
Ibu bapa mana yang tak bangga kan bila anak peroleh kecemerlangan dalam pelajaran. Lebih-lebih berjaya sampai ke menara gading.
Baru-baru ini, pelakon Mustapha Kamal ada memuat naik perkongsian di laman Facebooknya iaitu meraikan konvokesyen anak keduanya, Aulia Qayyiem, 20, yang berjaya menamatkan pengajian dan meraih Diploma Animasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Berkongsi video memaparkan Qayyiem berada di atas pentas menerima skrol, pelakon Mira Edora dan Adik Manja itu sempat menitipkan doa agar ilmu yang diperoleh membawa kebaikan.
Bersyukur atas kurniaan-NYA, pelakon berusia 62 tahun itu tidak lupa menitipkan kata-kata semangat.
“Semoga Allah SWT selalu memberi segala kebaikan untuk atas ilmu dan kebaikan untuk orang lain juga, aamiin.
“Hari ini menjadi saksi atas kejayaan permulaan sebuah perjuangan.
“Sokongan sentiasa ada daripada papa dan mummy. Allah tahu segalanya,” tulisnya.
Mustapha Kamal dan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993, Susan Manen mendirikan rumah tangga pada tahun 1998.
Pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 22, Aulia Qayyiem, 20, Salsabil Qur’ani, 19 dan Naqli Qaddiem, 15.
Sumber : Mustapha Kamal
Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:
1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan
Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.
Daftar sekarang! Tempat TERHAD
Tak Payah Susah-Susah Nak Guna Jarum, Benang Dah! Tampal Je Lencana Sekolah Guna Double Sided Adhesive Cloth Ni

Tinggal lagi beberapa hari je persekolahan baru nak bermula. Mak ayah sekarang ni masing-masing sibuk membeli belah persiapan anak ke sekolah. Yang mana dah dari awal shopping, boleh la tarik nafas lega santai di rumah.
Dah memborong, kena la lengkapkan segala benda yang semestinya tidak menjadi kesukaan ramai orang kerana renyah! Antaranya balut buku, tulis nama di buku dan menampal lencana baju sekolah. Mana tidak renyahnya, anak nak sekolah, mak ayah yang berpeluh siapkan semua ini!
Tapi jangan risau.. Untuk part tampal baju sekolah tu, ada cara mudah mak ayah nak praktikkan. Tak perlu lah nak mencari jarum, benang dah! Atau nak pergi tempah jahit kat luar yang tak semestinya orang akan terima upah.
So…. Nak mudah bolrh guna double sided adhesive cloth ni! Nak tahu caranya? Meh tengok step by step yang simple ni! So lepas ni no more jarum no more benang lah!
CARA TAMPAL LENCANA SEKOLAH PALING SENANG GUNA DOUBLE SIDED ADHESIVE CLOTH
1.Guna double sided adhesive cloth.
2.Potong adhesive cloth ikut saiz lencana.
3.Dah siap potong, lekat kemudian gosok dengan seterika.
4.Mana nak cari benda ni? Boleh ke Daiso, bahagian craft… Atau kedai barangan jahit. Paling senang…. Shoppe kan ada! Hehe
Selamat mencuba!
Sumber: Norhasnita Mohd Anuar
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Dua Beradik Kekal Sihat Sehingga Umur Lebih 100 Tahun. Petuanya Rajin Berpuasa!

Memetik berita di BERNAMA berkenaan petua dua beradik yang sehingga kini kekal sihat walau telah berusia melebihi satu abad, siapa sangka amalan berpuasa selama tiga bulan sehingga Ramadan dijadikan rutin setiap tahun sejak mereka di usia muda lagi.
Dua beradik yang dikenali sebagai Munah Yunus, 115 dan Pah Yunus, 111 yang menetap di Kampung Rengas, Tok Bok bersyukur masih sihat dan dikurniakan usia yang panjang walau pun pergerakan mereka kini agak terbatas.
Bercerita lanjut, Pah berkata pergerakan mereka berdua mula terbatas sejak 10 tahun lalu dan masing-masing kini hanya mampu mengesot selepas keduanya terjatuh dalam kejadian berasingan sehingga menyebabkan tulang belakang mereka terjejas.
“Alhamdulillah, kami berdua bersyukur diberi usia yang panjang walaupun jika hendak diikutkan secara rasmi di kad pengenalan, usia saya yang berdaftar adalah 97 tahun, manakala kakak pula berusia 100 tahun.
“Namun mengikut tanda simbul ‘*’ yang diletakkan pada hujung nombor kad pengenalan kami sebenarnya saya telah berusia 111 tahun, manakala kakak pula telah mencecah 115 tahun” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Amal Berpuasa, Kekal Sihat
Nenek kepada 18 cucu ini berkata beliau mengakui ramai yang bertanya amalan serta petua yang diamalkan ketika usia muda, yang membuatkan mereka masih kekal sihat sehingga sekarang.
Katanya sejak dahulu lagi beliau serta kakaknya telah mengamalkan untuk berpuasa tiga bulan secara berterusan iaitu bulan Rejab, Syaaban dan juga Ramadan, selain turut berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
“Sehingga kini saya masih mengamalkan berpuasa selama tiga bulan selain puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah ketika berpuasa dan dari segi kesihatan, saya hanya menghidap penyakit darah tinggi dan juga parkinson.
“Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kakak saya sudah tidak mampu untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan sahaja, kerana mudah mengalami keletihan selain beliau juga sudah nyanyuk,” katanya yang kini menetap di rumah anak masing-masing.
Ambil Suntikan Vaksin
Pah yang turut menzahirkan rasa kebimbangan dengan keadaan wabak COVID-19 di negara ini, beliau berkata dia dan kakaknya tidak melepaskan peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Julai lalu.
“Walaupun kami tergolong dalam golongan warga emas dengan pergerakan agak terhad namun kami berdua tidak ragu melepaskan peluang mendapatkan suntukan vaksin kerana khuatir wabak ini mudah mengangkiti golongan seperti kami.
“Syukurlah, kami berdua telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin iaitu dos pertama pada 12 Julai dan dos ke dua pada 5 Ogos lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.
“Alhamdulillah, selepas menerima suntikan vaksin saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan, dan kakak pula mengalami demam beberapa hari namun kini telah kembali sihat sedia kala,” katanya.
Sumber : BERNAMA
ARTIKEL MENARIK: Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Tahu Ibu Itu Hebat Macam Mana, Baca Perkongsian Ini. Bertuah Suami Dapat Ciri-Ciri Isteri Macam Ni!

