Keheningan pagi subuh itu dikejutkan dengan alunan azan, namun hanya dua rangkap sebelum terhenti menimbulkan tanda tanya penghuni yang tinggal di situ.
Rupa-rupanya empunya tubuh yang melaungkan azan sudah dijemput menemui Sang Pencipta. Perginya dalam keadaan yang cukup mulia. Perkongsian dari AJK Surau Ar-Rayan cukup menyentuh hati.
Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.
Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.
Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemer iksa Kira-kira surau.
Kredit : AJK Surau Ar-Rayan