Terkenal dengan sifat pemurahnya, usahawan berjaya Kieda Crepe telah menghadiahkan kipas dan air fryer kepada guru-guru anak bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra berterima kasih kepada guru yang banyak bersabar dalam mendidik anak-anaknya malah ikhlah memberikan ilmu buat mereka.
Bagi meraikan guru anaknya itu, Kieda membawa hadiah itu ketika majlis sambutan hari guru yang diadakan di sekolah anak baru-baru ini.
“Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka.
Ads
“Tak tahu nak beli hadiah apa.
“Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kipas ini adalah hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, dan yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian video Kieda, dia bukan sahaja membeli malah turut membungkus kesemua hadiahnya satu persatu sehingga lewat malam demi menghargai guru-guru serta memberi kegembiraan pada anak-anaknya.
Ads
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sifat pemurah Kieda malah tidak berkira bukan hanya dengan staf bahkan guru-guru yang mengajar sekolah anaknya.
Baru-baru ini, pelakon terkenal Zahirah MacWilson berkongsi satu video gelagat anaknya yang mencuit hati ramai.
Muat naik terkini daripada pelakon kesayangan ramai, Zahirah MacWilson, sekali lagi mencuri perhatian para peminatnya di media sosial.
Zahirah berkongsi beberapa foto dan video anak-anaknya disertai dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna
“Terlalu banyak video yang cute dalam simpanan album saya.”
Rata-rata peminat mendoakan agar Zahirah dan keluarganya sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Video dan beberapa keping foto telah mendapat ratus ribuan ‘likes’, sekali gus menunjukkan betapa anak kecilnya sudah pun mempunyai peminat tersendiri.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat yang teruja melihat momen-momen indah bersama anak-anaknya.
MasyaAllah My Cucu!
Di sebalik ramai yang memberi komen melihat gelagat yang cute, komen bapa kepada Zahirah yang juga pelakon iaitu Zainal Macwilson turut mencuri perhatian apabila mendoakan cucunya.
“Ma’shaa Allah! MY cucu 😍 semoga MY Mr Dimples akan menjadi insan Allah yg baik, yg mulia, yg di segani, yg di sayangi, seorg yg penyayang & yg lebih penting, taat kepd Allah s.w.t amin, amin, amin yrabl.”
Dalam perkongsian itu, anak kecilnya dilihat begitu aktif dan ceria, membuatkan ramai peminat tidak dapat menahan diri daripada memberikan komen positif.
Zahirah, yang sering berkongsi momen kehidupan bersama keluarga, kali ini memuat naik video anaknya yang sedang bermain sambil mengeluarkan ekspresi comel dan kelakar. Reaksi spontan anaknya berjaya mencuri perhatian ramai, hingga ruangan komen Zahirah dibanjiri dengan ucapan “comel sangat!”, “geram tengok baby ni!” dan pelbagai reaksi lain yang penuh dengan kasih sayang.
Bukan sahaja peminat biasa, rakan-rakan selebriti turut tidak ketinggalan memberikan komen. Ada yang berkongsi pengalaman serupa dengan anak masing-masing, sambil memuji cara Zahirah yang santai dalam menjaga anaknya. “Seronok tengok bonding you dengan anak!” kata salah seorang rakan artis.
Perkongsian seperti ini bukan sahaja mendekatkan Zahirah dengan peminat, malah memberikan inspirasi kepada ibu-ibu muda yang mungkin berdepan cabaran dalam menguruskan anak-anak mereka.
Gelagat si kecil ini juga memberi kegembiraan kepada para pengikutnya, yang terhibur dengan keletah anak Zahirah yang penuh keceriaan.
Tak dinafikan, Zahirah sering mendapat pujian kerana menjadi ibu yang penyayang dan penuh dedikasi.
Momen-momen indah bersama anaknya ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan sisi keluarga Zahirah yang lebih personal dan mesra di mata para peminat.
Betul lah kata orang, anak-anak ni memang jadi penghibur hati dan jelas sekali, anak Zahirah tak terkecuali!
Dalam sesebuah rumah tangga, suami menjadi ketua keluarga manakala isteri pula membantu. Tugas mencari nafkah semestinya terletak pada ketua rumah tangga.
Bagi Ozlynn atau nama sebenarnya Roslinawaty Ismail, bab belanja dapur semestinya terletak di bahu sang suami. Dia yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, johan bersyukur kerana suami tidak culas dengan perkara tersebut.
Dalam perkongsiannya di instagram, dia mengakui suaminya tidak lokek bab berbelanja untuk keluarga. Malah, menuruti permintaan isterinya ketika membeli barangan keperluan dapur.
