Berita

“Hari Ini Ayah Sepatutnya Balik…” Anak Tak Sangka Ayah Mangsa Harimau

Share

Hati mana yang tidak pilu apabila hilang tempat bergantung dalam sekelip mata. Kejadian seorang lelaki dibaham harimau semalam memberi impak kepada sebuah keluarga ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan Adnan Ismail 54 tahun menjadi mangsa kepada serangan harimau di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat Bersia.

Begitulah luahan hati seorang anak apabila ayah telah pergi selamanya ke dunia abadi. Menurut anak kepada mangsa, Nur Nazirah, ayahnya memaklumkan kepadanya kan pulang pada hari ini untuk menghantar wang persekolahan adik-adik tayar keretanya.

Namun semalam dia mendapat berita mengejutkan bahawa ayahnya telah tiada akibat serangan bintang itu.

“Pada jam 6 pagi semalam, saya menerima panggilan daripada sepupu yang memaklumkan ayah dibaham harimau. Bahagian dada dan muka ayah cedera parah. Kaki kirinya juga putus. “

Menceritakan detik tragis itu, dia memberitahu ketika kejadian ibu tirinya yang dipanggil Mok Su merupakan tukang masak di rumah kongsi Kawasan hutan berkenaan keluar untuk mengambil wuduk di luar tidak jauh dari situ.

Katanya lagi, selepas itu disusuli oleh ayahnya namun hanya beberapa saat sahaja kelibat ayahnya terus hilang.

“Kami sekeluarga tidak menyangka ayah diseranag harimau di tempat kerja sehingga meragut nyawa,” luahnya

Difahamkan, bapanya itu sudah lama bekerja sebagai pemandu jentera berat di kawasan pembalakan dan sebelum ini pernah memberitahu beberapa kali terserempak dengan gajah dan pada masa sama turut menghantar gambar haiwan itu.

Jenazah Adnan kini masih berada di Hospital Taiping, Perak untuk dibedah siasat dan jangka tiba pada jam 10 malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor.

Sumber: Harian Metro