anda betul-betul ikhlas mahukan kebenaran, Tuhan akan tunjukkan jalannya.

Pada yang dah sesat jauh tu, selagi anda tak buang ego, sampai bila-bila pun jalan kebenaran takkan nampak dimata.

.