Meraikan hari jadi anak-anak selain kek menjadi antara yang terpenting, apa kata kita turut hadiahkan sejambak coklat yang dihias indah dengan pelbagai jenis coklat kegemaran mereka. Pemberian ini pastinya membuatkan anak-anak bertambah gembira.
Tambahan pula untuk kita sediakannya tidak memerlukan modal yang tinggi. Nak tahu lanjut lengkah penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Siti Nurfariha ini. Semoga bermanfaat ini.
Cara-cara buat chocolate bouquet hanya menggunakan sugar paper..Jimat dan simple..
Bahan-bahan :
Ads
Coklat
lidi
span kering (satu span panjang potong kepada dua bahagian
ribbon
gunting
cellotape
tali
sugar paper (hitam)
Langkah penyediaan:
Ads
1. Gamkan coklat pada lidi( boleh guna cellotape/hot glue (untuk lebih kukuh)
2. Gam satu persatu sampai habis
3. Hasil coklat yang dah digam
4. Cucuk coklat yang sedia digam pada span..(gubah ikut kreativi/boleh rujuk macam contoh mak iti buat)
Ads
Kemudian ini langkah seterusnya
Gunting sugar paper kepada dua bahagian..
*sediakan dua keping sugar paper.
1- guna sebagai alas
2-guna untuk balut keliling
1. Lipat separuh seperti dalam gambar
2.Terbalikkan kertas yang dilipat seperti dalam gambar
3. Lekatkan bahagian yang dilipat dengan satu bahagian kertas lagi menggunakan cellotape.
Alaskan coklat tersebut dengan sugar paper tersebut dan balut coklat seperti dalam gambar.. lilitkan cellotape pada bahagian tersebut. Pastikan lilit pada tempat yang ada span.
Ambil satu keping kertas lagi dan potong kepada dua bahagian juga. Ambil satu bahagian dan letak kertas tu pada bahagian atas coklat seperti dalam gambar.
Ikat guna tali seperti macam ni.
Akhir sekali letakkan ribbon yang telah siap dibuat..For beginner, boleh ikat guna reben biasa pon ok..
Ibu mana yang tak sayangkan anaknya, walaupun dah besar panjang tetap diatatang bagai minyak yang penuh. Tak dinafikan kasih sayang seorang ibu tiada batasnya.
Sebelum ini tular sebuah video yang dikongsikan oleh pelakon Eira Syazira memaparkan gelagat suaminya, pelakon Azad Jazmin yang menyuruh ibunya untuk membasuh rambut.
Menerusi video tersebut, kelihatan Eira yang terhibur dengan kelakuan suaminya bersama ibu mertua di bilik mandi.
Bagi pelakon Puteri Aisyah, menjaga bentuk badan bukan lagi focus utamanya kini sebaliknya dia berusaha untuk membekalkan susu badan buat putera kesayangannya, Muhammad Faliq.
Pun begitu, selepas melahirkan anak ternyata penampilan Puteri Aisyah tetap kekal cantik seperti anak dara.
Akui Puteri Aisyah lagi ketika menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram, dia tidak terkecuali mengalami perubahan bentuk fizikal selepas melahirkan anak namun reda kerana fokusnya kini adalah kepada anaknya.
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, ia bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
“Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
“Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay.
“Sekarang ni kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus..hehe. Anak-anak dan suami pun suka peluk, best apa?,” katanya berkongsi.
Tak diet demi susukan anak
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, dia tidak lagi berdiet untuk cantik sebaliknya makan secara sederhana namun yang penting makan makanan berkhasiat untuk menyusukan bayinya.
“Saya tak diet. Saya makan secara sederhana. Saya jogging juga cuma tak selalu. Saya pakai pakaian warna hitam. Jadi mungkinlah nampak kurus.
“Sejujurnya ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
“Saya makan untuk susu yang banyak, bila susu banyak Faliq pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga,” ceritanya lagi.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isu penggunaan tablet dikalangan kanak-kanak sentiasa diperkatakan. Pelbagai persoalan dan pendapat dikupas mengenai tablet yang dikatakan bahaya kepada kanak-kanak. Namun bagi berbeza pula pandangan pakar ini.
Ikuti perkongsian Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak dan Penyelidik Aktif Psikologi Perkembangan Tahun Awal Serta Sosiologi Pendidikan Usia Praformal.
Sukar untuk kita mencari pakar perkembangan kanak-kanak yang menentang penggunaan komputer tablet oleh kanak-kanak awal usia (0 hingga tiga tahun) dan juga yang baru meningkat ke alam pendidikan praformal (empat hingga enam tahun ke atas). Tetapi ada satu prasyarat yang perlu dipatuhi. Penggunaan komputer tablet wajib dikawal daripada sudut masa dan juga tempat.
Fikirkanlah! Perkara yang baik pun kalau melampau-lampau akan membawa mudarat. Terlalu banyak minum, terlalu banyak makan, terlampau lama mandi, terlampau taksub bersenam terlalu asyik berfikir sekali pun, semua perkara baik ini, namun tanpa kawalan akan membawa bahaya tanpa kita sedari.