Bila wanita dah berkahwin tentu pelbagai perkara yang diuruskan terhadap keluarga. Cabaran menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukan mudah. Namun wanita itu akan lagi lebih hebat apabila tetap maintain cantik walaupun pelbagai perkara yang dilakukan. Multitasking gitu. Ikuti perkongsian ibu ini Ayn Shariff . Boleh jadi inspirasi tau untuk keluarga bahagia anda!
Perempuan kalau cantik masa bujang tu normal. Takda tanggungan! Anak? Tak payah fikir! Paling pening nak fikir boyfriend curang tak, atau ada like gambar perempuan sexy-sexy and lagi lawa dari dia.
Kalau nak tengok perempuan tu betul cantik atau tak, tengok yang dah ada anak. Yang dah masuk ke alam parenthood. Baru ko rasa macam mana. Sebab apa? Okay jom kita bincangkan.
A mother.
1. Badan pernah jadi kembang sekembangnya. Cutting lari. Well said, pernah bersalin kan? Alligment confirm lari. Ditambah dengan extra gift selulit di perut ?lepas bersalin memang orang kata barai gak lah ??
2. Beside hectic work schedule. Stress level macam mana pun masih dalam kawalan. Everything progress macam biasa. Masih boleh tersenyum balik rumah even ada hal kerja atau bisness sales kurang.
3. Sakit? Sakit atau tak. Anak tetap anak. Sakit letak no last janji anak makan, mandi dan sihat. Biarlah sakit, janji anak yang utama. Sebab anak ni nyawa ibu-ibu.
4. Dulu bujang, boleh qada tidur. Tapi lepas dah ada anak. Kau penat dan mengantuk macam mana pun. Time susu, kena bangkit. Lebih lagi time pantang. Fuhh koyak weh. U need to stay up!
5. Multitasking. Boleh buat segalanya. Betul. Perempuan ni cukup hebat. Boleh untuk orang yang dia sayang. Especially anak!
6. Even ada masalah. Masih mampu tersenyum. Dia tak fikir masalah dah bila dapat tengok muka anak dia. Dia iron lady! Terus bakar diri untuk kebahagiaan org yang dia sayang.
7. Anak sentiasa dalam keadaan terurus walaupun settle kan semua kerja hakiki sebagai seorang ibu.
Sebenarnya jadi mami bukan susah apa pun. Get pregnant and after 9 months,There you are. Congratulation! You are a mom! But thats not it. Life begin!
Part raising a child? Yes mencabar sangat. Sebab tu lah selalu selalu jadi hijau sebab anak makin lama makin besar dan sel-sel otak semua berhubung. Kadang nak marah pun tak mampu. Biar jelah dia explore. Tima anak kecil lah moment paling indah dan sangat dirindui. Kadang-kadang kau tak sangka kau boleh jadi sesabar siti khadijah ?
Belum ada anak. Cantik, gorgeous dan seangkatannya semua boleh. Tapi untuk tampil cantik dan kemas bila dah ada anak, belum tentu semua boleh kan? Sebab kadang-kadang malas nak fikir diri sendiri. Sebab kadang-kadang rasa ah biarlah aku dah ada laki dah ada anak. Tapi jangan jadikan habit ye mommies ??
Untuk husband juga, bila kadang isteri jadi mak limah, jangan complaint. Tolong dia. Dia dah cukup penat. Dia dah cuba jadi yang terbaik. Jangan dah tak cantik pergi cari lain pula ya! Bela baik-baik sampai cantik sebab she deserve it??
To Gorgeous Mother out there & To all the single mother out there. SALUTE! Proud to be us .Moral Story: LOVE YOUR MOTHER AND YOUR WIFE ?
P/s : Tag your husband.