Indahnya mempunyai anak-anak sebagai penyeri rumahtangga . Sudah pasti ia menyimpan berbagai kenangan yang melekat dalam ingatan.
Dalam tempoh mereka membesar, ia adalah waktu emas untuk mendidik anak dan meluangkan masa bersama.
Biarpun anak-anak mempunyai pelbagai ragam, namun itulah momen yang akan menjadi kenangan apabila mereka dewasa nanti.
Hargai masa ’emas’ ketika bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Begitulah dengan perkongsian ini. Ia mengingatkan kita bahawa bahawa momen-momen masa kecil menjadi salah satu pengalaman hidup yang luar biasa.
Anak umur 2 hingga 4 tahun memanglah payah untuk dijaga. Mereka mengamuk, mereka melalak, mereka tak nak berkongsi dan mereka tak nak dengar arahan.
BILA ANAK REMAJA, SEMUA INI TINGGAL KENANGAN.
Akan sampai masanya, anak anak kita akan menjadi remaja.
*Mereka akan lebih banyak berdiam
*Tiada lagi tangisan
*Tiada lagi rengekan
*Tiada lagi keriuhan
Disitulah kesunyian akan mula melanda.. Ketika itulah kita akan sangat sangat merindui telatah dan karenah anak anak kita.
HARGAI MASA KETIKA ANAK MASIH KECIL
Mungkin sekarang adalah masanya untuk kita mula :
*Kurangkan amarah dan emosi di dada
The greatest legacy we can leave our children is happy memories. Time is precious, don’t waste it.
Sumber: Taufiq Razif