Hari Jadi Suami, Isteri Ni Uli Tepung Buat Dumpling. Ni Resipinya Boleh Follow!

Share

Memberi sesuatu yang istimewa kepada insan tersayang di hari jadi tentunya pemberian itu cukup istimewa.

Umumnya, antara hadiah yang sering menjadi pilihan si isteri kepada suami adalah seperti jam tangan, baju, tali pinggang atau sebagainya.

Namun unik sekali kisah ini bilamana seorang isteri memasak sup dumpling sebagai simbolik hadiah istimewa terhasap suami tercinta.

Turut dikongsikan resipi untuk yang ingin mencuba.


Hari ni saya masak sup dumpling sempena hari jadi suami. Nak buat kek saya tak reti.

Jadinya saya uli tepung buat dumpling. Senang. Saya share resepi (rujuk gambar) sebab jarang-jarang saya buat dumpling ni. Semoga bermanfaat ya.

Bahan -bahan inti : Tauhu, isi daging ayam, daun bawang, lobak merah, cendawan shitake.

Cara penyediaan inti :

1. Cincang semua bahan dan gaul  bersama Perencah Nasi Goreng Cina. Ketepikan.

Kemudian kita uli tepung untuk buat
kulit dumpling:

Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum (cawan ikea), 1 cawan tepung ubi,1 cawan air suam,1 sudu teh garam

Cara buat :

1. Gaulkan kesemuanya, uli dan jadikan doh.

2. Uli doh senipisnya dan tekap dengan cawan Ikea.

3.Siap kulit dan inti. So, apa lagi masukkan la inti ke dalam kulit nya. Bila dah pegang kulit nya, jadi teralih bentuk. Mencabar sedikit bahagian ni.

Pada sesiapa yang tak tahan sabar
part ni, sila beli kulit dumpling yang
instant ya. Senang. Haha.

So, siap dumpling. Kita rebus ke dalam
Sup.

Bahan-bahan sup: Air, 2 hirisan halia, 1 biji bawang putih,1 asam keping, setengah kiub pati ayam, daun bawang diikat.

Siap

Sumber : Zurina Zulkefli via MAHN