Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
Ads
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Ads
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Ads
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekolah tentunya banyak kenangannya. Selain memori manis bersama-sama kawan-kawan dan guru-guru, tidak dinafikan makanan yang dimakan di kantin sekolah juga menjadi suatu saat yang dirindu untuk dapat dikecapi semula.
Begitu juga perasaan yang dirasakan oleh Eyra Syuhaira mengenai memori persekolahan di sekitar tahun 1998-2003. Katanya, dia amat merindui untuk merasa kembali masakan makcik kantin untuk menu Ayam Pedas.
Puas juga dia mencari resipi yang mempunyai rasa hampir sama dan akhirnya pencariannya tercapai dan di sini turut dikongsikan resipi tersebut untuk dicuba oleh mereka yang turut merindui masakan kantin.
Resepi ayam pedas makcik kantin
1/2 ayam
2 biji bawang besar
6ulas bawang putih
5/6 biji lada kering
sos cili
garam
gula
cukup rasa
air
minyak
blend bawang putih / besar / lada kering sampai lumat
Cara memasak :
Tumis dengan minyak sampai garing naik bau
2. Masukkan sos cili
3. Nampak kering masuk air
4. Ayam tadi goreng tawar bo bo garing
5. Masukkan bahan cukup rasa
6. Nak mnis letak gula lebih
7. Lepastu masukkan ayam goreng tadi biarkan lama cikit dalam sambal letak air sampai kering, biar ayam serap sambal.
8. Ok siap !!
Makan dengan nasi minyak pun sedap, bertambah nasi walaupun satu lauk.
Mencari idea untuk memberi gaya menarik pada ruangan rumah agar terlihat sedikit berbeza, apa kata anda gayakan hurricane lentern yang boleh dibuat sendiri dengan kos yang sangat bajet.
Cara untuk membuatnya telah dikongsikan oleh Hani Mynis dan ternyata sangat mudah untuk menghasilkannya. Hendak lebih menarik, lakukan projek ini bersama anak-anak pada hujung minggu ini. Selamat mencuba!
“Ideanya nak buat benda alah ni sbb terinspired dgn “hurricane lantern” by SSF. Tapi tahu lah harga decor items kat situ tu boleh menangis haha. So why not buat sendiri je. Haha kalau kat SSF harga dia RM100++, version hani ni RM8 je kos nya.Jadilah kan. .”– Hani Mynis
Bahan-bahan:
4 keping frame (RM 2.12 setiap satu)
Glue gun (nak guna gam gajah pun boleh, gam eco pun kuat juga)
Cara Buat :
Cabut besi hitam (yang support cermin) tu dulu. Sbb x cantik kalau tak cabut guna pliers lebih mudah. Hati2 tajam juga benda alah hitam ni. Kalau nak spray paint bingkai, boleh buat selepas proses ni i.e sebelum next step (kat gambar sebelah)
2. Memandangkan dah cabut besi hitam penghalang cermin tu, kena gam cermin tu ke bingkai. Gam kemas2 supaya gam tu tak visible dari pandangan luar bingkai.
3.Ulang step sebelum ni untuk semua keempat bingkai, pastu cantumkan bingkai2 tu jadi segi empat (kuboid)
Tips:
Cari frame yg sisi nya bentuk empat segi dari melengkung ke apa. Susah nak gam bagi dia melekat together kalau melengkung.
Kalau kat eco xde frame cmni tp boleh je spray paint gold dulu