Yang pasti, untuk anak-anak, mereka bukan hidup pada zaman Jurassic! Maka, untuk menidakkan penggunaan komputer tablet, telefon pintar atau gajet lain kepada mereka tidak masuk akal malah akan memperbodohkan kanak-kanak itu. Tablet adalah keperluan masa hadapan yang wujud dalam dunia kita pada hari ini.
Berikut persoalan lazim yang ditanya oleh ibu bapa yang menjadi penanda aras bahawa tablet tidak bahawa jika digunakan secara berhemah.
Persoalan pertama:
“Tapi, kami dengar cerita ada seorang budak jadi terencat akal sebab tablet…”
Satu kisah ‘lagenda’ tentang bahaya tablet kepada kanak-kanak dikongsi oleh Dr Richard Graham, pakar perubatan yang ‘merawat’ kes anak kecil empat tahun yang ‘ketagihan’ tablet. Namun, beliau sebagai perunding Hospital Capio Nightingale, London tidak percaya kanak-kanak akan menjadi ‘penagih teknologi’ yang sama kelas dengan penagih dadah.
Di Malaysia, cerita dongeng tentang bahaya tablet bermula apabila kumpulan penyelidik sebuah IPT kononnya telah dapat melihat hubung kait antara komputer tablet dengan kerencatan otak serta perkembangan kanak-kanak. Satu Malaysia pun terus menjadi takut dan komputer tablet menjadi hantu syaitan yang ditakuti.
Realitinya? Penggunaan tablet kini menjadi salah satu terapi untuk merawat kecederaan otak. Dan, penggunaan tablet yang terkawal dengan aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai dengan usia kanak-kanak 0 hingga enam tahun, lebih-lebih lagi yang berbentuk pengajaran dan pembelajaran, kita terbukti membantu dan mendorong tahap perkembangan mereka!
Persoalan Kedua :
“Tapi, kawan kami, anak dia sampai tidak boleh berenggang dengan tablet…”
Fikirkanlah! Adakah ini bukti bahaya komputer tablet? Atau adakah ini bukti mama dan papa yang gagal mendidik si kecil mereka dengan sebaiknya? Yang menjadi masalah besar hari ini ialah tablet digunakan seperti puting getah yang kita sumbat ke dalam mulut bayi untuk menenangkan mereka dan menyuruh mereka senyap!
Tablet adalah gajet atau peranti yang bukan bersifat penenang. Tetapi, kita lihat papa dan mama di luar sana kerap memberikan tablet atau telefon pintar kepada si kecil ketika mereka sedang makan di luar, misalnya. Apabila si kecil itu terleka maka mama dan papa pun boleh makan dengan tenang, bukan?
Dari perspektif psikologi setiap yang dibiasakan pasti menjadi kebiasaan, proses ini dipanggil pelaziman (habituation). Nah, apabila si kecil lazim mendapat ‘ketenangan’ dan leka apabila diberikan tablet atau telefon pintar, kita yang dewasa ini menuduh kanak-kanak tidak boleh berenggang dengan gajet. Salah siapa sebenarnya sedari awal?
Persoalan ketiga:
“Tapi, anak jiran kami, lepas pakai tablet jadi anti-sosial dan lambat bercakap…”
Salah satu kecaman yang sering diberikan kepada komputer tablet dan gajet lain ialah peranti-peranti moden ini menjadikan kanak-kanak anti sosial, melambatkan proses percakapan dan juga melambatkan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) yang wajib untuk proses persekolahan kelak!
Maka, papa dan mama yang kononnya prihatin pun terus mengharamkan komputer tablet daripada kehidupan anak kecil mereka. Namun, dalam dunia di mana mesin-mesin yang menggunakan skrin sesentuh (touchscreens) semakin berleluasa, adakah mama dan papa sedar bahawa tindakan ini tidak bijak malah bakal membantutkan perkembangan?
Hari ini aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0 hingga enam tahun sudah banyak di pasaran, termasuklah yang boleh dimuat turun percuma. Dan, para saintis sosial kini giat mengumpul data penyelidikan tentang aplikasi-aplikasi komputer tablet yang membantu perkembangan si kecil, termasuklah si kecil yang kelainan upaya. Hebat, bukan?
Persoalan Keempat:
Bahayanya apabila si kecil tidak tahu menggunakan komputer tablet!
Kekadang lucu apabila kita memikirkan ramai orang yang bercakap mengenai kanak-kanak dan perkembangan, tidak mempunyai pandangan dunia dan maklumat sahih tentang dunia kanak-kanak serta pendidikan. Isu ini menjadi lebih kritikal apabila wujud pula ‘pakar-pakar’ yang bercakap kosong tanpa ilmu dan bukti saintifik.
Bahaya sebenar hari ini ialah apabila si kecil anda tidak tahu menggunakan komputer tablet sedangkan dunia kita semakin dipenuhi gajet-gajet dengan skrin sesentuh dan yang seumpamanya. ‘Mengharamkan’ tablet kepada si kecil anda bukan hanya tidak adil malah akan membawa kerugian kelak (kerana anak anda akan menjadi seperti dinosaur).
Kesimpulannya, sekali lagi ditekan, penggunaan komputer tablet yang terkawal dari sudut masa, dan tempat, ditambah aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0 hingga enam tahun, sudah terbukti sebagai pendorong perkembangan awal usia. Malah, pada hari ini menjadi suatu keperluan dari perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...