“Hari Ini Keadaan Saya Semakin Teruk…” Kesihatan Ibu Aiman Tino Semakin Merosot Akibat Covid-19!

Share

Sejak gelombang ketiga Covid-19 ini meletus, di lihat semakin ramai yang menjadi mangsa dan keadaan ini cukup membimbangkan kita semua. Bahkan  bila dilihat di media sosial ramai yang mohon didoakan agar mereka segera sembuh dan kuat melawan penyakit tersebut.

Hal ini cukup menyentuh hati dan situasi yang sama juga telah menimpa keluarga penyanyi Aiman Tino. Sepuluh daripada ahli keluarganya  disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari yang lalu dengan masing-masing kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, menurut ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil, 45, dia, suami dan lima orang anaknya yang lain telah dijangkiti Covid kecuali Aiman yang tidak menetap bersama mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung saya, Nurfara Ain, suami dan anaknya yang berusia sebulan juga dijangkiti tapi mereka menjalani kuarantin di rumah sendiri di Shah Alam.

“Kalau tanya pasal punca, saya pun tak tahu dari mana. Tetapi sebelum melakukan ujian calitan itu, saya memang mengalami demam selepas balik dari pekan di Kuala Kubu.

“Selepas itu, suami pula demam selepas menerima suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan ternyata, keputusan positif,” katanya.

“Seksa Sangat Batuk…”

Menurut Hazelina, anak-anak yang menetap bersamanya dan dijangkiti Covid ialah Nurisfasha, 19, Mohd Haikal,15, Nur Alya Mahsuri, 12,Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6.
Selain itu, menurut Hazelina, biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin, cuma tahap kesihatannya sahaja yang agak teruk memandangkan selama ini menghidap penyakit asma.

“Anak-anak semua sudah okey dan tidak lagi demam. Cuma keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada masalah asma tambahan pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.

“Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.

“Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena hubungi ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel ada memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19.

Bersamalah kita doakan agar keluarga Aiman Tino diberi kesembuhan daripada Covid-19.

Sumber : Utusan Malaysia

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Menangi hadiah wang tunai RM300! Jom sertai Pertandingan Berbalas Pantun Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/  Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club