Hargai Suami Mu Walau Siapa Pun Dia. Ustaz Ni Kongsikan, Sila Take Note!

Share

Tanggungjawab bergelar suami isteri adalah tugas yang besar untuk digalas. Perlu saling bantu membantu dan saling hormat menghormati agar kerukunan dalam alam rumah tangga kekal bahagia selamanya.

Memahami lagi tentang rahsia kebahagiaan hidup bersama pasangan, ustaz Ellyeen Amineen menyentuh tentang hal menghargai suami biarlah keranaNya.

Hargai suamimu

Kerja atau tidak kerja, dia suamimu
Berilmu atau orang awam, dia suamimu
Romantik atau hambar, dia suamimu
Kurang atau berlebihan, dia mengerah keringatnya menafkahimu

Ini bukan soal kenapa harus menghormati suamimu. Tapi ia soal siapa yang memerintahkanmu untuk hormati kepada suamimu

Sudah berapa kali kau bersuara tinggi di hadapannya. Sudah berapa kali kau memerintah dia. Sudah berapa kali kau merendahkan pendapatnya. Sudah berapa kali kau memotong percakapannya. Sudah berapa kali kau mengeluh sehingga membebankan hatinya. Sudah berapa kali kau ceritakan keburukannya.

Gambar hiasan

Kau tak suka membaca ini. Ketika membaca ini pun, hatimu masih nak berkata kau lebih bagus berbanding suamimu. Kau merasa dia yg patut ditegur dan dipersalah.Kau masih merasa angkuh boleh hidup tanpa dia.

Dia suamimu, syukurilah kebaikannya.

Sebelum Allah mengambilnya.
Sebelum semuanya sudah terlembat.

Kerana ketika dia sudah terbaring di dalam tanah. Saat itu baru kau tahu dia sebenarnya sudah cukup sempurna untukmu. Dia sebenarnya sepadan dengan segala kelemahanmu.

Jikalau kau terus taat kepadanya maka Allah akan memberikanmu syurga. Kau tidak akan rugi barang sedikitpun. Meskipun suami kau itu amat buruk peribadinya.

Hargailah suamimu, bukan kerananya, tapi keranaNya.

Sumber : Ellyeen Amineen

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club