Hari jumaat utk suami bersedekah pada keluarga.. ni tips utk kaum hawa ye.. boleh guna pakai idea nih.. yg mane laki asik nak ngelat jek beli brg dapur atau bayar bil.. haaaa gunakan kuasa ari jumaat mcm nih..
“sblm depa pi ready solat.. bg dorg buat amal dulu🤣🤣 .. mekasih suami.. moga Allah limpahkan lagi rezeki buat u.. yg nak melantak pun u.. yg nak pakai pon u.. so hadap yek,” tulis Ozlynn di kapsyennya.
Walaupun perkongsian tersebut nampak lucu dan menghiburkan, tetapi yang pasti, Johan adalah suami yang prihatin dan menghargai isteri serta keluarganya.
Cukup memilukan dan sebak melihat seorang wanita bersama tiga orang si kecil hanya tidur beralaskan tikar yang dihamparkan di atas rumput. Namun anak-anaknya tetap nyenyak tidur berselimut, di luar sebuah kereta uzur.
Anak-beranak ini sebenarnya menumpang tidur di tempat parkir kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Ya Allah, ya Tuhanku, kasihan kat anak-anakku along, angah dan adik. Mama minta maaf sebab tak dapat nak bagi anak-anak mama tidur dengan selesa,” menurut keterangan seorang ibu menerusi video yang dikongsinya di laman sosial.
Bercakap kepada mStar, Nurulhafifa Mohd Sabri berkata, dia tidak menyangka video kenang-kenangannya menempuh kesusahan bersama anak-anak menjadi tular.
Wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengakui menjadikan R&R sebagai tempat berteduh mereka anak-beranak sejak keluar dari rumah sewa di Kepala Batas, Seberang Perai.
“Sudah empat bulan kami tidur di kawasan R&R, berhujan dan berpanas selepas tak dapat bayar tunggakan rumah sewa selama lima bulan serta tunggakan bil air dan elektrik selama setahun berjumlah kira-kira RM4,000.
“Merata-rata tempat kami bermalam, kadang-kadang di R&R Juru dan R&R Gurun. Anak-anak lebih selesa tidur atas tikar di luar kereta, saya dan suami pula tidur di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.
Bergelar ibu tunggal selama 11 tahun, dia kemudiannya berkahwin pada 9 februari lalu dengan seorang mekanik berusia 38 tahun dengan pendapatan tidak tetap.
“Bengkel tempat kerja suami ditutup sementara sebab kes Covid-19. Jadi, kami jual tisu.
“Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol,” ujarnya yang berasal dari Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.
Penerima zakat sebanyak RM400 sebulan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu perlu berusaha lebih untuk membesarkan tiga anak lelakinya berusia 16, 13 dan 11 tahun, dengan dua daripadanya merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Hafifa berkata, dia sebelum ini berniaga gerai menjual air balang dan buah potong, namun bisnesnya terjejas ekoran pandemik Covid-19.
“Sejak pertengahan tahun lalu, saya mula jadi runner hantar makanan dan barang-barang. Tapi tak banyak dapat kerana bayaran ikut sedekah pelanggan.
Kadang-kadang kami sampai ke R&R Sungai Buloh di Selangor sebab lebih ‘laku’ di sana. Kami pergi ke kereta-kereta, minta tolong mereka beli tisu sebab nak isi minyak dan top up duit tol.
“Kadang-kadang ada upah, kadang-kadang tak ada job runner. Saya jadi runner pun guna kereta Proton Wira dipinjam daripada abang ipar.
“Pernah sekali enjin kereta rosak. Saya terpaksa guna duit zakat dan jualan tisu untuk baiki kereta,” katanya sambil menambah ketiga-tiga anaknya tidak bersekolah sejak mereka keluar dari rumah sewa.
Beberapa pihak tampil memberi bantuan, susulan video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pada Jumaat malam, meraih lebih 1.4 juta tontonan.
Salah seorang daripada mereka adalah pemilik butik, Nazuha M Ariffin, 31, yang menemui Hafifa di R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, sebelum membawa keluarga itu membeli barang keperluan.
Hafifa berkata, seorang lagi turut membantu dari segi bayaran tunggakan rumah sewa sekali gus membolehkan dia bersama keluarga kembali tinggal di rumah berkenaan.
“Alhamdulillah ada yang baik hati. Sekarang ni kami dah tak jual tisu cuma pergi cari kotak dan tin buruk untuk jual di kedai besi buruk.
“Sekarang ni saya, suami dan anak sulung yang ke sana ke sini cari kotak dan tin buruk untuk dijual. Alhamdulillah, dua lagi anak dah masuk ke sekolah tahfiz atas bantuan seorang ustaz.
“Saya nak berniaga balik tapi tak ada modal. Teringin nak berniaga air balang dan buah potong macam dulu, dan mungkin juga jual nasi tomato. Harap dipermudahkan,” katanya lagi.