Siapa yang tak kenal kanak-kanak memiliki raut wajah yang comel. Seorang anak yang cukup manja dan bijak serta abang yang penyayang. Bahkan, setiap kali dimuat naik kisahnya pasti ramai yang teruja menunjukkan dia disayangi ramai.
Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman. Terbaru, menerusi laman instagramnya, Yusuf meminta daddynya, Hairul Azreen mengajarnya berwuduk.
Ads
Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”
Permintaan si comel ini juga membuatkan ibunya, Hanis Zalikha terharu dan membalas status tersebut dengan meletakkan emoji mata berkaca. Ibu mana yang tak sebak kan bila anak yang masih kecil sudah menunjukkan minat untuk belajar sesuatu yang bagus.
Ads
Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi dari ramai pengikutnya. Rata-rata memuji akan kecerdikan anak sulung pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini.
phhnsrnsr Alhamdulillah..rahmat Allah buat yusuf❤️❤️❤️
Sejak penularan wabak Covid-19 memasuki gelombang kedua bilangan pesakit dijangkiti terus meningkat termasuk di Malaysia.
Impaknya, PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik dan ia menggambarkan betapa teruknya Covid-19 ini.
Lantaran ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengeluarkan kenyataan nasihat dan panduan di media sosial berkaitan wabak COVID-19 ini. Selain itu, portal lain turut memberi panduan seumpama itu termasuk AADK Perak yang memberi panduan berbentuk carta yang difahami merujuk simptom mengikut hari.
Secara umumnya, cara mengenal pasti Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI), individu dalam kalangan PUI dikenal pasti mempunyai gejala jangkitan Covid-19 seperti demam, batuk dan mengalami akut pernafasan dalam masa 14 hari.
Merujuk kepada perkongsian AADK Perak anda boleh check diri dan ahli keluarga simptom-simptom virus Covid 19 mengikut hari.
Jika didapati ada tanda-tanda ini segera terus pergi hospital berdekatan untuk buat ujian saringan COVID-19.
Biasanya masalah tapak kaki merekah ini kita akan anggap ia perkara biasa. Maklumlah bahagian bawah anggota badan.
Namun siapa sangka, masalah ini boleh mengundang masalah kesihatan serius jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan terutama bagi yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
Ingin tahu sejauhmanakah masalah tumit ini terjadi, ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenainya.
Masalah tapak kaki merekah
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahamd, masalah kulit di tapak kaki terutama di tumit bukan hanya wanita sahaja yang mengalaminya tetapi turut dialami oleh lelaki tanpa mengira usia.
Katanya, mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
1.Lantai bukan punca
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.
2.Bahaya bagi pesakit diabetes
Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.
Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.
3.Kekurangan air dalam badan
Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.
Bagaimanapun masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik.
4.Langkah pencegahan
Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian.
Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.
Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.
Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.
Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.
5.Sumber makanan elak rekahan tumit kaki
Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:
Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:
1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli
2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tahan, beku jenazah bayi perbuatan penganiayaan, menyalahi hukum syarak. Pada dasarnya syari’at kita, menganjurkan menyegerakan pengurusan jenazah, memandikan, mengkafani, menyembahyangkan dan menguburkannya.
Tahan, Beku Jenazah Bayi Perbuatan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa ‘menahan’ jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.
DR Mohd Hapiz Mahaiyadin. FOTO Ihsan UITM.
Menurut pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin (memetik laporan Harian Metro) menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar kerana ia menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.
“Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.
“Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, terdapat beberapa perkara berkaitan hukum syarak yang perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.
Jenazah bayi lelaki tidak cukup sifat selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di Klang. FOTO Facebook Mr Wan Cai Official.
Menurutnya, jika bayi yang dilahirkan sudah berusia enam bulan dan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan.
“Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya),” katanya.
Bagaimanapun katanya, ia boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya.
Sementara itu, berhubung dakwaan menghina fizikal bayi itu katanya, seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.
“Tindakan menghina seseorang dalam semua keadaan adalah suatu yang menyalahi akhlak Islam.
“Kita seharusnya menjauhi daripada memaki, mencela, dan berkata tidak elok pada orang lain atau mengenai diri mereka,” katanya.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...