Hargailah Isteri, Hidup Dia Selain Untuk Allah Adalah Untuk Suaminya. Jangan Abaikan, Peluk Cium, Sayang Isteri Yang Kita Ada. Tu Hadiah Dari Allah!

Share

Perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat, dan bukan untuk masa yang pendek. Kerana itu, sebagai suami isteri, kena ada sikap hormat menghormati dan mengharagai satu sama lain.

Namun, ada antara suami yang memandang enteng hal ini. Sehingga ada yang tidak mempedulikan langsung hal kebajikan isteri. Biarpun mungkin tidak menunjukkan secara-terang-terangan, namun pasti si isteri berkecil hati dan juga memendam perasaan.

Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai oleh setiap suami. Walaupun mungkin mereka cuma seorang surirumah, tetapi besar pengorbanannya terhadap keluarga.

Isteri adalah seorang wanita yang patut disayangi, kerana perasaannya yang lembut dan sensitif. Saudara Firdaus Shakirin 

ada berkongsi pandangan mengenai hal ini.


Pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?

Dia kena marah pun dia tetap masak…Dia merajuk pun dia masak…Dia tak sihat pun dia masak…Bergaduh dgn kita pun, dia tetap buat keje-keje umah…Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita :

“Abang dah bangun?”, “Abang dah sampai tempat kerja?”, ” Abang dah lunch?”, ” Abang dah otw balik kerja?” , “Abang dah sampai umah?”, ” Abang dah makan malam?” Sampailah dia tanya, “Abang dah tido?”…

Berjauhan pun, dia tanya satu-satu…masih risaukan kita…jadi p la apa pun,duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri…ambik tahu kebajikan kita, jaga suami…

Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas2 seorang isteri…dan kita yang jadi suami ni, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan…banyak sebenarnya tuan-tuan…

Balik kerja, ada tak kita tanya, ” Mcm mana hari ni, ayang ok?”…Ada tak mesej dia, ” Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni…?” Jarang kan kita nk buat ni? itu hari biasa…kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi la tak buat langsung…

Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya…even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia…perbetulkan kedudukan tidur suaminya…pastikan suaminya itu selesa…

24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI…dan kita pulak asyik memikirkan tentang perempuan lain? tentang kekurangan isteri? cari kelemahan isteri? Tak guna betul kita ni tuan-tuan…Hargailah isteri tuan-tuan tu…hidup dia, selain untuk Allah, adalah untuk SUAMINYA…jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu…

Hadiah dari Allah untuk kita…